Advertisement

Advertisement
Learn how to advertise here
from RM5/day, RM200/60
days
 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Personaliti KLpos
Eksklusif: “Kenapa saya berubah?” Ezam Mohd Nor 
Eksklusif: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu 
Eksklusif: Sim Tze Tzin.. Dari Jurutera ke Panglima 
Eksklusif: Nik Nazmi, Waris Diari Merah 
Eksklusif: Ini kisah Barack Obama PKR 
Wawancara eksklusif KLpos.com dengan Anwar Ibrahim 
Eksklusif: Anak Cina di alam Melayu (bhg satu) 
Liku perjuangan pendekar jawa 
Eksklusif: "Saya yatim piatu dalam politik" Khir Toyo 
Eksklusif: “UMNO yang ada hari ini, kami yang hidupkan” Sanusi Junid 

-advertisement-
 
465493-95903 [copy & paste]

Analisis: Trauma pasca-Tsunami Umno Cetak E-mail
Oleh Rustam A Sani   
Khamis, 03 April 2008

SEJAK akhir-akhir ini semua orang tampaknya ghairah berbicara tentang “tsunami” politik yang melanda Umno sebagai kesan PRU12 yang berlangsung pada 8 Mac lalu.

Pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno bukan sahaja kehilangan majoriti dua-pertiganya di Parlimen, malah telah terlepas genggaman kuasanya di lima buah negeri utama di Semenanjung Malaysia.

 
Mahathir yang sepatutnya bertanggungjawab bagi kekalahan besar ketika itu terus sahaja bertebal muka terhadap kritikan rakyat, dan terus berhasrat dan bertindak untuk memulihkan Umno
 


Bagi saya, hakikat tsunami politik yang melanda Umno ini merupakan suatu realiti, bukan khayalan lagi. Malah banyak pemerhati dalam dan luar negara sudah mulai melihat pemimpin de facto gerakan pembangkang, yakni Anwar Ibrahim, sudah menyendalkan sebelah kakinya di pintu kuasa!

Tsunami sejak PRU10 lagi

Namun, bagi saya, tsunami ini bukanlah sekadar fenomena pasca-PRU12. Tsunami itu sebenarnya sudah tercetus sejak PRU10 zaman reformasi pada tahun 1999 lagi. Pada ketika itu, Umno sebenarnya sudah mulai mengalami pukulan hebat penolakan rakyat seperti yang dialaminya baru-baru ini.

Mahathir yang sepatutnya bertanggungjawab bagi kekalahan besar ketika itu terus sahaja bertebal muka terhadap kritikan rakyat, dan terus berhasrat dan bertindak untuk memulihkan Umno. Namun usahanya itu gagal, dan dia sedar tentang kegagalannya itu. Dia cukup yakin bahawa kekalahan Umno/BN akan menjadi lebih parah lagi jika dia terus memimpin parti itu pada PRU berikutnya (2004).

Dalam strategi untuk memelihara egonya, Mahathir memutuskan untuk menarik diri sebelum pilihanraya tersebut. Dia memilih Abdullah Badawi sebagai penggantinya kerana dua sebab:  

UNTUK memastikan bahawa kuasa akan beralih kepada seseorang yang diketahui merupakan musuh politik ketat Anwar Ibrahim, dan dengan itu memastikan bahawa Anwar yang telah dizaliminya itu akan terus merengkok di tempatnya.

DIA tahu bahawa seorang pemimpin yang tidak berkebolehan seperti Abdullah tidak akan dapat melahirkan pemerintahan dan kepimpinan yang lebih baik daripada dirinya sendiri – dan dengan itu akan menyelamatkan “legacy” Mahathir dalam sejarah politik negara ini.

Demikianlah: Umno yang telah dilanda tsunami sejak tahun 1999 itu tidak mampu diselamatkan Mahathir, yang dengan sedar dan sengaja menyerahkan pimpinannya kepada seorang pemimpin yang amat lemah (supaya dirinya sendiri akan kelihatan hebat dan mantap di mata rakyat).

Di luar jangkaan Mahathir sendiri, Umno/BN di bawah pimpinan Abdullah mencapai kejayaan besar pada PRU11, malah memperoleh mandat yang paling besar pernah diperolehi dalam sejarah pilihanraya negara ini.

Jika kita mengkaji PRU11 itu dengan saksama, maka jelaslah bahawa Abdullah tidak menyertainya atas janji dan manifesto seorang penerus Mahathir – tetapi  sebagai pengganti Mahathir, termasuklah menghapuskan pelbagai “dosa” Mahathir seperti korupsi, kronisme dan penindasan hak asasi rakyat dan demokrasi.

PRU11: Kehadiran Abdullah dan harapan palsu

Suatu penyelesaian yang tuntas terhadap kebobrokan Umno yang terserlah dalam PRU10 masih tidak dapat diselesaikan hingga tuntas – kerana para pemimpin Umno terlalu bankrap dan cetek dari segi kemampuan cendekia dan wawasan politik untuk menyelesaikannya. 

Namun kehadiran Abdullah sebagai seorang pemimpin baru (ditumpang pula oleh citra palsunya sebagai “Mr Clean”) sekurangnya-kurang telah menawarkan suatu harapan – kalau tidakpun suatu penyelesaian yang sebenarnya. 

Rakyat sanggup mengambil risiko, dan sebagai kesannya Abdullah mendapat mandat besar.

 
Abdullah tidak menyertainya atas janji dan manifesto seorang penerus Mahathir – tetapi  sebagai pengganti Mahathir, termasuklah menghapuskan pelbagai “dosa” Mahathir seperti korupsi, kronisme dan penindasan hak asasi rakyat dan demokrasi.
 


Namun setelah memperoleh kedudukan dan kuasa, kemampuan sebenar Abdullah dari segi cendekia dan kepimpinan mulailah terserlah. Ternyata bahawa beliau sekadar seorang pentadbir, bukan seorang pemikir jitu lagi berwawasan. 

Oleh itu pendekatannya hanyalah pendekatan “business as ususal” dan “muddling through”. Dia sekadar bertolak dari pangkalan yang telah dibina Mahathir selama tiga dekad pemerintahannya yang bersifat illiberal itu, dan tidak membina landasan baru untuk pemerintahannya sendiri.

Oleh itu, kemungkaran dan kebobrokan zaman Mahathir itu tidak mampu dihapuskan dan diselesaikan – malah diteruskan dalam bentuk khusus peribadinya sendiri pula. Malah dalam aspek-aspek tertentu, zaman Abdullah lebih buruk dari zaman Mahathir yang telah ditolak rakyat dalam PRU10 itu.

“business as usual”

Dilihat dari perspektif ini, tsunami pasca PRU12 itu sebenarnya merupakan penerusan (atau arus balik) kepada tsunami yang sebenarnya sudah tercetus sejak PRU10. Namun kesan kemusnahan tsunami awal itu telah tertangguh sejenak kerana kesediaan rakyat untuk membenarkan Abdullah melaksanakan pembaruan dan reformasi terhadap Umno.

Kini ternyata bahawa Abdullah selama satu penggal pemerintahannya telah gagal melaksanakan pembaruan terhadap negara maupun Umno seperti yang telah diamanahkan lewat hasil PRU11. Dan melalui PRU12 tsunami itu melanda kembali, dan Umno menanggung musibah yang lebih buruk daripada yang dialaminya pada PRU10.

Dan kini parti itu tidak sekadar dalam keadaan kucar-kacir dan hilang tujuan – malah sedang mengalami trauma yang agak parah juga. Sekurang-kurangnya Mahathir selepas PRU10 telah berjanji untuk memulihkan Umno, antara lain dengan mengurangkan bebannya sebagai PM dan memperbanyakkan peranannya di ibu pejabat Umno – suatu janji yang tidak pernah dilaksanakannya.

Abdullah dalam kerangka pemikiran “business as usual” itu tidakpun mampu menjanjikan usaha memulihkan Umno seperti yang pernah dijanjikan Mahathir. 
 
Hasrat untuk “menyelamatkan Umno” sejak akhir-akhir ini kelihatannya datang dari sekumpulan pemimpin tua (spent force) yang sudah pasti tidak akan mampu meremajakan parti itu.
 


Sebagai sebuah parti yang telah menjadi lesu dan tua oleh rutin memerintah selama setengah abad, Umno hari ini amat perlu dirombak (retool) atau diremajakan demi menghadapi zaman dan era politik baru Malaysia yang sudah amat berbeza.

Sayangnya dalam batang tubuh Umno hari ini (dan ini termasuklah di kalangan para pemimpinnya) tidaklah terdapat seberang kemampuan dan kejituan yang bersifat cendekia (yakni kemampuan berfikir) untuk memahami masalah sebenar Umno dan negara – dan dengan itu merencanakan penyelesaiannya.

Usaha selamatkan Umno dari pemimpin tua

Hasrat untuk “menyelamatkan Umno” sejak akhir-akhir ini kelihatannya datang dari sekumpulan pemimpin tua (spent force) yang sudah pasti tidak akan mampu meremajakan parti itu.

Tokoh seperti Ku Li –dengan disokong oleh beberapa pemimpin lama seperti Mahathir Mohamad, Sanusi Junid, Rafidah Aziz – memang mampu mengambil alih kedudukan Abdullah tetapi tidak akan meremajakan pemikirannya. Golongan tua ini malah lebih konsevertif pemikirannya dan sudah terjebak dalam beberapa pemikiran purba Umno seperti DEB, ketuanan Melayu dan sebagainya.

Para pemimpin Umno hari ini – seperti Abdullah Badawi, Najib Razak, Muhyiddin, Muhammad Muhd Taib, Ali Rustam – tidak pernah memperlihatkan sebarang kejituan cendekia dan pemikiran bagi memahami, apa lagi menyelesaikan, masalah tsunami Umno ini.  Pendekatan “business as usual” dan “muddling through” mereka ini pasti tidak akan dapat menyelamatkan Umno.

Angkatan pemimpin Umno yang lebih muda – seperti Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Khir Toyo, Mukhriz Mahathir – tampaknya lebih terserlah kemampuan mereka dalam percaturan perebutan kuasa dan realpolitik daripada pemikiran dan wawasan politik. 

Tanpa kesegaran pemikiran di kalangan pimpinan muda maka di manakah terletaknya kemungkinan Umno menyelamatkan dirinya dari pukulan maut tsunami yang sedang melanda parti itu?

Rustam A Sani merupakan penganalisis politik terkenal tanahair. Rencana ini ditulis untuk tatapan pembaca KLpos.com. Bagi pihak pembaca, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Rustam A Sani.- Pengarang 

 

-advertisement-
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Advertisement

Iklan Teks

+ Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...

............................................... 
+ Dapatkan lebih 3000 siaran TV satelit dari seluruh dunia di PC anda dengan hanya SEKALI BAYARAN bernilai RM40

............................................... 
+ Anda mempunyai masalah kewangan? Perlukan penyelesaian? Sertailah kami sekarang

............................................... 
+ program terhangat dan terikini,terima sms,reply sms,bonus serta merta,tidak perlu menjual

............................................... 
+ Kini membaca Quran lebih mudah dengan QURAN DIGITAL, mempunyai terjemahan dlm Bahasa Melayu..Jaminan 5 TAHUN*

............................................... 
+ 1 kaki jutawan pertama di Malaysia,Bonus REAL TIME,tiada FLUSHING,bukan BINARY atau HYBRID,100% downline matching income.

............................................... 
+ AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik !...

............................................... 
+ KETAHUI RAHSIA BOTOL KACA MERAH

............................................... 
+ Ingin menghafaz surah AlQuran cara MUDAH dan SANTAI walaupun SIBUK BEKERJA??? Sertai seminar KAEDAH JIBRIL...klik di sini

............................................... 
+ PORTAL IKLAN PERCUMA, LINK WEBSITE PERCUMA, IKLAN BANNER RM 10 UNTUK 3 BULAN, IKLAN TEKS RM 2.5 / 1 BULAN

............................................... 
+ Inginkan Anak Soleh Pewaris Generasi Cemerlang? Sertai "Kem Motivasi Islam" Musim Cuti Sekolah Ini. KLIK DISINI!!

............................................... 
+ Mahu Jana Pendapatan Dari Internet Tanpa Henti? Ketahui Cara Menjana Income hingga $100 Sehari Disini!! Telah Terbukti BERKESAN!!

............................................... 
+ BONUS TAJA RM40!!! Anda Cari Ahli Baru Join RM60 - Anda Dapat Rm40!!! WoW!!! SYUKUR!!!

............................................... 
+ Gagal Dapat Berat IDEAL? Tidak Sesuai? Kami Ada JAWAPANNYA...

............................................... 
+ Selamatkan WANG anda....! Mari Berjimat Sambil Menjamin Pendapatan. Jimat sehingga 45%

............................................... 
+ Bakal Dilancarkan 15 Julai 08 ! As Seen On RTM & TV3 ! Alternatif Terkini Paling Efektif !!!

............................................... 
+ Sumber keluarga bahagia, hebat lagi mengkagumkan, klik dulu...rezeki anda mungkin melebihi RM90,000.00

............................................... 
+ MODAL SEKALI UNTUNG HARI-HARI... 4 TAHUN MELAHIRKAN 40 JUTAWAN.. NO.1 DI MALAYSIA!!!!

..........................................
+ Tak tahu? Nak tahu? Klik lah...

............................................... 
+ Modal hanya RM50 dapat RM64,800

............................................... 
+ Beli Prepaid dan anda mampu jana RM163,830 setahun / RM 4K- RM 20K sebulan 

............................................... 
+ Daftar Syarikat Sdn Bhd Enterprise Online Register Bisnes - www.Daftar-Syarikat.com

............................................... 
+ Daftar Kementerian Kewangan Lesen Eperolehan MOF Treasury Registration - www.kkmof.com

............................................... 
+ PeluangNiaga.net Dapatkan RM35/ahli aras 1 dan RM15/ahli aras 2. Daftar percuma!