Advertisement

Advertisement
Learn how to advertise here
from RM5/day, RM200/60
days
 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Personaliti KLpos
Eksklusif: “Kenapa saya berubah?” Ezam Mohd Nor 
Eksklusif: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu 
Eksklusif: Sim Tze Tzin.. Dari Jurutera ke Panglima 
Eksklusif: Nik Nazmi, Waris Diari Merah 
Eksklusif: Ini kisah Barack Obama PKR 
Wawancara eksklusif KLpos.com dengan Anwar Ibrahim 
Eksklusif: Anak Cina di alam Melayu (bhg satu) 
Liku perjuangan pendekar jawa 
Eksklusif: "Saya yatim piatu dalam politik" Khir Toyo 
Eksklusif: “UMNO yang ada hari ini, kami yang hidupkan” Sanusi Junid 

-advertisement-
 
465493-95903 [copy & paste]

Muzakarah Umno-PAS: Ali Rustam lebih baik diam dari berkata-kata Cetak E-mail
Oleh Ibrahim Othman   
Sabtu, 19 Julai 2008

APABILA Naib Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam membuka mulut, mengatakan sudah wujud perubahan pandangan daripada parti pembangkang itu (PAS) dalam mencari persefahaman demi kepentingan Melayu dan umat Islam di negara ini, menunjukkan dia tidak tahu sejarah PAS sebenarnya.

Kenyataan ini dibuat Mohd Ali yang juga Ketua Menteri (KM) Melaka, selepas merasmikan persidangan tahunan berkelompok cawangan Umno Bahagian Bukit Katil, di Melaka.

Di kalangan pemimpin Umno, Mohd Ali lah satu-satunya pemimpin yang dilihat 'mahu memusuhi PAS' dengan mengeluarkan arahan suatu ketika dahulu, melarang 'orang Melaka' melawat Kelantan yang diperintah PAS.

Namun, 'sekali air bah, sekali pantai berubah'. Apabila Presiden Umno yang juga Perdana Menteri (PM) sendiri menyambut baik hasrat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk 'bertemu dan bermuzakarah' banyak pihak di dalam Umno, nampaknya positif walaupun mereka seperti teraba-raba di dalam gelap.

Mohd Ali merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang cukup dibimbangi oleh ahli-ahli parti apabila membuat komentar.

Dia juga dilihat seorang pemimpin yang cukup kurang kemampuan untuk berucap dan menjelaskan isu yang diperbahaskan.

Tidak hairanlah, apabila bekas KM Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkali-kali mencadangkan 'diadakan debat terbuka' antara calon-calon yang mahu bertanding jawatan Presiden, timbalan Presiden dan naib Presiden, ramai yang beranggapan Rahim cuba untuk 'membandingkannya' kebolehannya dengan Mohd Ali dalam perdebatan.

Dalam masa yang sama, Mohd Ali merupakan salah seorang pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan Debat antara Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim walaupun, dalam masa yang sama PM mengatakan persetujuannya.

Mohd Ali mungkin 'fobia' dengan perkataan 'debat' kerana dia tidak berkemampuan berbuat demikian.

Justeru, hasrat murni Presiden PAS itu sebenarnya 'untuk menyelamatkan Umno�' yang dilihat terumbang ambing sekarang, dan sejarahnya PAS yang bukan sekali 'menyelamatkan orang-orang Umno' yang bermasalah tidak dapat 'dilihat dan dibaca' oleh Mohd Ali.

Itulah sebabnya, dalam perkata berkaitan, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bersetuju cadangan Abdul Hadi, mengingatkan 'pengalaman pahit' berkawan dengan Umno kerana sejarah terdahulu.

Mohd Ali seharusnya tahu, apabila Umno (Perikatan) bermasalah dalam pilihan raya umum (PRU) tahun 1969, PAS sanggup berkorban dengan menyertai Perikatan tetapi dikeluarkan dari pakatanitu dalam tahun 1978, oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Apakah Mohd Ali tidak ingat, bagaimana dalam tahun 1987, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merebut jawatan Presiden Umno, PAS menerima kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (S 46) yang diketuai Ku Li, yang ketika itu tidak dibenarkan menyertai Umno?

S 46 kemudiannya meninggalkan PAS atas alasan sendiri dan kemudiannya membubarkan parti itu, untuk ahli-ahlinya menyertai Umno kembali.

Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, pemimpin PASlah yang pertama sekali menghulurkan tangan membela Anwar dengan menjelajah ke seluruh negara, selain memberikan ruang seluas-luasnya di dalam Harakah, untuk Anwar dan rakan-rakannya 'membela diri'.

Mohd Ali mungkin tidak tahu semua ini, atau terasa Umno masih terlalu kuat untuk 'bermuzakarah' sedangkan kepimpinan PAS sudah nampak, Umno mungkin 'dalam keadaan bahaya' jika terus bersendiri tanpa 'kawan' yang sebangsa dan seagama.

Percakaran sesama sendiri dalam komponen BN, usul undi tidak percaya dari PKR, krisis yang melanda MIC, Gerakan dan MCA, menyebabkan Umno makin �kurus� (baca: lemah) dari segi sokongan.

Memetik kata-kata Abdullah; "Umno sedia bermuzakarah dengan PAS bagi mencari titik persefahaman antara kedua-dua parti itu demi kepentingan Islam dan orang Melayu," membuktikan Abdullah nampak keperluan itu tetapi malangnya, Mohd Ali hanya nampak wujud perubahan pandangan daripada parti pembangkang itu dalam mencari persefahaman demi kepentingan Melayu dan umat Islam di negara ini.

Abdullah seterusnya berkata; "bagi saya langkah ini amat penting kerana ia boleh menyelesaikan banyak isu khususnya yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.

"Kedua-dua parti seharusnya mengelakkan sebarang perbalahan jika timbul isu dan masalah membabitkan kepentingan bersama.

"Saya terima baik hasrat PAS untuk berunding atau berbincang mengenai apa jua yang saya fikir perlu diwujudkan persefahaman antara kedua-dua parti ini," Abdullah mengulas kesediaan PAS yang dinyatakan Ustaz Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti, Harakah.

Dalam wawancara itu, Abdul Hadi dengan nada tegas menyatakan dalam menyampaikan mesej Islam, PAS berhak mengadakan rundingan dengan Umno tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang.

Abdullah seterusnya yakin jika PAS dan Umno Berjaya membentuk persefahaman, beliau yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada Islam dan Melayu.

Sebenarnya, langkah Dato' Mustafa Ali di Terengganu yang mengadakan pertemuan khas dengan MB Terengganu untuk membincangkan kepentingan rakyat Terengganu harus dicontohi pemimpin-pemimpin lain, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, untuk mengadakan pertemuan dengan MB Kedah.

 

-advertisement-
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Advertisement

Polls

Setelah menang besar, adakah anda yakin Anwar mampu bentuk kerajaan persekutuan 16 September ini?
 

Iklan Teks

+ Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...

............................................... 
+ Dapatkan lebih 3000 siaran TV satelit dari seluruh dunia di PC anda dengan hanya SEKALI BAYARAN bernilai RM40

............................................... 
+ Anda mempunyai masalah kewangan? Perlukan penyelesaian? Sertailah kami sekarang

............................................... 
+ program terhangat dan terikini,terima sms,reply sms,bonus serta merta,tidak perlu menjual

............................................... 
+ Kini membaca Quran lebih mudah dengan QURAN DIGITAL, mempunyai terjemahan dlm Bahasa Melayu..Jaminan 5 TAHUN*

............................................... 
+ 1 kaki jutawan pertama di Malaysia,Bonus REAL TIME,tiada FLUSHING,bukan BINARY atau HYBRID,100% downline matching income.

............................................... 
+ AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik !...

............................................... 
+ KETAHUI RAHSIA BOTOL KACA MERAH

............................................... 
+ Ingin menghafaz surah AlQuran cara MUDAH dan SANTAI walaupun SIBUK BEKERJA??? Sertai seminar KAEDAH JIBRIL...klik di sini

............................................... 
+ PORTAL IKLAN PERCUMA, LINK WEBSITE PERCUMA, IKLAN BANNER RM 10 UNTUK 3 BULAN, IKLAN TEKS RM 2.5 / 1 BULAN

............................................... 
+ Inginkan Anak Soleh Pewaris Generasi Cemerlang? Sertai "Kem Motivasi Islam" Musim Cuti Sekolah Ini. KLIK DISINI!!

............................................... 
+ Mahu Jana Pendapatan Dari Internet Tanpa Henti? Ketahui Cara Menjana Income hingga $100 Sehari Disini!! Telah Terbukti BERKESAN!!

............................................... 
+ BONUS TAJA RM40!!! Anda Cari Ahli Baru Join RM60 - Anda Dapat Rm40!!! WoW!!! SYUKUR!!!

............................................... 
+ Gagal Dapat Berat IDEAL? Tidak Sesuai? Kami Ada JAWAPANNYA...

............................................... 
+ Selamatkan WANG anda....! Mari Berjimat Sambil Menjamin Pendapatan. Jimat sehingga 45%

............................................... 
+ Bakal Dilancarkan 15 Julai 08 ! As Seen On RTM & TV3 ! Alternatif Terkini Paling Efektif !!!

............................................... 
+ Sumber keluarga bahagia, hebat lagi mengkagumkan, klik dulu...rezeki anda mungkin melebihi RM90,000.00

............................................... 
+ MODAL SEKALI UNTUNG HARI-HARI... 4 TAHUN MELAHIRKAN 40 JUTAWAN.. NO.1 DI MALAYSIA!!!!

..........................................
+ Tak tahu? Nak tahu? Klik lah...

............................................... 
+ Modal hanya RM50 dapat RM64,800

............................................... 
+ Beli Prepaid dan anda mampu jana RM163,830 setahun / RM 4K- RM 20K sebulan 

............................................... 
+ Daftar Syarikat Sdn Bhd Enterprise Online Register Bisnes - www.Daftar-Syarikat.com

............................................... 
+ Daftar Kementerian Kewangan Lesen Eperolehan MOF Treasury Registration - www.kkmof.com

............................................... 
+ PeluangNiaga.net Dapatkan RM35/ahli aras 1 dan RM15/ahli aras 2. Daftar percuma!