Advertisement

Advertisement
Learn how to advertise here
from RM5/day, RM200/60
days
 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Personaliti KLpos
Eksklusif: “Kenapa saya berubah?” Ezam Mohd Nor 
Eksklusif: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu 
Eksklusif: Sim Tze Tzin.. Dari Jurutera ke Panglima 
Eksklusif: Nik Nazmi, Waris Diari Merah 
Eksklusif: Ini kisah Barack Obama PKR 
Wawancara eksklusif KLpos.com dengan Anwar Ibrahim 
Eksklusif: Anak Cina di alam Melayu (bhg satu) 
Liku perjuangan pendekar jawa 
Eksklusif: "Saya yatim piatu dalam politik" Khir Toyo 
Eksklusif: “UMNO yang ada hari ini, kami yang hidupkan” Sanusi Junid 

-advertisement-
 
465493-95903 [copy & paste]

Parti-parti lawan diperalatkan lagi 'demi kepentingan Melayu'? Cetak E-mail
Oleh Rustam A. Sani   
Jumaat, 18 April 2008

SEWAKTU membaca berita tentang inisiatif untuk mengadakan perbincangan di kalangan "parti-parti Melayu" bagi membincangkan isu-isu perpaduan dan kepentingan Melayu baru-baru ini, entah kerana apa saya sedikitpun tidak merasa terperanjat.

Malah saya memang telah menjangkakan hal yang demikian akan berlaku,  memandangkan bahawa telah menjadi suatu pola perlakuan politik di negara ini kini untuk Umno akan mengambil inisiatif (malah berusaha keras) untuk memujuk parti-parti dominan Melayu lainnya supaya bekerjasama bagi "menyelamatkan bangsa Melayu."

 
Saya tidaklah begitu mengenali Norza Zakaria. Sepanjang pengetahuan saya, beliau sejak lama telah memainkan peranan sebagai "pengiring" (atau sidekick) Khairy Jamaluddin
 
Jelaslah, Umno biasanya akan memperalatkan isu "kepentingan Melayu" apabila parti itu menghadapi kemerosotan sokongan – dan untuk itu parti itu atau tokoh-tokoh tertentu parti itu akan sanggup merayu parti-parti lain yang dalam keadaan biasa akan dikutuk, dihina dan dicercanya.

Yang mengambil inisiatif melakukan risikan (overtures) demikian kali ini adalah Norza Zakaria, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno. Dan jika laporan dalam NST boleh dipercayai, beliau tampaknya telah berjaya memancing reaksi yang agak positif dari dua tokoh PAS dan PKR.

Khabarnya, mereka bertiga akan mulai mengadakan perbincangan secara tidak rasmi minggu ini juga.

Saya tidaklah begitu mengenali Norza Zakaria. Sepanjang pengetahuan saya, beliau sejak lama telah memainkan peranan sebagai "pengiring" (atau sidekick) Khairy Jamaluddin.

Dalam kemelut perebutan jawatan yang kini sedang bergelora dalam Pergerakan Pemuda Umno, Norza telah memperlihatkan minatnya untuk menawarkan diri menjadi calon Ketua – sehingga dia baru-baru ini telah menyebarkan bahan kempen dan puisi (ciptaannya?) kepada bahagian-bahagian parti itu.

Tindak tanduk Norza dalam memperalatkan parti-parti lawan dan gagasan "kepentingan" Melayu ini amat mengingatkan saya akan tindak tanduk Dr Mahathir sekitar tahun 1999-2000 – ketika Umno mengalami pukulan teruk dalam PRU-10 dan Dr Mahathir berusaha  memulihkan sokongan terhadap dirinya di kalangan orang Melayu.

Malah puncak kejayaan Dr Mahathir menjebak kerjasama pimpinan PAS – lewat suatu perhimpunan bersama tentang Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka – mempunyai dimensi politik antarabangsa dan hubungan dengan kuasa besar (yakni pertemuan Dr Mahathir dengan Bush yang telah diatur melalui perantara dengan sogokan berjumlah  berjuta dolar). 

Pada waktu itu, kerana yang kuat hanyalah PAS sedangkan kekuatan PKR dipandang remeh oleh Dr Mahathir, maka hanya PAS yang telah menjadi sasaran overture Umno. Para pemimpin PKR yang menghadiri perhimpunan di DBP itu malah telah diletakkan di suatu pojok yang hampir tidak dipedulikan Dr Mahathir.

 
Dalam kemelut perebutan jawatan yang kini sedang bergelora dalam Pergerakan Pemuda Umno, Norza telah memperlihatkan minatnya untuk menawarkan diri menjadi calon Ketua – sehingga dia baru-baru ini telah menyebarkan bahan kempen dan puisi (ciptaannya?) kepada bahagian-bahagian parti itu.
 
Tetapi kini, kerana PKR ternyata lebih kuat berbanding dulu, maka inisiatif Norza itu telah melibatkan PKR pula – malah melibatkan seorang tokoh besarnya, Naib Presiden Azmin Ali.

Risikan Mahathir pada tahun 1999-2000 itu sebenarnya bukanlah risikan terakhir. Telah bertiup kabar-kabar angin bahawa overtures yang sama terhadap PAS telah berlaku sebelum berlangsungnya PRU-12 baru-baru ini.

Malah selepas PRU-12 berakhir, dikatakan memang ada percubaan oleh beberapa pemimpin Umno yang penasaran untuk memikat, menggoda, malah menjebak PAS untuk menyertai Umno dalam membentuk kerajaan campuran di beberapa negeri – dan kononnya pula memang ada tokoh PAS yang dikatakan sudah hampir tergoda.

Oleh kerana pengalaman PAS yang lebih banyak dari segi "digoda" Umno ini, maka memang terdapat beberapa pemimpin PAS yang sering dianggap umum sebagai lebih cenderung untuk tergoda. Dikatakan juga bahawa mungkin sikap Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang, yang tegas lagi konsisten dalam hal ini yang telah "menyelamatkan" PAS daripada terjerumus.

Berdasarkan hakikat ini, maka saya tidaklah terperanjat jika di kalangan para pemimpin PAS terdapat beberapa tokoh yang akan menjadi sasaran overtures para pemimpin Umno yang ingin memperalatkan isu kepentingan Melayu itu. Saya juga tidak akan terperanjat jika tokoh-tokoh tersebut akan senantiasa memberikan tindakbalas yang positif terhadap risikan dan bujukan Umno itu.

Namun demikian, sebagai "dara" yang pertama kali coba digoda – sedangkan selama ini dicerca dan dihina – respons yang sama positifnya dari kalangan pemimpin PKR terhadap godaan Umno ini bagi saya amatlah memeranjatkan – malah amat mengecewakan.

Bagi saya, isu yang perlu difahami oleh para pemimpin PKR bukanlah sekadar persoalan menghadiri sebuah mesyuarat bagi membincangkan suatu persoalan yang tidak dianggapnya berbahaya, seperti isu kesepaduan Melayu dan kepentingan Melayu itu.

 
Tindak tanduk Norza dalam memperalatkan parti-parti lawan dan gagasan "kepentingan" Melayu ini amat mengingatkan saya akan tindak tanduk Dr Mahathir sekitar tahun 1999-2000 – ketika Umno mengalami pukulan teruk dalam PRU-10 dan Dr Mahathir berusaha  memulihkan sokongan terhadap dirinya di kalangan orang Melayu.
 
Sedangkan mesyuarat itu sendiri, samalah seperti persidangan tajaan Abim di DBP pada zaman Mahathir itu, menurut hemat saya secara sedar sudah dijadikan cara untuk  memperalatkan parti-parti lawan dan isu Melayu demi kepentingan dan survival Umno sendiri.

Bagi PKR, dalam kerangka "politik baru" dan gagasan Agenda Ekonomi Malaysia, konsep kepentingan Melayu dalam konteks gagasan masyarakat dan negara adil pelbagai kaum mestilah berlainan – dan kerana itu sukar dijambatani – dengan gagasan kepentingan Melayu yang bersifat perkauman yang diwarisi dan diteruskan Umno dari perspektif masyarakat majmuk ciptaan sejarah kolonial itu.

Jika gagasan kepentingan Melayu Umno yang telah dituangkannya ke dalam acuan dan kerangka pemikiran dan amalan DEB yang tidak adil itu sebenarnya dapat dijambatani dengan pemikiran baru yang sedang digubal dan dibentuk dalam PKR, maka apakah perlunya pemimpin besar PKR, Anwar Ibrahim, bermati-matian berusaha melahirkan gagasan Pakatan Rakyat yang menjanjikan suatu kelainan asasi daripada Umno dan BN?

Dengan membiarkan dirinya terjebak dalam overtures yang kononnya sekadar tertumpu kepada usaha mengadakan sebuah mesyuarat informal itu, PKR – dan malah PAS juga – sebenarnya telah membiarkan dirinya terjebak untuk menerima acuan pemikiran Umno yang dangkal lagi ketinggalan zaman dalam memperkatakan dan memahami isu-isu keadilan sosial dan pembinaan negarabangsa.

Sejak dulu lagi, saya sebenarnya selalu merasa hairan dan kaget mendapati sesetengah para pemimpin parti pembangkang di negara ini yang menjadi begitu excited setiap kali mereka didatangi maupun dihubungi oleh pihak-pihak tertentu dalam Umno untuk membincangkan isu-isu seperti "kepentingan Melayu" ini.

Excitement itu sekurang-kurangnya dapat saya fahami dalam keadaan Umno/BN amat kuat sedangkan kita sendiri lemah dan tertindas. Tetapi dalam keadaan seperti sekarang – ketika kita mendapat sokongan rakyat banyak dan Umno sedang kucar kacir, maka apakah penjelasannya? Mungkinkah kedangkalan dan kecetekan cendekia kita sendiri?

Rustam A Sani merupakan penganalisis politik terkenal tanahair. Rencana ini ditulis untuk tatapan pembaca KLpos.com. Bagi pihak pembaca, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Rustam A Sani.- Pengarang 

BERITA BERKAITAN

 

-advertisement-
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Advertisement

Iklan Teks

+ Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...

............................................... 
+ Dapatkan lebih 3000 siaran TV satelit dari seluruh dunia di PC anda dengan hanya SEKALI BAYARAN bernilai RM40

............................................... 
+ Anda mempunyai masalah kewangan? Perlukan penyelesaian? Sertailah kami sekarang

............................................... 
+ program terhangat dan terikini,terima sms,reply sms,bonus serta merta,tidak perlu menjual

............................................... 
+ Kini membaca Quran lebih mudah dengan QURAN DIGITAL, mempunyai terjemahan dlm Bahasa Melayu..Jaminan 5 TAHUN*

............................................... 
+ 1 kaki jutawan pertama di Malaysia,Bonus REAL TIME,tiada FLUSHING,bukan BINARY atau HYBRID,100% downline matching income.

............................................... 
+ AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik !...

............................................... 
+ KETAHUI RAHSIA BOTOL KACA MERAH

............................................... 
+ Ingin menghafaz surah AlQuran cara MUDAH dan SANTAI walaupun SIBUK BEKERJA??? Sertai seminar KAEDAH JIBRIL...klik di sini

............................................... 
+ PORTAL IKLAN PERCUMA, LINK WEBSITE PERCUMA, IKLAN BANNER RM 10 UNTUK 3 BULAN, IKLAN TEKS RM 2.5 / 1 BULAN

............................................... 
+ Inginkan Anak Soleh Pewaris Generasi Cemerlang? Sertai "Kem Motivasi Islam" Musim Cuti Sekolah Ini. KLIK DISINI!!

............................................... 
+ Mahu Jana Pendapatan Dari Internet Tanpa Henti? Ketahui Cara Menjana Income hingga $100 Sehari Disini!! Telah Terbukti BERKESAN!!

............................................... 
+ BONUS TAJA RM40!!! Anda Cari Ahli Baru Join RM60 - Anda Dapat Rm40!!! WoW!!! SYUKUR!!!

............................................... 
+ Gagal Dapat Berat IDEAL? Tidak Sesuai? Kami Ada JAWAPANNYA...

............................................... 
+ Selamatkan WANG anda....! Mari Berjimat Sambil Menjamin Pendapatan. Jimat sehingga 45%

............................................... 
+ Bakal Dilancarkan 15 Julai 08 ! As Seen On RTM & TV3 ! Alternatif Terkini Paling Efektif !!!

............................................... 
+ Sumber keluarga bahagia, hebat lagi mengkagumkan, klik dulu...rezeki anda mungkin melebihi RM90,000.00

............................................... 
+ MODAL SEKALI UNTUNG HARI-HARI... 4 TAHUN MELAHIRKAN 40 JUTAWAN.. NO.1 DI MALAYSIA!!!!

..........................................
+ Tak tahu? Nak tahu? Klik lah...

............................................... 
+ Modal hanya RM50 dapat RM64,800

............................................... 
+ Beli Prepaid dan anda mampu jana RM163,830 setahun / RM 4K- RM 20K sebulan 

............................................... 
+ Daftar Syarikat Sdn Bhd Enterprise Online Register Bisnes - www.Daftar-Syarikat.com

............................................... 
+ Daftar Kementerian Kewangan Lesen Eperolehan MOF Treasury Registration - www.kkmof.com

............................................... 
+ PeluangNiaga.net Dapatkan RM35/ahli aras 1 dan RM15/ahli aras 2. Daftar percuma!