The News
Eksklusif klpos.com
Eksklusif: Nik Nazmi, Waris Diari Merah
| Eksklusif: Nik Nazmi, Waris Diari Merah |
|
|
|
| Wednesday, 25 July 2007 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Oleh Wartawan klpos.com APAKAH diari merah dan apakah kuasanya? Mari kita mulakan dengan persoalan asas itu terlebih dahulu. Kata empunya cerita, diari merah merupakan jadual aktiviti dan pertemuan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia merupakan tradisi Anwar sejak menjadi Menteri Pendidikan lagi, bahawa beliau akan menghadiri semua pertemuan atau aktiviti yang hanya terkandung dalam diari merah. Ada riwayat mengatakan, pada satu ketika diari itu dikongsi dua staf paling kanan tapi kemudiannya dibawah takluk seorang sahaja. Kononnya sesiapa pegang diari merah, dialah yang paling berkuasa di dalam pejabat Anwar. Kononnya.
Kata orang, kini Nazmi yang paling berkuasa di pejabat Anwar kini. Semua yang nak jumpa big boss itu kena lalu meja dia dulu. Kononnya dia pewaris baru diari merah. Bagi pembaca internet muda, nama Nik Nazmi Nik Ahmad tidak asing, dia editor laman web Suaraanum.com. Sebuah majalah web atau webzine daripada penulis-penulis muda yang percaya tentang perubahan. Yang mana ia merupakan editor bersama seorang lagi rakan CK Tan. Penulis muda di zaman gelora Ketika belajar lagi, beliau aktif menulis, samada menggunakan nama penuhnya atau nama samaran, kata seorang teman, beliau menggemari tulisan-tulisan Nazmi kerana ia penuh dengan informasi. "Agak luar biasa rasanya bagi anak muda yang semudanya (beliau lahir pada tahun 1982) tahu akan kisah-kisah klasik Yunani dan Roman, sistem politik yang mempunyai kepelbagaian bentuk dan ideologi serta kebolehan menulis yang membuatkan pembacanya tidak cepat bosan atau keliru. "Saya cukup kagum dengan segala 'database' yang tersimpan di dalam kepalanya. Perkara ini hanya dapat dilakukan dengan banyak membaca," kata Nizam Zakaria, seorang blogger yang juga rakan kepada Nazmi.
Tidak hairanlah mengapa dia merupakan calon terbaik untuk menjadi setiausaha Anwar dikalangan anak muda. Semasa beberapa staf Anwar, diketuai Khalid Jaafar memulakan pencarian calon setiausaha Anwar pada awal 2006, saya kira ada berbagai nama disebut. Senarainya panjang. Resume berjela-jela. Iyalah, bukan senang untuk mencari orang yang sesuai berada di jawatan tersebut. Konon ada sampai melobi sana sini untuk jawatan itu. Jelas sebagai setiausaha Anwar, ia merupakan anak kunci untuk mengenali tokoh-tokoh hebat dunia, paling awal mengetahui move politik sang pemimpin dan partinya, juga lain-lain. Jadi ramai yang berminat dan menawar diri. Ketika nama Nik Nazmi disebut sebagai setiausaha Anwar, semua diam, sekurang-kurangnya mereka tidak bangkang kerana tahu, anak muda ini juga bukan calang-calang pahlawan. Sebelum menyertai Anwar, Nik Nazmi dikenali dikalangan aktivis reformasi sebagai penulis kolum di Berita Keadilan, majalah Siasah, Malaysiakini bahkan pernah rencana tulisannya tersiar di Asiaweek dan beberapa majalah antarabangsa. Kelebihan utamanya adalah penguasaan baik di dalam bahasa Malaysia ataupun Inggeris. Dia boleh dikira intelektual muda dikalangan aktivis reformasi. Ketika menemuinya baru-baru ini, Nik Nazmi menceritakan cabaran yang dilalui sebagai orang kanan Anwar. Menurutnya, "Kerusi ini kerusi panas, yang paling susah adalah untuk menyusun jadual boss yang sentiasa padat." 'Penyapu baru' Jelas beliau, rutin harian di pejabat Anwar bermula jam 9.00 pagi sehingga lewat petang. "Jika Anwar ada, selepas mesyuarat harian, dia akan bertemu dengan orang sampai jam 11.00 pagi, selalunya kami hadkan kepada empat pertemuan sehari," cerita beliau. Kalau ada yang datang tidak buat temujanji dulu, selalunya Nik Nazmi yang terpaksa layan. Ada satu cerita yang popular dikalangan mereka yang rapat dengan staf-staf Anwar, kisah Nik Nazmi ketika bulan-bulan awal berkerja.
Kata pembawa cerita, habis sebuku itu Nazmi tulis masalah lelaki itu, masih belum cukup, tambah buku baru pulak. Masalah tak selesai, lama-lama Nazmi kata dia ada kerja lain, nanti dia bagitahu Anwar. Lepas dua jam barulah lelaki itu beredar dari pejabat Anwar. Itu hanyalah sekelumit cerita, jika anda rajin, cuba pergi ke pejabat Anwar pada hari-hari biasa, anda akan saksikan macam-macam orang datang, ada lagi satu cerita, kisah sekeluarga dari utara yang datang hendak minta tolong dari Anwar. Mereka menaiki teksi, sampai depan pejabat bagitahu duit hendak bayar teksi tidak ada, mahu tidak mahu staf-staf Anwar yang kena tanggung, bukan sikit, dekat-dekat lima puluh juga, khabarnya. "Itu semua suka duka kami, kita tidak boleh marah, itu menunjukkan harapan rakyat kepada Anwar tetap tinggi," katanya ketika diminta mengesahkan kejadian tersebut. Tidak seperti Izzah yang petah berceramah, Nazmi lebih terlatih sebagai penulis, dia banyak diam ketika temubual ini dibuat, cakap apabila ditanya, terasa payah benar mengorek pendapat-pendapatnya. Ketika ditanya pernahkah beliau dimarahi Anwar, Nazmi tersenyum, katanya, boss beliau orang politik jadi kalau hendak marahpun ada style tersendiri. "Kalau dia telefon kita, kemudian tanya khabar, dah makan, isteri sihat, maknanya ada yang tidak kena, kejab lagi dia mula marah, kenapa salah susun jadual dan lain-lain," kata Nazmi ketawa. Menurutnya, Anwar marah tidak lama, kejab sejuklah. Dan apabila sejuk dia tidak simpan dalam hati. Semua kembali seperti biasa. Minat Hishamuddin Rais? Ditanya mengenai buku terbaru yang beliau baca, kata Nazmi, dia kini sedang menekuni Confession of Economic Hit Man oleh John Perkin, dan biografi David Cameron, ketua pembangkang British. Nazmi merupakan penulis fiksyen Jostein Gaarder yang terkenal dengan 'Sophie's World' dan 'The Ringmaster's Daughter'. Menurut Nazmi, daya penceritaannya cukup mendalam dan imaginasinya cukup hebat. Ada yang menarik lagi dalam temubual itu, sudah tentu ia dibuat semasa Nazmi masih belajar dan belum menjadi setiausaha Anwar, saya bercadang untuk berkongsi dengan pembaca klpos.com. Nizam Zakaria (NZ): Katakanlah saudara terdampar di sebuah pulau di tengah-tengah sebuah lautan luas. Anda boleh pilih seorang individu yang akan menemani saudara. Siapakah individu tersebut. Tetapi saya ingin menjadi politikus yang menganggap politik sebagai peluang untuk menyumbang, dan bukan memperkayakan diri, keluarga atau rakan mahupun untuk menyalahgunakan kuasa. Ahli politik yang tidak terlalu lama memegang tampuk kepimpinan. Politik sebagai amanah bukan peluang peribadi. Panjang lagi temubual itu, saya petik sedikit sahaja, hendak berkongsi cerita Hishamuddin Rais dan ketawa bersama Amin Iskandar yang sedang membaca tulisan ini. Kita tunggu dan lihat.. Nantikan bahagian keempat esok Khamis, 26 Julai kisah "Sim Tze Tzin, Asal jurutera kini panglima" Minggu eksklusif klpos.com
Chee Yong
said:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Harap Klpos dapat menyelami parti parti politik yg lain seperti PAS dan DAP supaya semua pembaca dapat mengikuti perkembangan dan juga menghayati dgn lebih dekat lagi pendapat personaliti personaliti ini.Payah nak cari web web web lain yg memberi ruang utk temubual sedemikian. Syabas Klpos!!! |
pak brahim
said:

| WAHAI SDR. NN ENGKAU ALLAH LETAK DI TEMPAT YANG PANAS.. ITU PILIHAN NYA... DAN DIA ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI BIJAKSANA... BERTAWAKKALLAH KEPADA ALLAH DALAM SETIAP PEKERJAAN MU... SAYA DIANTARA MEREKA YANG CINTAKAN KEADILAN TURUT MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KESELAMATAN MU... BERJUANGLAH DENGAN SABAR DAN IKHLAS... |
Zorro
said:

| macam waris jari hantu aje !!!!!!!!!!! Mewarisi politik agenda Amerika nampak gaya. |
lan
said:

| Otek, Yang keluar tu biar kan keluar.... ramai lagi yang menanti nak isi tempat Amran tu.... Datuk Seri Anwar dah biasa dikhianati.... jangankan ezam...yang lebih berpengaruh pun lari darinya.... ramai yang bersumpah taat setia kepada dirinya masa dalam Umno... tapi ramai yang cabut lari... itulah dunia.... Che Amran cuma nama kecil dalam politik.... nama dia dalam agenda Gerak/Ezam.... ramai yang tidak terkejut......sama-sama kita lihat sejauh mana dia nak melompat..... |
lan
said:

| Zorro, Ko jealous ke pada Nik Nazmi..... cemburu yea.... macam betina ko nie.... merajuk tak tentu pasal.... cemburu tak tentu pasal....lebih jadi he..he..orang macam ni pun ada... |
alex ferguson
said:

| lan .. anwar dah biasa dikhianati ... kahkahkah sapa yg dulu ckp xnak bertanding lawan TUN Ghaffar tapi tiba2 je berubah .... kau buta sejarah atau mabuk anwar apa yg dia buat untuk jatuhkan TUN mahathir masa perhimpunan agung Umno & jahanamkan ekonomi malaysia supaya Tun resign ... pegilah ubat anwar dah tak laku ... dulu ubat mata lebam sekarang ubat apa pulak ...kahkahkahkahkah |
Zorro
said:

| Sedih ku lihat gelagat Si Ian.Ini kah bahasa dan tertib orang pembangkang PAS/PKR. Ini lah dia hasil politik islam PAS/PKR. Ini lah dia hasilnya.Orang yang tak bersekolah pun memperlihatkan tertib yang molek biarpun ditegur atau bila tidak setuju dengan sesuatu. Inikah apa yang dikatakan tertib Melayu. Inikah ape yang berjaya dihasilkan oleh politik islam ala PAS/PKR. Cemerlang !!!!!!!!!!!!! Pasti!!!!!!!!!! Politik PAS/PKR berjaya mencipta manusia macam Ian yang bak jahiliah arab. pakai belasah dan hentam tak kira ape. Adakah islam ajaran Pas/Pkr yang anda anuti mengajar anda merendahkan kaum hawa dengan menjadikan mereka bahan lawak.Jangan lah kau nak merendah rendah kan mereka. Adakah islam ajaran Pas/Pkr yang anda anuti mengajak anda menghina dan mencaci bangsa tertentu yang juga agama nya islam. Sebelum anda nak menegur pihak lain dan sebelum anda nak memartabatkan suatu parti atau individu..cuba lah lihat diri anda sikit. Sebab gelagat dan bahasa anda mencerminkan ajaran dan paksi ikutan anda. Ini lah dia apa yang pembangkang berjaya hasilkan. Tak percaya lihatlah komen komen yang lahir dari posting saya biar disini atau sebelum nya. |
umnoinsaf
said:

| untuk pengetahuan dan makluman,.. majoriti Ketua UMNO Cawangan tiada kerja tetap. Oleh itu ramai yang jadi broker contohnya broker tanah, broker projek dan broker undi. Tahun depan bakal pemilihan UMNO peringkat pusat dan merupakan durian runtuh siapa yang jadi broker. Pernah seketika waktu dulu Ketua Bahagian saya menjaga 10 undi dari bahagian, setiap undi RM5000. Jadi Rm50000. Itu baru Majlis Tertinggi. Manakala sahabat saya dari perwakilan negeri Pahang, sebaik sahaja selesai persidangan terus membeli cash WIRA baru. |
otek
said:

| http://www.youtube.com/watch?v=IN-m9deR4UQ joget lambak nuar...heheheheheh |
dean penang
said:

| kepada ZORRO, org2 umno telalu taksub dengan umno sampai nak tegur pimpinan atasan pun takut.ko lupa ke MAHATHIR kerap menghina dan memperkecilkan hukum ISLAM terang2an di perhimpunan agung umno,dia juga terlibat banyak skandal rasuah,penyelewengan,tengok saja menteri2 yg rasuah di zaman pentadbirannya,pembaziran wang rakyat yg terlalu banyak,projek2 mega yg tak menguntungkan rakyat bawahan tetapi hanya menguntungkan kroni2..ambik contoh PROTON,PERWAJA..apa dah jadi sekarang......cukupla ZORRO ko jgn terlalu emosi nak marah2kan org2 pembangkang....ANWAR bukanla org yg sempurna tapi beliau adalah calon terbaik untuk memimpin MALAYSIA.jgn jadi buta hati untuk menilai mana yg hak dan batil.UMNO/BN sudah memerintah negara ini selama 50 tahun dan RASUAH makin parah di negara ini,dah jadi budaya UMNO/BN,masalah pendatang haram,jenayah makin teruk.agama islam jadi mainan politik umno je,bahasa melayu kian dipingggirkan,dan macam2 lagi.aku rasa cukupla kita rakyat malaysia bagi peluang kat UMNO/BN memerintah negara ini.tukar mereka dengan parti2 pembangkang....MELAYU JGN TAKUT UNTUK BERUBAH.kepada ZORRO, jgnla terlalu cepat melatah..kalau betul UMNO/BN hebat sangat kenapa takut nak adakan LIVE DEBATE dengan ANWAR IBRAHIM.siarkan secara langsung di tv,biar rakyat nilai dengan matang hujah2 yg dikemukakan.kepada ZORRO,.ingin saya jelaskan di sini bahawa UMNO/BN la yg banyak merendah2kan kaum hawa di negara ini.TENGOK BAGAIMANA WANITA DIEKSPLOITASI DALAM MAJALAH,AKBAR,IKLAN2 DAN DALAM2 PERTUNJUKKAN FESYEN......DENGAN BERPAKAIAN SEPARUH BOGEL,MENAYANGKAN SUSUK BADAN KETERLALUAN.....ADALAH INI TIDAK MENGHINA WANITA?rakyat yg cerdik boleh berfikir dan tak emosi keterlaluan akan memilih parti2 pembangkang manakala org2 yg suka diperb***hkan pimpinan atasan UMNO/BN akan terus hanyut bersama UMNO/BN.CUKUPLA ZORRO...UMNO/BN DAH BANYAK MEROSAKKAN NEGARA INI,AGAMA ISLAM DAN ORG2 MELAYU...FIKIR2KAN LA.KE ARAH MALAYSIA YG BARU ADIL DAN MAKMUR! |
Zorro
said:

| UMNO tu semua orang dah kenal dah,dah masak dah dengan perangai mereka tapi untuk melawan UMNO pun biarlah berhemah dan bertempat.jangan sampai tuduhan UMNO kat penyokong pembangkang tu nampak macam benar. Saya bukan penyokong UMNO tapi jika apa yang pembangkang nak bawak tu benar benar satu arus pembaruan, ALTERNATIF.Ianya tidak boleh lari dari pendapat dan ujian rakyat akan ketelusan dan kebenaran nya dan bukan nya politik sahaja. Cukup lah rakyat Malaysia ni dipermainkan dan diperalatkan oleh parti politik.Cukuplah dengan kekecewaan yang diberikan oleh orang politik dengan air liur mereka. RAKYAT MALAYSIA:JANGAN JADI BUTA MATA DAN BEKU OTAK. |
pemuda malaya
said:

| generasi berwibawa,berkarisma,berpendirian....ayuh generasiku....berfikiran matang ...pandang kedepan....jauh melangkau...... |
adil selatan
said:

| tak sabar menanti kisah anak cina sim.. support dsai.. |
ahmad
said:

| walaupun ezam dan kuncu suku matangnya mengkhianati Anwar. tapi masih ramai lagi jiwa jiwa muda sedang datang untuk meneruskan perjuangan reformasi...syabas Nik Nazmi, kami doa untuk anda...ameen |
umnoinsaf
said:

| Ramai pemimpin UMNO gemar ke dangdut. Terutama ketua-ketua UMNO Bahagian termasuk juga yang pegang jawatan jadi menteri sekarang ini. Sekarang ini dah jadi trend pemuda pergi dangdut dengan Pueri. 8 tahun dulu Ketua Bahagian saya ditangkap khalwat dengan seorang janda. Yang menarik dan menggelikan hati ; Ketua Bahagian dan janda itu dibawa dalam kereta Jenazah selama sejam sebelum dibawa ke balai polis. |
dean penang
said:

| kepada ZORRO, jgn lemah semangat.....kalau dah tak diharapkan pada org politik ......pada sape lagi nak ubah negara ni..politik la mencorakkan demokrasi sesebuah negara. ko jgn berbelit2 cakap....sebab tu org melayu terus ketinggalan.....suka sgt terus2an kene tipu dek umno/bn yg dah lama sgt perintah negara ni.MELAYU MESTI BERANI BERUBAH.TOLAK UMNO/BN DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DTG....KE ARAH MALAYSIA BARU ADIL DAN MAKMUR! |
lan
said:

| Zorro ko adalah suku sakat azalina troopers. Jangan lah berbelit-belit dengan kata-kata indah ko.. tapi busuk ayatnya... ko memang wajib dihina sedemikian rupa sebab pemikiran ko serendah budak sekolah tadika.... kau kata Nik Nazmi mewarisi agenda Amerika... mari kita debatkan isu ini... mula-mula ko jumpa pak lah dan kata "saya tak nak berniaga dengan Amerika Syarikat..... syarikat-syarikat Amerika diminta keluar dari bumi Malaysia.... " pada pemikiran ko yang kolot tu semua yang berbaik dengan Amerika adalah agen Amerika?Yahudi.... hebat... hebat.... di Amerika ada pertbuhan Islam yang mewakili berjuta-juta orang Islam iaitu ISNA. Setiap tahun senator Amerika Syarikat menghadirii mesyuarat agung mereka... untuk pengetahuan ko ianya di buat di stadium dan pernah satu ketika kehadiran perwakilan seramai 40 ribu orang.... apa ko nak kata semua perwakilan tu agen Amerika... dalam pertubuhan itu ada Dr Jamal barjanzi, Almarhun Ismail Faruki dan ramai yang tersohor... mereka berjumpa Pres Bush... apa ko kata semua ni agen Amerika.... Dr M (mantan ko dulu) jumpa Pres Bush menggunakan wang TNB melalui pelobo yahudi (heritage foundation) ... kenapa kau tak kata dia nie agen yahudi...... najib menrima kapal perang yang mempunyai bom nuklear setiap tahun di Port Klang... kenapa ko tak kata Najib nie agen Amerika.... Zorro pemikiran ko memang menyedihkan... ini bukan hidup zaman 50an ianya zaman globalisasi... sepatutnya ko hormat Anwar... Al Gore menjadi rakan baik dia secara ikhlas... tak perlu bayar sesiapa pun apabila dia nak jumpa org tertentu di Amerika Syarikat... kenapa ko tak kata Anwar agen Turki ker.. Arab saudi.... agen Qatar ker... agen Indonesia.... kau ada masalah besar dalam otak ko |
madona
said:

| Hiduplah kamu dalam dunia asing yang mengkhayalkan. Ingatlah! ini bumi yang perlu dipijak untuk hidup. |
Kamal
said:

| Tahniah, dean penang, macam tu la basuh Zorro, baru dia da akai. |
cokelat
said:

| sdr. NIK Nazmi.... Pengalaman dari tahun 1998 dan 1999. Akan ada sentiasa wanita bertudung pertengahan umur kononnya nak berjumpa sdr. Anwar.... Dia akan kerap datang.....matanya akan memerhati semua arah dalam pejabat itu.....dan akan beritahu konon anaknya aktif dlm keADIlan. Akan ada orang tua atau orang miskin minta derma dan bantuan mcm-mcm. Kemudian tolong hantar ke Kajang dsbnya. Akan ada yang mengakui BOMOH kononnya nak membantu dan mcm-mcm lagi.... Mereka ini adalah sesumpah dari BUKIT AMAN... |
EPL Official Latest News
| Official Site of the Premier League - Barclays Premier League News, Fixtures and Results News |












Sementara kini, di kalangan tiga staf kanan Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad adalah yang paling senior. Beliau bersama Anwar pada Jun 2006, anak muda lulusan King's College jurusan perundangan ini sebelumnya adalah eksekutif undang-undang di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Khabarnya, dia meletak jawatan 24 jam untuk bersama Anwar.
Ada seorang lelaki yang datang hendak minta tolong, Anwar tidak ada ketika itu, jadi Nazmi yang melayannya, iyalah orang baru, Nazmi layan sungguh-sungguh, tidak mahu imej bossnya tercalar. Semua yang lelaki itu cakap dia catitkan dalam buku nota.