The News
Eksklusif klpos.com
Eksklusif: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu
| Eksklusif: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu |
|
|
|
| Tuesday, 24 July 2007 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Oleh Wartawan klpos.com BEBERAPA tahun lalu saya pernah menulis begini, "Apabila menatap wajahnya kita akan tertanya-tanya, bahagian manakah warisan emaknya dan sudut mana milik ayahnya. Kedua-dua aspek bergabung secara simeteris dan gabungan seimbang sehingga melahirkan keindahan baru. Inilah yang menjadikan Nurul Izzah sebagai ikon untuk generasinya,".
Ketika itu, April 2003, saya baru tiga tahun bergelar wartawan dan berkerja di bawah seliaan Khalid Jaafar di majalah Siasah. Dan untuk isu majalah bulanan itu, kami memilih Izzah - begitu ia dipanggil, sebagai cover, dengan tajuk "Puteri di persimpangan jalan'.
Sejak itu, saya jarang bertemunya, ada sekali dua di majlis, sekadar bertegur sapa. Saya lebih kerap menemui ayah mentuanya, yang merupakan tetangga, dan sering saya lihat beriadah di taman serta ke masjid di kejiranan kami. Nama Izzah membesar bersama gelombang reformasi selepas ayahnya, Anwar Ibrahim, dipecat pada September 1998. Wajahnya muncul di TV kabel CNN dan BBC selepas berjaya menemui Presiden Filipina, Estrada minggu kedua ayahnya ditangkap dan dipenjara. Footage itu diputar berulang kali sehingga tertacap kemas di fikiran ramai, bahawa inilah puteri sulung Anwar Ibrahim, berkelana mencari sokongan untuk sang ayah yang dizalimi. Namanya melonjak, naik mendadak, ketika itu usianya baru 18 tahun.
Rancak bercakap politik Ketika klpos.com menemuinya baru-baru ini, kami bertanyakan pada beliau perbezaan perjuangan ketika itu dan kini, sewaktu badai melanda parti yang didokongi ayah dan ibunya, ramai yang dulu menyokong kini menentang, kes-kes keluar parti dan lain-lain. Izzah tenang menjawab, katanya, "Saya akui setiap fasa perjuangan punya kompleksiti yang tersendiri, kini saya melihatnya dengan lebih jelas, mungkin sentimen rakyat tidak begitu memihak sekarang ini, tapi itulah cabarannya. "Kini kami berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan rakyat faham bahawa perjuangan PKR tidak terhenti dengan pembebasan Anwar Ibrahim, Anwar hanya simbol, perjuangan sebenar adalah menegakkan keadilan itu sendiri di negara ini." katanya. Meminati Wilfred Owen, penyair Inggeris yang menjadi korban di hari-hari terakhir perang dunia pertama pada usia muda, Izzah rancak apabila diajak berbual persoalan politik ketimbang hal peribadi. Ada keyakinan dalam setiap patah perkataan yang diluahkannya, dan keyakinan itu tidak pula kita dengar seperti meninggi diri. "Saya melihat politik yang PKR perjuangkan adalah politik masa depan. Ia merupakan cita-cita besar rakyat yang berfikir luar dari kotak perkauman. Kita semua, saya percaya, mahu hidup harmoni dalam sebuah masyarakat majmuk. "Apabila kita menolong orang miskin, kita menolong kerana ia miskin, bukan kerana ia Melayu, Cina atau India, apabila kita bangun membela orang yang dizalimi, kita lakukan bukan kerana dia Islam, Buddha atau Hindu, kita bangun menentang kerana kita masyarakat yang bertamadun dan menentang kezaliman terhadap sesama insan," katanya. Di dewasakan pengalaman
Sukar rasanya mencari, wanita berusia 27 tahun di Malaysia yang sudah menghadam novel tebal War and Peace karya sasterawan terkenal Rusia, Leo Tolstoy. Biarpun sudah bertahun membaca War and Peace, Izzah bahkan boleh mencerita kembali. "Saya rasa orang Rusia amat kaya dengan cara ia menggambarkan, baca sahaja kisah Prince Andre sedang parah dalam satu peperangan bagaimana ia melihat awan pada langit yang biru, dalam bab itu sahaja Tolstoy menulis dengan begitu cantik, halus sehingga kita dapat membayangkan apa yang dilihatnya." Minatnya beragam dari politik, sastera hingga kepada musik. Beliau pandai bermain piano dan gitar. Dan juga peminat setia kumpulan Radiohead dari Britian, semua album kumpulan alternatif itu ada dalam simpanannya. Bekas pelajar aliran sains Sekolah Menengah Assunta Petaling Jaya ini juga pernah berlakon, ketika di sekolah gurunya memilih Izzah memegang watak Lady of Shalott dalam pementasan puisi Alfred Lord Tennyson. Selepas bergelar isteri pada Mei 2003, dan ayahnya bebas pada September 2004, Izzah menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti John Hopkins, beliau mengambil bidang pengajian antarabangsa dengan pengkhususan kajian Asia Tenggara. Sebelum itu Izzah merupakan pelajar Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas sebelum bertukar ke Universiti Tenaga Nasional selepas ayahnya dipecat. Di sebalik apa yang terjadi kepada keluarganya, Izzah merupakan antara pelajar terbaik di Uniten ketika tamat belajar. Jelas, beliau punya cita-cita politik. Ketika ditanya apakah beliau akan menggantikan ayahnya suatu hari nanti, Izzah terdiam seketika, beliau seperti memilih perkataan, lalu katanya. "Tidak penting sama ada saya atau orang lain yang gantikan ayah, apa yang penting adalah kesinambungan perjuangan membela rakyat tertindas, melakukan perubahan sedaya upaya, dan memuliakan insan. "Pada saya bukan individu yang penting sebaliknya institusi perjuangan itu sendiri. Individu datang dan pergi, perjuangan yang benar akan bertahan selama-lamanya," katanya hemat. Rasa rendah diri dan keyakinan berbaur sama rata dari kenyataannya itu. Saya memilih untuk tidak bertanya lanjut tentang pandangan politiknya, kerana saya dapat rasakan, soalan-soalan begitu merupakan 'makanannya'. Kisah kenduri kawin Sengaja saya tanyakan beliau tentang pengalaman belajar di luar negara, soalan yang tidak penting bagi seorang ahli politik muda penuh semangat seperti Izzah, namun dia tenang menjawab. Kata Izzah beliau bersyukur kerana ditemani suami tercinta.
Ceritanya lagi, beliau bertuah kerana suaminya seorang penyabar, "Kami serasi, selalunya pendapat dia dan saya tidak sama, tetapi bila fikir balik, oh rupanya kami saling melengkapi." Suaminya Raja Shahrir bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), dan berkelulusan kejuruteraan dari Universiti Cambridge. Semasa temubual ini dibuat, Raja Shahrir ada tetapi tidak ikut serta. Beliau leka dengan laptopnya, adakalanya dahi dikerutkan, seperti menyiapkan sesuatu yang besar. Gerun juga saya mahu menegurnya ketika itu. Menurut cerita seorang rakan, Izzah mengenali Raja Shahrir ketika kedua-duanya menganggotai Unit Pendidikan Politik satu biro di bawah kumpulan pemikir yang dikaitkan dengan ayahnya Institut Kajian Dasar (IKD). Majlis perkahwinan mereka dibuat secara sederhana tapi meriah. Masih jelas pada ingatan saya bagaimana ketatnya kawalan ketika pihak penjara membawa pulang Anwar untuk mewalikan pernikahan Izzah. Hanya sebentar, ketika kenduri kawin Izzah, Anwar tiada, ramai VVIP datang termasuk Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin, Tan Sri Hassan Merican, Datuk Seri Nazri Aziz bahkan kata orang Robert Kuok mewakilkan pada isterinya untuk ke kenduri Izzah dan Shahrir. Sultan Terengganu yang kini jadi Agung pun ada. Orang politik dan rakyat jelata jangan cakaplah. Berduyun-duyun. Terasa meriahnya sehingga kini. Selepas empat tahun kawin, sudahkah Izzah pandai memasak? Dia ketawa bila ditanya soalan itu, jelas Izzah, "Untuk suami saya selalu masak nasi briyani dan ada kalanya masakan Perancis, Souffle, sejenis puding. Asal sedap dia tidak memilih sangat." Kini Izzah perlu banyak berehat. Insyallah tidak lama lagi Anwar Ibrahim dan Wan Azizah akan dapat cucu pertama. Sejak mengandung anak sulung, Izzah setiap hari mengamalkan bacaan suruh Lukman, Kata Izzah, ibu mertuanya yang petuakan demikian dan apabila masa terluang beliau baca juga Surah Yassin dan suruh Yusuf. Pada asalnya, saya mahu gunakan tajuk temubual ini sebagai, Nurul Izzah: Perempuan Melayu Terakhir, tapi dibisikkan seorang kawan, "Mana ada akhir, yang nak keluar pun perempuan juga," hehe pecah rahsia. Blog Nurul Izzah boleh dilayari di nurulizzah.com - Pengarang Nantikan bahagian ketiga esok Rabu, 25 Julai kisah "Nik Nazmi, Waris Diari Merah" Minggu eksklusif klpos.com
adil selatan
said:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| memang ayu. klpos ni nak perkenalkan calon pilihan raya pkr ni.. parlimen mana nanti bertanding. permulaan 3 orang calon pkr dulu ke.. |
kasimsaif
said:

| PKR ini adalah parti Keluarga Anwar Ibrahim .<>.<><> ini rakyat atau penyokong pkr kena faham . Melawan kata anwar adalah berdosa besar atau anda akan digelar PENGKIANAT. |
cokelat
said:

| kasimsaif sudah hilang punca.... dalam tUMNO tak dapat jawatan..... sekarang berangan-angan...... skrg ni dah pulak sesat..... lagi menyesatkan..... |
pemuda malaya
said:

| generasi penuh berwibawa,semangat,tabah dan daya juang tinggi.... |
pak brahim
said:

| Malaysia Negara Bertuah... Melahirkan Ibu Pertiwi yang bermaruah... Cantik..halus budi bahasa...cerdik..bijak... Teruji..berpengalaman.. YANG PENTINGNYA PEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMANYA.... ALLAHHUAKBAR..... |
umnoinsaf
said:

| marilah ramai-ramai sokong keADILan...... marilah ramai-ramai sokong keADILan...... saya menyesal masuk UMNO.... |
kumam
said:

| Nurul Izzah......jawapannya sungguh interlektual |
G
said:

| PKR PARTI ANWAR UTK ANWAR LEPAS NI CITER PULAK PASAL ANAK2 ANWAR YG LAIN YE ... |
amksel.
said:

| anak lelaki DSAI lak ek.. masa DSAI dlm penjara anak jantan dia ni selalu enjoy .. |
umnoinsaf
said:

| Siapa selepas Najib.....?? Ramai pimpinan UMNO sudah bersiap mengatur langkah mengumpul strategi bagaimana nak mengambil alih kerusi Najib tahun depan. Diantara mereka yg sudah siap mengambil alih kerusi Najib ialah Tan Sri Muhyidin Yasin. Antara keyakinan beliau ialah mempunyai isteri memakai tudung. Walaubagaimana pun beliau bimbang samada berkongsi jentera dengan Khairy kerana terpaksa berhati-hati berikutan pakatan Khairy dengan Ezam baru-baru ini. |
pak brahim
said:

| lEPAS NI SAYA CADANGKAN KISAH MISS AZALINA...MISS MENTERI SUKAN TU... TENTU ADA CERITA-CERITA MENARIK MENGENAI HIDUP BELIAU UNTUK DIJADIKAN CONTOH KEPADA BELIA-BELIA. PEMUDA HARAPAN BANGSA... PEMUDI TIANG NEGARA............ |
lan
said:

| Kassimsaif, G dan amksel, Buatlah kerja lain ..... jangan nak menyibuk... kalau tak sibuk macam web site umno macm kpmu, kmu dan lain-lain. Makilah sepuas hati ko. Orang nak tahu kisah peribadi pegawai khas anwar.... jangan sibuk.... |
umnoinsaf
said:

| untuk makluman sdr-sdr.... mengenai pegawai-pegawai khas menteri-menteri UMNO ni semenjak memegang jawatan tingkahlaku mereka dah berubah 360 darjah. Maklum sajalah apabila pindah ke Putrajaya, di kampung tiada ALAMANDA. Shoping sakan. |
pak brahim
said:

| dUIT BANYAK.... kALAU TAK DAK... MINTA KAT ANANDA.... |
amksel.
said:

| LAN penyebuk..dah kena tebuk lubang ko kee. kata bebas bersuara.org lain tak sebuk pun kao je ngapa berapa gaji dapat. sokong memb**i buita jee .. banyak azmin bayar.. |
umnoinsaf
said:

| pegawai-pegawai khas menteri-menteri UMNO dan MCA yang dilantik dari kalangan kawasan Parlimen masing-masing kadangkala lebih-lebih pula drp menteri itu sendiri. Cara cakap dan tindak tanduk mereka itu dalam mesyuarat dgn pegawai kerajaan seolah-olah macam bapak menteri. Pesan dari saya kepada pengunjung klpos, janganlah berharap lagi pada UMNO. Umno dah sampai penghujung. Dah lama dahhhh.... |
gaara
said:

| ye ker???nape tak menang kat ijok?? hehehehe tp izzah memang lawa... respect laa kat izzah.. hehehehe manis orgnya.. ade pendidikan.. nak jadi ibu.. kebahagiaan dari allah swt... tahniah izzah.. |
lan
said:

| amk sel, bebas mengeluarkan pendapat dengan memfitnah adalah perkara yang berbeza....percaya proses demokrasi dengan proses pentingkan diri juga adalah perkara berbeza.... azmin tak pernah bayar aku.... tapi aku pernah bayar pada dia masa dia datang ceramah tempat aku tapi dia tak nak... aku bayar pada pemandu dia.... aku bukan kemaruk duit macam ko.... |
lan
said:

| Sdr amksel, dah lama kita berperang kat blog nie... aku perhati tulisan dan idea ko makin teruk... masa dulu ok gak.. ada hujah.... lama2 dah timbulkan isu fitnah lak...anak lelaki anuar kan kecik lagi.... ko dah giler apa.. barulah sekarang dah besar...... |
Lebah
said:

| korang ni nak tegakan apa kat bumi Allah ni, cerita je lebih maksiat depan mata tak nak tegorpun. |
umnoinsaf
said:

| orang-orang UMNO la ni memang bergelumang dgn maksiat. Harapan saya sdr Ezam jangan terjebak dalam perangkap UMNO ini. |
teori
said:

| biar kan dorang taip apa yang dorang suka ikut suka hati perut dorang...... kalau yang cerdik dia akan paham/menilai apa yg nak dia luahkan....... kalau luahan dorang tu macam ,bebal2 bengap2 g2... kita baca , jawap ataupon gelakkan kan je dahhh....ekekekekekekekek sikit aku tak terguris dengan bangsat2 ni sumer......... ekekeke wakakakakaka |
nok_kabor
said:

| kelebihan islam hadhari,tak payah pakai tudung,belaga pipi ngan sapa-sapa pun boleh,pegang2 pun boleh,rasuah tak pe janji boleh buat duit-itulah islam hadhari sapa nak tambah? |
otek
said:

| izzah nko nasehatlah bapak nko tu..udah udahlah tu berjoget...tak puas nak joget ker... |
umnoinsaf
said:

| sahabtku otek.. sebenarnya ramai pemimipin UMNO yang berjoget. Ramai yang tak tahu. Pergi semak di hotel AWANA di genting. Sebenarnya berjoget atas katil. Cuba tanya pihak hotel berkenaan, kata mereka ada pemimpin Pahang yg sekarang ni sudah bersara dlm politik, berjoget dalam kereta pun ada. Mengenai bukti saya akan tanya Bos lama saya (Tun M). Katanya dia ada bukti. Itupun terpulang pada dia. Bukti apa yg kamu. Semua ada pada dia. Tapi dia masih sayang pada UMNO cuma pemimipin yg ada ni tak da kualiti. |
umnoinsaf
said:

| Bekas Bos (Tun M) saya bercakap pada hari ni.......... Asked if Malaysia Today webmaster Raja Petra Raja Kamaruddin had ‘stuck to the facts’, the former premier replied: “If he did not, people would not read it.” In another development, Mahathir said he did not accept the nominations to contest for a delegate’s seat in the Umno general assembly because he was “certain” that some parties would ensure that he was defeated. “Why did I decline? Because I know I will lose. They will pay money to the delegates not to vote for me. The last time, they spent more than RM80,000... paying RM200 (per person)... when these people reported, the disciplinary committee said ‘there was no bribery’. “In my constituency (Kubang Pasu in Kedah), everybody knows that there was bribery. There is bribery promoted by the ruling party. This is something that has never happened before,” he added. “They sell their votes for RM200 for (a) party election. For (the) general election, it’s RM1,000. At the Ijok (by-election) recently, people were paid RM1,000, sewing machines were given, all kinds of things happened,” he said. |
PAK JAY
said:

| SAUDARA WARTAWAN KLPOS BILA NAK SIAR KISAH ANAK JANTAN DATO' NAZRI TAN SRI AZIZ???? |
anizor
said:

| she's so sweet. so wanita melayu. cerdik, bergaya, manis berpakaian muslimah. cuba bandingkan dengan rosmah / azalina / nori . ishh dengan rambut berkaler, cakap kasar, rupa buruk, perangai buruk ! bayangkan wanita didikan anwar dan wanita didikan umno ! semoga izzah dan keluarga sentiasa dibawah lindunganNya. |
amksel.
said:

| Lan..pett tt. kau ni bodo gak .. kan dah sekolah menengah pas 2 anta australia. 2 bukan dah besor ,dah kira dewasa la 2 ..tak tengok dlam internet budak2 sek men je dah pandai main kat tangga la kat longkan laa.. nak besar mcmana l;agi? mcm AZMIN?? muahh haaa.. |
dexs
said:

| Saya mengambil contoh saudara Ezam telah meninggalkan parti keadilan dan memberi teguran terhadap pimpinan, lantas beliau dianggap sebagai pengkhianat oleh pimpinan separuh masak, kaki bodek dalam parti. Tidak cukup dengan itu ramai teman yang rapat dengan Ezam juga di singkirkan. Kami tidak sedikitpun merasa gundah gulana bila meninggalkan parti. Kami rasa puas dengan pemb**itan dalam perjuangan selama 8 tahun yang telah mengajar kami untuk lebih memahami apa erti perjuangan sebenar. Tidak semestinya duduk didalam parti untuk berjuang dan bukan hanya Parti Keadilan sahaja boleh dianggap sebagai parti pejuang. Masih ramai pejuang pejuang yang tak duduk dalam parti Keadilan pun. Saya serta teman teman ingin menyatakan disini semangat perjuangan kami tetap seperti biasa. Kami sedikitpun tidak lari dari asas perjuangan 98. Cuma tidak bersama PKR yang sudah hilang halatuju dan corak kepimpinan ala pemerintah yang korap. Persoalannya adakah PKR merupakan parti perjuangan? Setelah rakyat diajak bangkit dan bersama melakukan reformasi demi memerangai Korupsi. Saya menerima sms dari ketua AMK selangor atas arahan dari DSAI kpd amk selangor “Saya minta agar sdr KAM bhg memastikan tidak ada yang hadir dlm setiap program GERAK yang diadakan”. Apa maknanya ini Dato’ Sri Anwar Ibrahim ? Mana kesunguhan DSAI memerangi rasuah mana….. Mana…. Mana….. Yang ada cuma kaki bodek mengampu mengelilingi beliau ( termasuk KETUA BAHAGIAN SEPANG) atau DSAI cuma tunggu masa untuk masuk u...m…n…o Demi soladiriti terhadap saudara Ezam , saya dan teman teman dalam Jawatankuasa Bahagian Sepang mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan dan keluar dari PKR. Kami mengambil keputusan menjadi ahli dalam Gerakan Demokrasi dan anti Korapsi – GERAK Senarai keluar Parti Keadilan Rakyat 1- Mohd Khairudin Karno - Timbalan Ketua Bahagian Sepang 2- Syed Nazarudin Syed Aziz – Naib Ketua Bahagian / bekas exco AMKM 3- Ahmad Yunus - Setiausaha Bahagian Sepang 4- Ahmad Murad - AJK Bahagian Sepang 5- Sohaini samson – AJK bahagian / AJK AMK 6- Sharulnizam – AJK Bahagian / AJK AMK 7- Nasuha Akhiri - Setiausaha Wanita Bahagian Sepang 8- Norfaizah Abdul Wahab - Bendahari Wanita Sepang 9- Mohd Supinar othman – Bekas Setiausaha Bahagian Sepang 10- Husaili Maarof – AJK AMK 11- Mohd. Fazli Saradan - AJK AMK 12- Fauzi Saad - Melepaskan Jawatan 13-Norlela Ibrahim - Bekas AJK AMK 14- Supian Razali – Bekas AJK AMK 15- Zolkarnian Shafie – Bekas AJK AMK 16- Emir Yazid Azman – Bekas AJK AMK ................ keldai oh keldai lagu 10 budak itam boleh tukar jadi 10 ekor keldai le ... |
amksel.
said:

| Kita nak yg terbaik drp yg terbaik sebernarnya.. klu nak yg tebaik inej pemimpin mesti baik.UMNO tak sah nak ckp mmg perangai buruk semua org tau tu... jdi kita pebetulkan pemimpn kit supaya tak terikut perangai UMNO di yg dulu. harap faham maksud kawan kita ni.. Saya boleh tulis yg bernas tapi kadang kala tulisan kita gak yg buat rakan lain panas dan tulisan jadi tak bernas.. maafkan saya.. |
rantisi_kl
said:

| izzah ni..sbenornye bekas bakal girlfren aku...tapi x jadi.. jodoh pertemuan di tgn Tuhan kan, nak buek camno.. Semoga Nurul Izzah m'jadi muslimat, isteri & ibu yg solehah..amin.. lawan tetap lawan |
otek
said:

| orang yg berkawan ngan yahudi...tak boleh pakai punye orang |
ahmad
said:

| amksel tak mampu menulis dengan bernas sebab amksel tak bernas. beras bernas lebih bernas dari amksel |
umnoiinsaf
said:

| Kami beberapa pemuda, puteri dan bekas AJK Bhg Umno (Bhg dirahsiakan) senyap-senyap sudah keluar UMNO. Kami tidak puas hati kerana kepimpinan UMNO sekarang ini sudah hilang halatuju. Apa yang dikatakan Tun adalah benar belaka....... Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau enggan bertanding untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno kerana "politik wang". Beliau berkata parti itu akan "menggunakan wang" untuk membeli undi perwakilan sekiranya beliau memutuskan menawarkan diri untuk bertanding bagi kerusi perwakilan. "Sebab itu saya enggan. Saya tahu saya akan kalah kerana mereka akan bayar wang kepada perwakilan supaya tidak mengundi saya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan Ekonomi Dinar Emas 2007 di sini hari ini |
thaqif
said:

| dexs, Masa belum berakhir,tengoklah bagaimana yg saudara maksudkan perjuangan sebenar Ezam & geng nanti,jangan sampaisudara dan mereka-mereka yg sealiran di ketawa kan sudah lah.Sehingga sekarang,dokumen rasuah yg di serahkan kepada Pak Lah tak tahu apa jadinya,Pak Lah masih seronok bercuti,dan menteri berkaitan masih kehulu kehilir senyum menunjukan gigi-cukup berkesan Ezam membenteras rasuah melalui Umno. Kalau kalian nak masuk Umno silakan,jgn mendayu-dayu lagi mencari alasan.Tapi kalian lihatlah parti Umno memang jauh lebih baik dr Keadilan ,kerana perangai mereka bukan setakat macam Ezam yg di pangil pengkhianat oleh Keadialn,tapi dlm ni Umno Bekas Presiden dan PM mereka yg belum pun keluar Umno tapi hanya sudah tidak berkuasa, bukan setakat mereka gelar pengkianat tapi mereka khianati pun, sehingga nak jadi perwakilan pun di sekat, alangkah baik nya Umno ni. Senarai pemimpin dan bekas pemimpin yg keluar Keadilan yg saudar terakan akan kami adili kredibiliti mereka berbanding pemimpin yg baru menggantikan mereka,tunggu lah konvensyen berikutnya nanti,report kad mereka akan di keluarkan. |
munirah
said:

| dulu saya pernah baca izzah ada pernah menjadi penemubual untuk rancangan tv politik di indonesia. semua rakaman itu tak adakah vidoenya dan tak di upload kan di youtube? sekian itu saja komen saya terima kasih. |
lan
said:

| Untuk amksel, ko memang tak boleh berhujah dengan baik.... ko bukan lawan aku...... Untuk dexs, ahli-ahli yang keluar dari keadilan (kalau betul la, sbb aku dapat maklumat 2-3 kerat ajer yang keluar dari Sepang semua tu pernah makan bawah tapak tangan Ezam... malu nak cerita) nak tunjuk solidariti kepada Ezam.... lepas tu buat apa..... nak demo ahli tak ramai... nak bertanding...takut kalah dan hilang wang deposit.... harap gertak ajerlah... last-last masuk Umno ajer lah.... tak payah cerita Gerak nie dah basi dah macam fail yang ezam hantar ke Pak Lah... entah-entah fail tu Pak Lah buang ke laut ajer..... jangan mimpi le Gerak.... melainkan dia ada agenda lain dengan Khairy... |
lan
said:

| Setuju dengan otek, orang yang berkawan dengan yahudi tak boleh buat kawan... mula2 tangkap Che Det pasal berkawan dan meminta maaf dengan Soros... lepas tu pak lah, najib dan seluruh kabinet pasal melantik Goldmans sebagai penasihat kewangan malaysia.. tangkap semua... lepas tu siapa2 yang minum kat Starbucks, makan di Mc Donalds juga harus ditangkap kerana kedua-dua rangkaian itu pemiliknya yahudi punya.... ramai betul kita nak tangkap..... macam mana otek.... ko pun kena tangkap sekali..... lepas tu Israel/USA pun beri amaran jika tangkap semua orang yang ada kaitan dengan yahudi maka malaysia akan diserang... hari ni Israel berei amaran... sebelum subuh Pak lah dah mengaku kalah......Pooodah..... |
amksel.
said:

| fuooo yoo LAN petpet pandai la berhujaah.. aku b***h tak sekolah.. mari la jumopa tah-tah kau ni aku kenal kee. ada master perang saraf la konon .. |
amksel.
said:

| cita cakap kosong leh la.. tangkap tangkap dari dulu aku dengar.. mereka kebal gak.. setakat air liur basi LAN je.. tak jadi kudis mereka.. pi la turun ajak azmin kat jln raya demo boikot je pilihanraya duit pun tak habis kau dan azmin songlap.. yang kita prnat je dapat.. kaalah jugak.. kau kebas duit dana pi buat rumah.. kau semua rugi apa rumah besar-besar--kito melopong.. kau ingat koto b***hh lagi... cakap dgn AZMIN kk. |
amksel.
said:

| lAN DAH BACA DEXS ANTA BACA PAHAM JGN MELATAH B***HHH |
otek
said:

| PKR..CUKUPLAH PERJUANGAN KAMU YG SIA SIA....NASIB KORANG CAMTU JUGAK...KAH..KAH..KAH...AKU RASA KORANG TUBUHKAN PARTI BARU,PARTI JOGET LAMBAK..MESTI SI NUAR SUKER...HEHEHEHE..... |
lan
said:

| untuk dexs dan amksel, biarlah ahli-ahli dalam blog nie adili apa yang ko tulis..... |
generasi baru
said:

| aku pengadil pertama; dexs, amksel dan otek...tak dak class langsung, memalukan... |
Tok Lah
said:

| Pak Lah (bapak Islam Hadhari) suruhler bini baru kau tue pakai tudung...kan dalam Islam ada menyebutnya...tukan aurat wanita....apalah kau ni cakap tak serupa bikin...ke sana-sini kau jaja Islam Hadhari tapi kau sendiri tak betul...malang sungguh rakyat Msia dapat PM mcm ni.... |
umnoinsaf
said:

| Pak Habib menulis......TALKIN UNTUK UMNO http://www.umno-reform.com/urnews1/pakhabib_paklah_derhaka.htm |
otek
said:

| http://www.youtube.com/watch?v=IN-m9deR4UQ JOGET JGN TAK JOGET |
umnoinsaf
said:

| Beza 3 PM dulu dan 2 PM selepas itu..... Tiga orang perdana menteri Malaysia walaupun berasal-usul daripada golongan ningrat, mati tanpa banyak kekayaannya. Tengku mempunyai sebuah rumah di PulauPinang, tetapi dua perdana menteri selepasnya tidak pun memmpunyai rumah sendiri. Balu mereka masih lagi menetap di rumah kerajaan. Tetapi, nasib yang sama tidak pula akan ditiru oleh orang yang akan mengekori kematian mereka bertiga. Tidak juga oleh meneri kabinet yang ada, keraa semua akaun dalam bank yang ada memang penuh sampai ke bibirnya. Ini membayangkan betapa rakusnya mereka ketika masih berjawatan sehingga mampu memilikki kereta mewah yang tidak setara dengan pendapatan gaji dan elaun ketika berkhidmat kepada rakyatnya. Walau bagaimana pun, Tun Razak adalah laksana seorang gergasi di kalangan manusia biasa. Ketika dia jatuh sakit pada 1976, dia dihantar ke London tanpa diiringi isterinya kerna dia tidak membenarkannya. Perbendaharaan negara terlalu daif ketika itu dan dia sendiri tidka mampu membayar tiket isterinya. Kalau ingatan saya tidak silap, ketika itu ketua eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengeluarkan belanja untuk membolehkan isterinya pergi ke London untuk berada di sisinya. Dia melepaskan nafas terakhir di London. Jenazahnya dibawa pulang untuk disemadikan di makam pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selama lima tahun Tun menjadi perdana menteri, dia telah menukar ketokohan negara Malaysia. Dia merupakan seorang mahaguru strategi yang tidak dapat ditandingi oleh orang Cina ataupun orang India. Yang membantunya ketika itu ialah tindakan MCA untuk menarik diri daripada menyertai pemerintah selepas pemilu 1969. Keputusan yang silap itu telah menghantui parti itu sehingga hari ini. Inilah yang menjdi bahan kutukan bersama oleh UMNO dan jua masyarakat Cina yang dilaungkan sebagai diwakili oleh MCA itu. -MGG Pillai- |
cokelat
said:

| cokelat diatas adalah cokelat tiruan.......dia pakai nama yang sama. Pemimpin Pembangkang yang kena halau dari Indonesia adalah sdr. Ezam. |
ratu syahadah
said:

| apa-apalah dengan dunia politik zaman sekarang, leh tolong siarkan anak-anak datok sri selepas izzh iaitu nurul nuha sehingga nurul hana. |
Pemerhati
said:

| TAk caya...dulu minah ni kaki clubbing...lepas bapaknya kena tangkap, terus tukar imej.... |
askarsepoi
said:

| dah nak PRU pun pakat mangkak semua.. la ni bukan masa nak kecoh dan hujah tunjuk pandai ..dok kecoh sangat ni hangpa ada mengundi tak ? kawan-kawan hangpa mengundi tak ? jiran-jiran, sedara mara , awek-awek atau balak-balak hangpa ..depa mengundi tak ? ok, kalau mengundi, kat mana ? tempat tu ada potensi tak ? kalau nama dalam kawasan penuh cina, dah sah-sah regunya Dap dgn MCA ..jadi pastikan hangpa mengundi dan yang lain mengundi, dan undi di tempat bermanfaat..kalau nak tukaq, sempat lagi ni..pi JPN, minta slip alamat baru, bayaq RM2..lepas tu pi pejabat POS tukaq..kalau mengundi hujung tahun ni atau awal tahun depan..dapat la kawasan baru.. kalau tak , kena mengundi la tempat lama...habaq benda ni kat kawan-kawan..aku dok jelajah blog habaq benda ni..isu hangpa nak undi sapa, tu pikiaq sendiri ..takkan dah besaq panjang pon bodo ... |
ratu syahadah
said:

| kepada pemerhati kepala hotak kau minah ni kaki clubing..aku kenal dia dari dulu bukan sekarang,, seluiruh keluarga dia aku kenal..yang kaki clubing tu akak kau...dasar umno selalu fitnah dan tuduhan palsu..kau dengan pemimpin umno sama jer... |
otek
said:

| tapi yang pasti ratu syahadah bapak dia kaki joget...ekekekekekek |
cokelat
said:

| otak-otak ni dah habis modal..... semua orang dah tahu......RTM pun dah tunjuk tiap-tiap malam.... Apa da hal....... Sekarang ini semua barang dah naik.....aku khuatir otak-otak tak laku kat johor ni... Yg laku otek-otek..... Pemimpin UMNO mana tak kaki joget oiiii..... |
anakbongsu
said:

| .......pas ke pkr ke gerak ke sume nye orng melayu macam aku yang nak melihat ketelusan pemerintahan biase lah "naamno" ketika berkuasa kamu saja yang betul walau pun tak betul tapi sejarah telah membukti kan dari pengasas hingga lah ke peneraju sebelum pak lah "mati" di luar "naamno" melain kan tun razak .........diam tak diam dah nak dapat cucu bro anwar ni kalau le panjang hayat pkr bole le mewarisi jawatan dalam parti keluarga ni ...ape ape pun syabas saudari nurul izzah jadile istri yang solehah moga mendapat anak yang solehah juge ...syabas bangsa ku selamat berparti. |
habuktaikkucing
said:

| biasalah org bila dah bergelumang dengan yahudi ni....yahudi mabuk ni tak semestinya daqri bangsa israel je....org yg suka buat fitnah ni...memang patut disamakan dgn yahudi....ingatkan ALLAH maha mengetahui....salam |
nurul
said:

| pasal kes anwar ibrahim joget... that's not a big issue dia berjoget di kawasan ramai orang india mengikut rentak lagu yang dimainkan (lagu india) lainlah kalo dia berjoget di surau kita kena sesuaikan diri untuk masuk ke kawasan orang.. yg penting attitude kita tetap sama..harus dijaga dengan baik |
ser
said:

| Izzah and her mother is such a wonderful muslim women. She's a good example |
kojeng
said:

| Patutlah si KJ nak ngurat dia,molek dan lawa ,mana tahu anwar naik boleh dia ambil jalan singkat. Bila dia tengok dolah dia tukar ke plan 2,walaupun bunganya adalah biasa-biasa aje. |
i love BODOlah bangsat
said:

| amksel dexs otak bangsat.perosak bangsa.pemusnah rakyat.buat haru biru.baik korang jd nyah kat blkg mercedes...lu pikir2 la sendiri.nk buat kecoh lu bikin la blog sdr.gua xmarah.tp gua rase semak de 3cipan nih.. |
Sidiq Gandi Baskoro
said:

| perjuangan memerlukan pengorbanan, amalan memerlukan keikhlasan, keberhasilan memerlukan ketawadhu'an. - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - Jakarta-Indonesia 2008 |
Bilal Dawood
said:

| Kewibawaan Anwar Ibrahim dlm memimpin umat Malaysia berbilang kaum memang tidak dpt dipertikaikan lagi. Inilah dia pemimpin yg dinanti2 dizaman skrg untuk menerajui negara yg kian mencabar dgn cabaran2 yg sukar. Pengalaman memimpin, pengalaman difitnah, pengalaman dipenjara tanpa salah adalah merupakan latihan dan yg biasa dihadapi oleh pemimpin2 hebat dunia. |
jalil
said:

| semua telah ditakdirkan, selalulah berdoa pada Nya! |
harafays
said:

| izzah...cpat2 r suh ayah ko msuk politik..i da xtahan ngn corak kepimpinan pak lah..ce tgk..seme brg naik hg..petrol especially...i da xsggup..i student ag...bnyk nk pakai duit...ni psn tuk ayh ko..Datuk Anwar...sy mrayu..cpatla bgkit..bngunkn smula org mlayu..bntula kami rkyt mlaysia...cpatl;a join politik..suh pak lah ltkk jwtn..dia asyik ikut ckp khairi mnantu ksyngn dia 2 jer...ermmm k 2 je..tq |
apai
said:

| perempuan ni kalau cakap memang beriya-iya, kalau cakap kat surat khabar melayu cakapnya lain tapi kalau cakap kat tempat orang cina cakapnya lain. jangan ingat keluarga dia boleh cakap bahasa cina tak ada orang boleh faham. dia ingin memperjuangkan kebebasan media tetapi meminta termasuk membuat demontrasi dan bantahan tapi di laman blognya apa yg orang perkatakan terutama bantahan terhadap apa yg ingin dilakukan pkr disekat dan tidak ingin disiarkan malah melakukan blacklist.tidak menerima cadangan dan kritikan. ini menunjukkan mereka sendiri tidak mengamalakan kebebasan media. cakap poyoh. |
bob
said:

| kalau ye pun jangan puji lebih2 , ada apa2 ka |
mat tom
said:

| ini anak kepada jaguh liwat negara. |
tok wan
said:

| perempuan ini tahu bapanya adalah seorang kaki liwat dan apa yg brlaku pada 98 dan baru2 ini juga dia tahu akan kebenarannya, cuma dia mahu menegakkan benang yg basah untuk menutup malu. begitu dengan ibunya yg juga tahu suaminya pernah melakukan perkara terkutuk itu. kalau tanya di dalam hatinya dia tahu apa yg terjadi spt yg didakwa itu adalah betul. ini dilakukan untuk membolehkan anwar ibrahim menjadi perdana menteri. cakap yg benar kan senang. takkan nak hanya ahli keluarga saja yg tahu, satu hari manusia akan mati juga takkan ada yg kekal. di neraka nanti ada balasannya dan begitu juga orang hidup yg ditinggalkan pasti akan ada kesan hidup yg menghantui perbuatannya kepada ahli keluarganya. orang kata ahli keluarga dapat merasakan apa perbuatan dilakukan orang tuanya, jadi tepuk dada tanya selera. tuhan maha mengetahui, pasti akan memberi bala dan azab kepada orang yg melakukan perbuatan kutuk, berbohong dan memfitnah. ahli keluarga juga akan menerima balasannya kesan perbuatan mereka itu. beta besarnya kuasa alllah taala yg menciptakan langit dan bumi.menciptakan manusia dari tanah, memberi rezeki dan mengadili manusia. ya allah, engkau tunjukkan kuasamu dan kebenarannya. enkaulah yg maha terpuji dan maha benar. ya allah tunjukkan balasanmu sebagaimana yg telah engkau tunjukkan kepada masyarakat terdahulu. berani kerana benar. takut kerana salah. mansyaallah. |
revolusi
said:

| orang-orang umno tidak sedar..mereka kutuk anwar,mereka kutuk umno sendiri..cume bezanya,dulu anwar dlm umno,xboleh kutuk..skrg kat luar.Sebab kadang2 teringat dulu,aku kutuk anwar tp puak-puak ni juga yang bela dia..SEBAB??Dia TPM.. |
EPL Official Latest News
| Official Site of the Premier League - Barclays Premier League News, Fixtures and Results News |











Ada cerita mengapa Khalid menyuruh saya mencari Izzah waktu itu, saya ingat dengan jelas, ia merupakan minggu-minggu akhir sebelum Si Puteri dilamar jejaka kacak pilihannya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Saya kira kegetiran yang menimpa keluarganya, dan atas kedudukan beliau sebagai anak sulung banyak membantu proses pendewasaan Izzah dalam politik dan pergaulan seharian.
Ini ketika belajar beliau tidak mempunyai banyak masa. "Saya perlu habiskan pengajian setahun setengah dalam masa setahun sahaja, bayangkan!". 