Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan arrow The News arrow Saga Altantuya arrow Kes Altantuya: Ulasan terkini Anwar
Kes Altantuya: Ulasan terkini Anwar PDF Print E-mail
Wednesday, 04 July 2007

Perkembangan terbaru di dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya Sharibu telah menimbulkan lebih banyak persoalan terhadap keseluruhan perbicaraan tersebut.

Sebaik sahaja pihak pendakwaan membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan Lans Korporal Ronaiza Roslan, hari ini Rohaniza membuat pendedahan mengejutkan bahawa beliau telah diancam untuk ditembak mati sekiranya beliau memberi keterangan dalam perbicaraan Altantuya.

Sebelum ini, salah seorang dari peguambela pihak tertuduh telah mengundur diri dari kes tersebut kerana campurtangan pihak ketiga.

Perkembangan-perkembangan ini telah menghangatkan lagi dakwaan penglibatan tokoh-tokoh penting di dalam kes tersebut, sementara Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah kembali tidak memberi komen mengenai kes tersebut meskipun orang kanannya dan pengawal-pengawal yang ditugaskan melindunginya telah dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut disamping dakwaan salah seorang saksi terhadap kewujudan sekeping gambar Altantuya bersama-sama seorang pegawai kerajaan yang berkongsi nama yang sama dengannya.

Saya telah berkali-kali mendesak pihak berkuasa untuk bertindak dengan segera demi memelihara kredibiliti proses perbicaraan kes tersebut memandangkan professionalisme dan kebolehan polis dan Peguam Negara sedang diperhatikan seluruh dunia, namun mereka telah gagal mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ini merupakan peluang untuk memulihkan maruah negara kita, namun mengapakah setakat ini pihak berkuasa bersungguh-sungguh untuk menggagalkannya?

Blog Anwar Ibrahim boleh dilawati di anwaribrahimblog.com - Pengarang

Komen (45) >>

pengat labu said: _

  kalau star witness tak boleh pakai macamana nak bina kes pendakwaan...hai janji org kuat Najib terlepas, Najib pulak jangan dilibatkan. Apa nak buat ...dah skrip macam tu....
July 03, 2007 | url

alkulop said: _

  Mutakhir ni bila DSAI jadi TPM dah kena masuk mahkamah malah terpenjara. Diluar mahkamah pulak Najib dikait dengan kes altantuya, kalau sangkut juga aku ingat tak payah la malaysia ni pakai TPM. PM pun eloklah kalau tak pakai TPM. Cari jer lima enam orang Naib perdana menteri. Jadi boleh kekal lama. Takde orang brani lawan. Toksahlah pakai TPM lagi sebab nasib malang dan kontroversi. Saya percaya malaysia ni BOLEH
July 03, 2007 | url

SB Siber said: _

  Bongkar habis....apa yang nak ditakutkan...
July 03, 2007 | url

teori said: _

  kes hingga jumaat ini sahaja..... perbicaraan akan di sambung Ogos nanti....... ermmmmmm sempat buat PRU ni....... bicara dah semakin panas itu baru saksi ke10...... mintak panjang umor la saksi polis tu.......
July 03, 2007 | url

akukaya said: _

  ya betul harap panjang umur saksi2 tu. bak kata black jangan di"altantuyakan" saksi2 tu dah la..
July 03, 2007 | url

nasibbku said: _

  Kalau Anwar nak cari pengaruh dari kes ini, saya rasa memang jelaslah beliau tak boleh jadi PM.

Kalau saya, saya tak akan komen. Siapa bersalah kita belum tahu lagi. Lagi pun apa sangat dengan gambar.

Jadi sekarang ini, kita tak boleh bergambar dengan sesiapa. Kalau bergambar, maka kita akan terlibat. begitu ke? Jadi kalau Anwar dengan Haji Hadi bergambar dengan Lim Kit Siang dan Karpal, maka saya juga boleh kata Anwar dan Haji berfikiran macam Lim Kit Siang dan Karpal.

Nak jadi PM di modern time, kena berhemah. Tak pandai sikit pun tak apa, asalkan kita selesa dikaca pemimpin lain. Lagi pun pandai buat decision pun dah cukup. Tak payah rhetoric pun tak apa.

Salam.
July 03, 2007 | url

langkah said: _

  NAJIB b****t banyak PANASSSSS..... Lihatlah kedurjanaan Pimpinanan UMNO/BN sehingga sanggup membunuh demi memuaskan kepentingan mereka. Syabas kepada Lans Korporal Ronaiza Roslan kerana dengan berani telah memberitahu mahkamah hal ugutan tersebut.

NAJIB! Allah melihat apa yang kau lakukan.... Dunia kau lepas akhirat jangan harap.
July 03, 2007 | url

langkah said: _

  *** gantikan dengan punggung...
July 03, 2007 | url

altunza said: _

  diharap anda semua jgn silap tembak, tupai dpt lepas kelapa hancur berderai. cuba ingat kronologi kes ini. Apa kata mazlinda( suami sy bukannya nak jadi PM)(Im proud of it). Sesapa yg nak jadi PM, atau nak gugat PM mesti di'lock'. Mazlinda berbangga dgn suami yg sanggup menjadi galang ganti pd sahabat(setia) yg nak diganggu kedudukan politiknya. Ingat lg lawyer Z.Nordin(ada pihak ke 3 campur) tapi atas prinsip membela maka dia ambil keputusan tarik diri. Mungkin ada jaminan bahawa anak guamnya akan terlepas jadi dia tarik diri. Ingat lg kenapa salahuddin yg lemah lembut tapi skema tu ditarik diri dari kerjanya last minute. Salahudin yg skema tu nak panggil TPM utk membersihkan dirinya dan amat tak setuju dagn seksyen 302 diguna, tapi diketahui oleh budak ni(master mind) maka dtglah perintah dari atas. Last minute tuu... Tun majid ni hanya peguam persekutuan pasal pinjaman kakitangan kjaan jer bukan tahu pasal jenayah. Saksi kerani Razak yg beri keterangan semakin jelas bahawa UTK itu yg lakukan tapi cuba nak kaitkan dgn Razak. Jadi siapa yg arahkan UTK tu, kalu bukan org sembarangan mau ker dia buat??

Jadi fahamilah ini punya kerja sapa, ingat 2 UTK ni bukan saja kerja dgn TPM tai juga PM. Sapa yg berkuasa disekitar PM, budak yg tak pernah fahami root melayu sbb dari kecil sekolah antarabangsa sbb anak diplomat.

Hubaya-hubaya budak yg dpt tarbiah dari luar negeri. Ingat anak duta kuwait yg menyebbkan Bush senior serang Iraq dulu. Sapa anak duta ni bukankah dia adalah agen...

Pada sy Najib dan Razak bersalah mungkin kes pembelian kapal selam yg melibatkan komisen yg banyak, Inilah yg cuba ditutup oleh Razak bila Amina dtg, itu sbb dia tak nak lapor pd polis. Yg lain bukan kerja mereka. Anwar yg dok kalut ni pun sama juga dgn budak tu, siapa Anwar sekarang cuba anda lihat pergerakan, tutur kata dia, dimana dia berada, siapa menjadi kawan dia. Imej dia amat2 berbeza dgn masa dia dok cakap Islam, Islam masa dlm Abim. So mana2 ex- Abim lupakan pasal Anwar, jangan dok impikan Islam muncul dgn si Anwar ni.
July 03, 2007 | url

thaqif said: _

  'Nasibb ku' jadi seorang yg b***h,nak tunggu hingga akhir baru nak tahu keputusan otak tak jalan.Semuanya akan jadi Kes Erc Chia jika di biarkan tanpa desakan.
July 03, 2007 | url

teori said: _

  ketiga2 tertuduh itu pun selalu gak pikir...... apalah akan terjadi dengan "nasibbku" di kemudian hari jika didapati bersalah.............orang pon bkn heran sangat kat kes ni..... kalau lepas pon memang di jangka
Orang cuma suka ulas cerita kelakar dalam mahkamah tiap2 hari........... biar satu dunia tahu....
macam org najib je org atas tuh....eekekekekekekeke
July 03, 2007 | url

kassimsaif said: _

  Saudara ANWAR- YANG HANG DOK KALUT KES INI PASAL APA ??? adakah hang mahu Najib letak jawatan agar hang senang masuk UMNO . politik hang orang boleh baca la..... RAKYAT MALAYSIA BUKAN B***H !!!! HALANGAN HANG KINI UNTUK KE UMNO ADALAH NAJIB .. BETUL TAK ???
July 03, 2007 | url

sukma dermawan sasmitatmadja said: _

  Alahai bung nuar ..

Cukuplah mencari publisiti murahan, ini kes wanita mongol dibunuh .. bukan cerita kapal yang menyelam..

Sejak Bung Nuar menjalani perbicaraan yang penuh putir belit tempoh masa dulu berhubung kes antara kita, nampaknya Bung Nuar udah layak menjadi seorang peguamcara. Nampaknya Buang Nuar lebih bijak dari Hakim, Pendakwaraya dan para peguam yang ditugaskan kini bagi kes altantuya.

Apa Bung Nuar punya bukti dan mahu jadi saksi?? atau hanya sekadar mencari publisiti? Tidak cukupkah segala publisiti dan sandiwara semenjak 1998??? Saya dan Buang Nuar tahu apa yang sebanarnya berlaku, tetapi pembuktian tidak semudah itu untuk dikemukakan bagi mendapatkan sabit kesalahan.

Apakah sabit kesalahgan boleh dibuat dengan hanya agak agak, andaian atau sangkaan serta dugaan semata-mata?

Segalanya itu bagaikan ulangtayang menceritakan kisah luka antara kita.. saksi utama seakan belot, sebagaimana saya juga pernah membuat rakaman video dan memberikan kenyataan ttg apa yang tersembunyi antara kita, tapi akhirnya saya 'belot' demi menjaga air muka yang telah cemar.

Saya tahu mengapa Bung hanya sekadar menyatakan bahawa Bunag Nuar berani bersumpah dengan nama Allah bahawa Buang Nuar tidak pernah melakukan semua itu, sekadar itu sahaja tetapi tidak pernah melafazkan sumpah dengan nama Allah secara syararie dan mengkhususkan apakah makna perkataan 'semua itu'

Mengapa saya tidak mengemukakan saman sekiranya saya diinaya dan tuduhan mereka terhadap saya adalah palsu? Semestinya Bung Nuar lebih arif kerana di mana anwar sekarang, dan sukma bagaikan sampah terbuah selepas sepahnya habis dinikmati !!! Buang Nuar seorang graduan 'malay studies' dilihat bagaikan tikus memperbaiki labu bila bercakap tentang perundangan tanpa merujuk kepada kanun keseksaan, kanun acara jenayah dan Akta Kesaksian, apa lagi kalauanda tidak pernah menyelusuri Malaysian Law Journal, ada baiknya kalau Buang Nuar cuba menambah retorika kepada parti keadilan yang semakin hilang sinarnya...

Buang Nuar memang licik, sehingga tidak dapat di terima oleh akal mereka yang mengkaguminya, bahawa dia 'beraksi' di siang hari dalam bulan puasa !!!
July 04, 2007 | url

pengat labu said: _

  Kalau hampa dok baca komen Anwar dan Mahfuz tentang isu Altantuya & Najib ni aku rasa ada rasionalnya..sekurang-kurangnya kita dihidangkan pandangan dan versi yang berbeza dari tokoh-tokoh politik yang berbeza juga. Kalau depa diam pun org lain akan tanya pendapat mereka juga.... Akupun ada pendapat aku sendiri.Tapi tak ada orang nak tanya...*@#$
July 04, 2007 | url

jin dalam lampu said: _

  saya merasakan kalau saudara anwar hendak bercakap dalam kes ini ada relevannya sebab dia pernah menjadi mangsa kepada tindakan konspirasi dalam politik. kalau dia terpanggil untuk membenteras pekara ini adalah wajar seorang yang mempunyai sedikit pengaruh untuk berikan tekanan kepada yang bersalah dan kesedaran kepada sistem kehakiman yang merudum
July 04, 2007 | url

teori said: _

  ni cemana bung sukma boyan boleh sesat dalam ni......ekekekekekkekek..hidup lagi rupanya boyan ni
ekekekekekekk....dia pon dah setengah mati dok dalam..... tetiba muncul nak buang tebiat plak kat sini...
sebelom ko pon kena letup pas tu kena hantar balik dengan tongkang........ baik ko berambus balik...
ko buat semak je kat negara ni........ekekekekekekekek
July 04, 2007 | url

ehem said: _

  teringat pula dgn Bung Mokhtar...Bocor...Bocor...last2 mulut dia yg Bocor...biadap!muakekekeke
July 04, 2007 | url

sukma dermawan susistatmadja said: _

  Jangan sampai didengarin oleh Bung Nuar .. kan saya adik angkatnya, antara penjilat dengan yang dijilat, apakah kang rasa cemburuin
July 04, 2007 | url

budak sekolah said: _

  wakaka..sukma.. lawak jugak ko nie..haha.. makin best klpos nih..
July 04, 2007 | url

teori said: _

  ekekekekekekek lawak tul mamat boyan nehhhhh ...ekekekekekek
July 04, 2007 | url

Katisenget said: _

  Mamat boyan ni tetiba je muncul..heran gak..Tengok gaya bahasa pun dah tau sapa..tak lain penulis upahan UMNO...5 ratus orang penyerang siber dari Umno untuk menyebarkan dakyah palsu dan pembohongan siber menjelang PRU nanti...orang dah tau dah...



July 04, 2007 | url

roma said: _

  aku ingat rakyat biasa saje yang selalunya menjadi korban....sekarang giliran polis pula.... masyaAllah
July 04, 2007 | url

roma said: _

  inilah namanya korban umno....
July 04, 2007 | url

tonyot said: _

  heheheh...lawak betul budak boyan ni....
aku pun dah agak dah sapa mamat ni...
ni la dia budak upahan @ penulis upahan Barisan Najis yang diwar-warkan oleh azalina ni....
hang tulih fitnah, tu dosa yang amat tau tak ?
makanla duit haram Barisan Najis tu...aku tak sudi...
baik aku design jet pejuang, keta kebal dengan kapal selam lagi bagus.....
July 04, 2007 | url

bahanadurjana said: _

  Yang aku hairan saksi pendakwa, Aishah tu, dia kata Razak hanya arah UTK tu kawal rumah dia dan jauhkan Altantuya dari menggangunya, bukan suruh bunuh.

Kalau Razak tidak ada hasrat untuk bunuh mangsa tu mengapa dia perlu guna khidmat UTK dan PI, dia patut boleh selesaikan kes tuntutan Altantuya dengan cara baik. Berapa sangatlah US500 ribu kepada Razak, sedangkan khabar angin menceritakan komisen jual beli senjata bernilai beratus juta. Tak perlupun upah samseng untuk jauhkan Altantuya darinya. Bila upah samseng, macam macam boleh terjadi. Malah kebanyakan tugasan samseng memanglah untuk membunuh.

Malah Altantuya pun bukan orang lain dengan Razak, wanita itu samada temanita atau isterinya, tak kan razak tak mampu handle wanita itu. Selesaikanlah saja, mengapa perlu tindakan membunuh, atau memang ada rahsia besar yang perlu dilindungi. Hidup Altantuya akan terdedahlah rahsia, matikan saja maka boleh tutup masalah.

Di segi moral pembunuhan itu bukan menguntungkan UTK dua orang tu, dari segi keuntungan kebendaan (upah) mungkin ya. Makanya mereka membunuh bukan untuk kepentingan peribadi mereka tetapi mungkin bagi kepentingan pihak yang mengupah mereka. Untuk peribadi, tidak ada sebab untuk mereka membunuh. Hakikat disebaliknya, pembunuhan itu menguntungkan Razak. Tetapi sekarang Razak dah mula cuci tangan.
July 04, 2007 | url

ghazz said: _

  Salam...
Apalah kau orang nie....dah kena virus Melaka ke? Karang melenting pulak Wira dari Melaka tu...!! oo macam ini rupanya kesan dari virua Melaka....hehehehe. Apapun bersamalah kira para sahabat pahlawan melayu baru yang lebih TERBILANG dan lebih islam HADHARI dari hari-hari sebelumnya. Teman semua kita asingkan diri dalam retorik murahan untuk kita bertapa dengan ilmu dan iman yang lebih hebat CEMERLANG, jangan lah kita terikut dengan permainnan alam maya buatan Malaysia boleh ini.

Pemimpin di negara kita ini dari zaman Melayu Melaka hingga kehari ini cerita politiknya hampir sama, tetapi apa hasilnya selepas jajahan dari Portugis ke Belanda ke British ke Jepun dan ke BN. Itu tidak termasuk perang dengan Siam, Riau, Majapahit dan terbaru serangan dari Mongolia. Kalau perang saudara jangan cerita mana negeri dalam tanah melayu yang tidak ada perang saudara, tetapi itulah hakikat bila belajar dari sejarah. Semuanya berpunca dari nafsu tamak kepada harta dan kuasa, umpan yang paling mudah digunakan untuk meruntuhkan bangsa melayu cuma dua iaitu perempuan dan duit.

Dialaf baru ini jelas perempuan semakin kehadapan dalam apa sahaja bidang dari kutub utara hingga kutub selatan, nafsu perempuan semakin buas untuk menguasai lelaki malah Islam Hadhari sekalipun tidak mampu menghalangnya. Inilah kesalahan kita tidak meletakkan perempuan pada kedudukkan yang sepatut kejadiannya. Kebiasaan lelaki selalu hanyut dengan perempuan...itu la pasal !!

Harap kita sebagai pahlawan melayu baru yang lebih cerdik dari orang dahulu, mulalah belajar ketahanan diri yang lebih mantap supaya ' tidak akan hilang melayu di dunia' dengan isu turun temurun ini. Janganlah kita kusutkan lagi masalah negara dengan menambah cerita yang lebih kotor.... biarlah mereka menyelasaikan masalah sendiri yang mereka cipta cuma kita hanya mampu bersimpati dan memberi pertolongan ibarat menolong orang yang dalam kesusahan dan sesama islam.
July 04, 2007 | url

yan said: _

  ni dah kira internasional ni.....andon ada,napal,baggal semua nanti mai....makin meriah..
July 04, 2007 | url

Sukma Dermawan Susistadmadja said: _

  Kang,

Jangalah kerana kopinya pahit maka saya bisa di talibarutkan dengan umno ..

Walupun amno tidak asing bagi saya, kerna abang angkat saya bisa bergelumang sekongkolan selama delapan belas tahun
July 04, 2007 | url

Sukma Dermawan Susistadmadja said: _

  Aduhhh ...

Teringat saya Bung Nuar bisa sahaja tergior dengan irama ala 'bangra' semasa berkempen di Ijok, lantas beliau membuka tarinya, sedangkan Bung Nalla sumbing dengan senyuman.

Bagaimana kalau irama muziknya menjadi 'kopi dangdut' .. sudah tentu hebat bukan? Apa lagi kalau rentaknya menjadi 'kuda hitam' .. sudah pasti Bung Nuar kian terlupa dengan bengkong di pinggang dan bengkong lehernya ..

Aduhhh .. ganas Bung Nuar ni ..
July 04, 2007 | url

chodoi said: _

  boyan... boyan...adalagi spesis ini dlm planet kita... mcm UMNO dapat cari LUU... dah tentu dia bekalkan LU... C 5.. pulak...
July 05, 2007 | url

Katisenget said: _

  Boyan ni pun satu...jangan nak jual minyak kat ci ni la..cerita sandiwara kamu dah beakhir..
kalau nak buat drama buat la kisah lain...muak la cerita punggong ni...eeeh boyan jual punggong lagi ke..part time je kut..he he
July 05, 2007 | url

azli said: _

  BOYAN KAU JUAL PUNGGUNG JUGAK KER....KAT MANA NAK BELI....
PUNGGUNG BOYAN BEST KER???/ BOYAN...BOYANNNN
July 05, 2007 | url

teori said: _

  ekekekekekkek melekat gelaran boyan kat mamat tuh ekekekkeek
July 05, 2007 | url

Tin kosong said: _

  Mahkamah kat Malay ni sesuai utk perbicaraan kes2 mat rempit..takpun kes2 curi kabel aje...
July 10, 2007 | url

habuktaikkucing said: _

  TERGELAK BACA CORETAN KASSIMSAIF....INGATKAN KASIMTAIPENGANGKATNAJIS.....BERAPA SEN HANG PUNYA MODAL YER....AIR LIUR JE PUN LEH SENANG KAN....JEK MAI KUAT...JEK UNTUK TERUS IDUP
August 21, 2007 | url

habuktaikkucing said: _

  MAMAK...ROTI CANAI 2....KARI CAMPOR.....BANJIRRRRRRRRRRRR
August 21, 2007 | url

didi said: _

  syabas para penjilat blog amino.rosakanllllaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh...................generasi sekarangni dengan gaji rm 2500 tu...................aku yakin korang bahagia jadi b***h......kalau adik korangke,omak korangke,akak korangke yang jadi altantuya sharibuu(mendiang)..buatlah................??baru ada akaiiiiii.
August 29, 2007 | url

habuktaikkucing said: _

  ketua pemuda umno lembek, naib ketua menantu, ketua puteri tomboy.....patut la..........
September 03, 2007 | url

habuktaikkucing said: _

  sungguh tak patut.....pembunuh, perogol, penzina, perasuah layak dijadikan pemimpin???
September 03, 2007 | url

aku said: _

  nmpknye ramai yg sedar akan kepincangan pimpinan negara kita... tp, xde ke usaha utk banteras bnda2 yg akan merosakkn ni? kdg2 sy risau,ape la nasib kita nnti...nsib yg di sebabkn pemimpin2 negara kita sendiri...yg di pilih oleh org kita sendiri...
September 12, 2007 | url

jari antu said: _

  dulu kini dan slamanye.....mmg dh jd tugas wt org tkut....nie lah dia JARI ANTU..... nk tnye M"SIA x bguih ko skrg ?
September 13, 2007 | url

donn said: _

  kepada pengkritik2 dlm blok ni ingat dlm pala otak korang bahawa orang melayu akan akn tnggl nama je kalu asyik dok fikir fasal politik dlm negara.cuba pandang negara jiran kita xda kecoh2 smpai cm ni.islam hadhari la mahkamah rempit la altanajib khaim'''et mcm.apa kata kita pulau semua parti2 kt malaysia ni.xpun setiap orang islam kt malaysia ni solat hajat minta allah s.w.t tunjuk siapa yg benar.sekian terima kasihhhhh...
May 13, 2008 | url

Siti said: _

  Setelah terbaca beberapa komen/idea yang boleh diandaikan sebagai tersangat hodoh/b***h, hati hiba kerana melihat karektor masyarakat yang rata-rata Melayu menulis dilaman ini. Nampak sangat orang Melayu tidak tahu menggunakan akal fikiran kurnian tuhan semata-mata kerana terlalu taksub pada seseorang dan sesuatu ideologi. Hinanya bangsa Melayu angkara penulis-penulis b***h ini. Tuduh menuduh yang tidak berasas, menggunakan bahasa-bahasa yang kesat, ini kah keturunan Melayu yang agung, inikah Islam yang sejati. Fitnah macam bacaan berzanji, jadi amalan bagi yang menabik dada mengaku pemimpin tulin Islam. Yang memimpin dengan yang mengikut seolah-olah sama menempat tiket ke neraka. Semoga anda-anda sekelian diampunkan Allah SWT dan dimaafkan oleh individu yang telah difitnahkan.
June 10, 2008 | url

rasta said: _

  bongkar ja habis_habisan cerita 2..........apa d takutkan........
June 25, 2008

null said: _

  Bahlol semua, kau org suma adalah luncai yang terjun dgn labu2nya.
November 29, 2008 | url
Tulis komen.

busy