Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan arrow The News arrow Luar Negara arrow Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah anak kedua Azrinaz
Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah anak kedua Azrinaz PDF Print E-mail
Monday, 04 February 2008

Foto BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam mengumumkan nama anak baginda yang ke-12 sebagai Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Nurul Iman, Puteri Ameerah selamat dilahirkan oleh bondanya, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim pada pukul 4.21 petang, pada 28 Januari lalu.

Tembakan meriam 21 das turut dilepaskan di hadapan Istana Nurul Iman sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran Puteri Ameerah.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Hassanal dan seluruh kerabat diraja Brunei mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut.

Sultan Brunei yang berkahwin dengan Azrinaz, 28, pada Ogos 2005 sebelum ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Abdul Wakeel, 1. - Agensi

Komen (2) >>

kesedaran yang mulia said: _

  saya bukan ingin komen tetapi mahu membantu....

DENGAN NAMA ALLAH DAN NABI ALLAH KHIDIR
ASSALAMU‘ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Mengadap KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin

Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam,

semuga dilimpahi rahmat serta petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala, Amin.


Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun
Sembah Patik Mohon Diampun,

Patik pacal yang hina ini mohon izin merafaq sembah dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku bahawa patik mendapat khabar akan Paduka Adinda Yang Dikasihi, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien mengalami masalah kesihatan sejak sekian lama. Keadaan ini menyulitkan dan menjejas kegiatan harian serta urusan rasmi Paduka Adinda itu. Patik juga mendapat maklum berbagai kaedah pengubatan dan rawatan telah dicuba, secara tradisional mahupun moden atau saintifik namun kesemuanya dikatakan belum menunjukkan kesan yang betul-betul positif ke arah penyembuhan sepenuhnya KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran.

Ampun Tuanku,

Dengan tulus ikhlas patik mempersembahkan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku bahawa menurut tilikan patik pacal yang hina ini penyakit yang dideritai oleh KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Adinda itu adalah berpunca daripada penggunaan Ilmu Harimau iaitu sejenis ilmu hitam, dilakukan oleh orang yang berniat jahat sejak Paduka Adinda itu masih lagi dalam kandungan KeBawah Duli

Paduka Bonda Tuanku. Tujuan orang berkenaan supaya Paduka Adinda itu sakit, cacat atau merana dan keluarga KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku akan menghadapi masalah sekaligus menjejas kerukunan, kebahagiaan serta kesentosaan hidup Keluarga Diraja secara keseluruhannya.

Ampun KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Tuanku, dalam tilikan patik ada suatu peristiwa telah berlaku yang menyangkut diri KeBawah Duli Seri Paduka Tuanku sendiri, yang mungkin ada kaitannya dengan KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Adinda ini. Patik mohon izin menyorotnya kembali di sini bahawa ‘Pada suatu ketika di masa yang lalu KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku telah berikrar di hadapan Almarhum Paduka Ayahanda Tuanku semasa hayat baginda bahawa KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Tuanku akan menjaga sepenuhnya keselamatan dan kesejahteraan sehingga tumpah segala kasih KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku terhadap Duli Yang Teramat Mulia Paduka Adinda Seri Pengiran Muda.’ Patik mendapat alamat bahawa KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku yang bijaksana telah menyempurnakan ikrar dan amanat KeBawah Duli Almarhum Paduka Ayahanda Tuanku itu secara yang terbaik dan sempurna.
May 05, 2008 | url

nullaaannn said: _

 

KHAIRY JAMALUDDIN BENGAP SUSU
miahahahaahahaha hack by paklah badawi ^_^
June 20, 2008 | url
Tulis komen.

busy