Pengumuman

Ringkasan pengumuman

Pengumuman 1 

Promosi iklan terbaru

Pakej A: RM1000 / 60 hari - Harga biasa RM30 / sehari, RM1800 / 60 hari

Pakej B: RM400 / 60 hari - Harga biasa RM10 / sehari, RM600 / 60 hari

Pakej C: RM200 / 60 hari - Harga biasa RM5 / sehari, RM300 / 60 hari

Pakej D: RM50 / 60 hari - Harga biasa RM1 / sehari, RM60 / 60 hari

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi iklan kurang dari 60 hari, harga iklan mengikut harga yang di tentukan sebelum ini iaitu Pakej A: RM30/sehari, Pakej B: RM10/sehari, Pakej C: RM5/sehari dan Pakej D: RM1/sehari.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 2

KEPADA semua pelanggan dan pembaca KLpos.com yang dirahmati, mulai 7 November 2007 semua iklan di KLpos.com akan menggunakan format baru. Iklan-iklan terbaru akan diletakkan di atas sekali.

Ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi kegiatan ekonomi di KLpos.com. Pengiklan-pengiklan akan berlumba-lumba untuk menjadi pengiklan yang terbaru.

Bagi iklan pakej D (iklan teks) juga menggunakan format sama, tetapi keistimewaan diberi kepada pengiklan jangka panjang kami (10% potongan harga untuk tempoh 6 bulan dan 20% potongan harga untuk tempoh 1 tahun).

Bagi pengiklan jangka panjang, kami menggunakan format "bold" bagi iklan teks mereka. Bagaimanapun pengiklan terbaru tetap akan diletakkan di atas sekali. Harap maklum.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 3

KEPADA semua pembaca yang ingin menyumbang artikel, berita atau apa jua bentuk penulisan untuk disiarkan di klpos.com, sila hantar ke alamat email kami webmasterklpos@gmail.com

Untuk urusan pengiklanan dan perniagaan, sila email kepada klpos@klpos.com - Webmaster

 

  Details...

Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan
"Undi kaum India bakal merosot" Abdullah PDF Print E-mail
Monday, 04 February 2008

FotoKL: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata jumlah undi kaum India bagi Barisan Nasional (BN) berkemungkinan turun dalam pilihan raya akan datang, menurut laporan semalam.

Tunjuk perasaan oleh sekumpulan aktivis India pada November lalu sebagai membantah diskriminasi terhadap kaum India menyebabkan lima pemimpin kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sewaktu ditanya sama ada isu yang dibangkitkan Hindraf akan mempengaruhi undi kaum India dalam pilihan raya akan datang, Datuk Seri Abdullah ditukil akhbar Sunday Star sebagai berkata:

'Ya. Saya rasa undi akan terjejas.'

Para penganalisis berkata pilihan raya mungkin diadakan Mac ini.

Datuk Seri Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan menangani isu yang dibangkitkan kaum India, termasuk soal merobohkan kuil Hindu.

'Berkenaan kuil Hindu, saya sudah meminta menteri besar meminta pertubuhan Hindu memutuskan bagaimana mereka hendak mengatasi masalah banyaknya kuil yang dibina secara haram di Selangor,' tegas beliau.

Datuk Seri Abdullah berkata beliau menjangkakan pertarungan sengit dalam pilihan raya akan datang di kawasan bandar, tempat penduduk tidak puas hati dengan kenaikan harga barangan dan tambang pengangkutan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata masa depan kaum India di Malaysia terletak pada BN dan mereka harus bekerjasama di dalam sistem itu dan bukan menentangnya.

Beliau mengingatkan kaum India bahawa hanya BN yang boleh memberi jaminan masa depan mereka dan terus memperbaiki kedudukan sosioekonomi mereka.

'Teruslah mempercayai BN. Ini merupakan masa depan semua kaum India di Malaysia dan semua bangsa Malaysia. Masa depan akan lebih baik jika (mereka) berusaha dalam lingkaran sistem itu dan bukan menentangnya,' tegas beliau semasa merasmikan konvensyen khas satu hari bagi pengerusi cawangan di sini semalam.

Datuk Seri Najib juga meminta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, supaya meningkatkan pengambilan kaum India dan bukan Bumiputera ke dalam sektor perkhidmatan awam.

'Pastikan apabila mereka memohon, jangan tolak begitu sahaja. Pastikan yang baik diambil. Dengan berbuat begitu akan meningkatkan peluang pekerjaan kaum India di Malaysia,' katanya. -- AFP, Bernama, BHS

Komen (2) >>

jbmtdbc said: _

  ni aku komen selepas pru12- ape yg pak lah ckp tu betul gile cuma ada penambahan skit.. undi cina dn melayu pun turut merosot gile, jd x reti2 letak jawatan sebelum ko di letakkan..
April 03, 2008 | url

nullaaannn said: _

 

KHAIRY JAMALUDDIN BENGAP SUSU
miahahahaahahaha hack by paklah badawi ^_^
June 20, 2008 | url
Tulis komen.

busy