Pengumuman

Ringkasan pengumuman

Pengumuman 1 

Promosi iklan terbaru

Pakej A: RM1000 / 60 hari - Harga biasa RM30 / sehari, RM1800 / 60 hari

Pakej B: RM400 / 60 hari - Harga biasa RM10 / sehari, RM600 / 60 hari

Pakej C: RM200 / 60 hari - Harga biasa RM5 / sehari, RM300 / 60 hari

Pakej D: RM50 / 60 hari - Harga biasa RM1 / sehari, RM60 / 60 hari

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi iklan kurang dari 60 hari, harga iklan mengikut harga yang di tentukan sebelum ini iaitu Pakej A: RM30/sehari, Pakej B: RM10/sehari, Pakej C: RM5/sehari dan Pakej D: RM1/sehari.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 2

KEPADA semua pelanggan dan pembaca KLpos.com yang dirahmati, mulai 7 November 2007 semua iklan di KLpos.com akan menggunakan format baru. Iklan-iklan terbaru akan diletakkan di atas sekali.

Ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi kegiatan ekonomi di KLpos.com. Pengiklan-pengiklan akan berlumba-lumba untuk menjadi pengiklan yang terbaru.

Bagi iklan pakej D (iklan teks) juga menggunakan format sama, tetapi keistimewaan diberi kepada pengiklan jangka panjang kami (10% potongan harga untuk tempoh 6 bulan dan 20% potongan harga untuk tempoh 1 tahun).

Bagi pengiklan jangka panjang, kami menggunakan format "bold" bagi iklan teks mereka. Bagaimanapun pengiklan terbaru tetap akan diletakkan di atas sekali. Harap maklum.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 3

KEPADA semua pembaca yang ingin menyumbang artikel, berita atau apa jua bentuk penulisan untuk disiarkan di klpos.com, sila hantar ke alamat email kami webmasterklpos@gmail.com

Untuk urusan pengiklanan dan perniagaan, sila email kepada klpos@klpos.com - Webmaster

 

  Details...

Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan
Saksi terakhir Suruhanjaya beri keterangan hari ini PDF Print E-mail
Monday, 04 February 2008

FotoKL: Suruhanjaya Diraja yang menyiasat rakaman klip video perbualan telefon berhubung pelantikan hakim antara peguam, Datuk V K Lingam dengan seseorang yang dikatakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, akan menutup tirainya hari ini.

Prosiding yang memasuki hari ke-13 hari ini sudah memanggil 18 saksi setakat ini dengan adik Lingam, Thirunama Karasu akan menjadi calon terakhir.

Sebaik saja prosiding ini selesai, lima panel suruhanjaya yang diketuai bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, mempunyai satu lagi tanggungjawab besar bagi menyiapkan laporan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum 25 Mac ini.

Selain Haidar, suruhanjaya yang ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar; bekas Peguam Cara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Lima terma rujukan yang menjadi garis panduan ahli suruhanjaya ialah, menyiasat dan menentukan kesahihan rakaman klip video itu; menyiasat dan mengenal pasti lelaki dalam klip video itu serta dengan siapa dia sedang bercakap dan semua yang disebut dalam perbualan itu; menyiasat dan menentukan kebenaran isi kandungan percakapan dalam klip video itu.

Mereka juga akan menentukan sama ada ada sebarang salah laku oleh orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu serta mengesyorkan tindakan terhadap orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu sekiranya mereka didapati melakukan sebarang salah laku.

Dalam prosiding sebelum ini, suruhanjaya diberitahu Juruanalisis Kanan Forensik Digital daripada CyberSecurity Malaysia, Mohd Zabri Adil Tali, yang salinan rakaman klip video itu sahih dan tanpa suntingan, manakala Lingam pula menyatakan lelaki India dalam klip video itu kelihatan sepertinya dan suaranya juga sama dengannya.

Suruhanjaya juga didedahkan sebahagian besar kandungan perbualan telefon antara Lingam dan hakim kanan itu adalah maklumat sulit daripada dokumen kerajaan.

Dokumen itu adalah mengenai pelantikan Ahmad Fairuz sebagai Hakim Besar Malaya dan lima Hakim Mahkamah Tinggi pada 2002.

Timbul persoalan bagaimanakah maklumat sulit dalam dokumen itu boleh bocor kepada pihak lain sehingga menjadi topik perbualan orang awam.

Menjadi tugas suruhanjaya untuk menyiasat perkara ini dan memberi cadangan sesuai bagaimana masalah ini boleh dielakkan daripada berlaku pada masa depan.

Komen (1) >>

nullaaannn said: _

 

KHAIRY JAMALUDDIN BENGAP SUSU
miahahahaahahaha hack by paklah badawi ^_^
June 20, 2008 | url
Tulis komen.

busy