Pengumuman

Ringkasan pengumuman

Pengumuman 1 

Promosi iklan terbaru

Pakej A: RM1000 / 60 hari - Harga biasa RM30 / sehari, RM1800 / 60 hari

Pakej B: RM400 / 60 hari - Harga biasa RM10 / sehari, RM600 / 60 hari

Pakej C: RM200 / 60 hari - Harga biasa RM5 / sehari, RM300 / 60 hari

Pakej D: RM50 / 60 hari - Harga biasa RM1 / sehari, RM60 / 60 hari

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi iklan kurang dari 60 hari, harga iklan mengikut harga yang di tentukan sebelum ini iaitu Pakej A: RM30/sehari, Pakej B: RM10/sehari, Pakej C: RM5/sehari dan Pakej D: RM1/sehari.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 2

KEPADA semua pelanggan dan pembaca KLpos.com yang dirahmati, mulai 7 November 2007 semua iklan di KLpos.com akan menggunakan format baru. Iklan-iklan terbaru akan diletakkan di atas sekali.

Ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi kegiatan ekonomi di KLpos.com. Pengiklan-pengiklan akan berlumba-lumba untuk menjadi pengiklan yang terbaru.

Bagi iklan pakej D (iklan teks) juga menggunakan format sama, tetapi keistimewaan diberi kepada pengiklan jangka panjang kami (10% potongan harga untuk tempoh 6 bulan dan 20% potongan harga untuk tempoh 1 tahun).

Bagi pengiklan jangka panjang, kami menggunakan format "bold" bagi iklan teks mereka. Bagaimanapun pengiklan terbaru tetap akan diletakkan di atas sekali. Harap maklum.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 3

KEPADA semua pembaca yang ingin menyumbang artikel, berita atau apa jua bentuk penulisan untuk disiarkan di klpos.com, sila hantar ke alamat email kami webmasterklpos@gmail.com

Untuk urusan pengiklanan dan perniagaan, sila email kepada klpos@klpos.com - Webmaster

 

  Details...

Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan
Mat Taib kembali, Rahman Palil berundur PDF Print E-mail
Monday, 04 February 2008

FotoKETUA Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib merupakan antara nama yang disenaraikan sebagai calon pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo berkata, senarai barisan calon telah siap dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila diminta berbuat demikian.

‘‘Akhirnya terpilih atau tidak barisan yang badan perhubungan kemukakan itu adalah keputusan muktamad Perdana Menteri. Setakat ini belum serah lagi.

‘‘Di pihak kita, semua pimpinan peringkat bahagian, ahli jawatankuasa bahagian kita akan kemukakan (sebagai calon) kepada Perdana Menteri,” katanya.

Muhammad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya turut hadir ke majlis tersebut.

Muhammad yang ditanya kemudiannya berhubung pencalonan beliau oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata: ‘‘Cukuplah Menteri Besar (Mohamad Khir) dah cakap tadi.”

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil membayangkan dirinya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Abdul Rahman secara terbuka memohon maaf daripada para hadirin yang kebanyakannya penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa sekiranya beliau pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 1995.

Beliau juga melahirkan penghargaan, khususnya kepada nazir-nazir dan ketua-ketua kampung yang telah banyak membantunya dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Khidmat saya sebagai wakil rakyat mungkin tinggal tidak sampai 40 hari lagi.

“Jadi tuan-tuan dan puan-puan, saya minta maaf jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa, manalah tahu khidmat saya hanya setakat ini saja,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor. Utusan

Komen (1) >>

nullaaannn said: _

 

KHAIRY JAMALUDDIN BENGAP SUSU
miahahahaahahaha hack by paklah badawi ^_^
June 20, 2008 | url
Tulis komen.

busy