| Kisah MB Selangor dan angka 'bertuah' lapan |
|
|
|
| Sunday, 03 February 2008 | |||||
![]() "Saya harap Perdana Menteri juga akan buat pilihanraya pada 8 hari bulan ” Khir Toyo Oleh Roslan Bian JIKA masyarakat Cina percaya kepada Feng Shui dan angka lapan membawa ‘ong’ atau tuah, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga menaruh harapan angka lapan turut ‘ong’ kepada negeri Selangor pada tahun ini. Dalam beberapa majlis memberi ‘ang pau’ sempena sambutan Tahun baru Cina kepada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan miskin di Selangor sejak beberapa hari lalu, beliau menarik perhatian orang ramai dengan cerita angka lapan itu. “Saya harap tahun ini, tahun ‘ong’ bagi negeri Selangor,” kata Menteri Besar itu selepas menyatakan jika angka itu membawa tuah kepada orang Cina, beliau juga berharap demikian. Malah, katanya banyak yang berkaitan angka 8 boleh ditafsirkannya. Pertama Dr Mohamad Khir menyatakan keluasan negeri Selangor adalah 8 ribu kilometer persegi dan negeri ke lima terkecil di negara ini. Ke dua, jumlah penduduk Selangor seramai 8 juta orang dengan 6 juta penduduk tempatan manakala 2 juta lagi pendatang serta orang luar. “Saya juga dilahirkan bulan 8 dan dilantik sebagai Menteri Besar juga bulan 8. Tahun ini, masuk 8 tahun jadi Menteri Besar. Kita juga akan adakan pilihan raya pada 2008 dan saya harap Perdana Menteri juga akan buat (pilihan raya) 8 hari bulan,” katanya. Ramalannya itu walaupun dianggap berseloroh tetapi ramai pemerhati politik di negara ini menjangkakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mungkin memilih tarikh 8 hari bulan Mac sebagai tarikh pengundian pada pilihan raya umum ke 12 tahun ini. Dr Mohamad Khir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor turut meminta parti pembangkang jangan ‘buat kacau’ di Selangor, kerana ini tahun ‘ong’ buat negeri itu yang hanya ada dua kerusi DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini. Malah, beliau tidak melihat BN berdepan masalah besar merampas kerusi DUN Sungai Pinang dan Sekinchan pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, sama ada benar atau tidak angka atau nombor 8 membawa tuah, teka teki tarikh pilihan raya terus hangat diperkatakan dan menjadi ramalan besar rakyat negara ini yang mengikuti perkembangan politik tanah air. Tarikh pilihan raya pula mungkin 2, 8 atau 9 Mac, begitulah ramalan banyak pihak. Jika benar tarikh-tarikh berkenaan, bermakna tempoh hayat kerajaan yang ada sekarang tidak cukup empat tahun kerana pilihan raya umum ke 11 diadakan pada 21 Mac 2004 selepas pembubaran Parlimen pada 4 Mac. Apa yang pasti selagi Perdana Menteri tidak membubarkan Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak dapat menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian. Selagi itu jugalah, tarikh pilihan raya akan terus menjadi impian individu tertentu yang berharap kekal dicalonkan sebagai wakil rakyat mewakili parti masing-masing. Begitu juga bagi mereka yang baru menempah ‘bush jaket’ kerana menjadi muka baru untuk dicalon pada pilihan raya umum nanti. Selain mimpi indah, mimpi sebaliknya terpaksa dihadapi wakil-wakil rakyat yang didapati gagal menjalankan amanah dengan jujur dan berkesan kepada rakyat yang mengundi mereka sebelum ini. Adakalanya menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Bagi menjaga hati rakan-rakan yang turut mahu menduga akal, saya turut terkait meramal tarikh penuh penantian itu. Ya, barangkali Parlimen bubar 15 Februari, penamaan calon pada 23 dan pengundian 2 Mac, itu tarikh yang bermain di fikiran saya.
nullaaa
said:
|
|||||
KHAIRY JAMALUDDIN MATI PUCUK miahahahaahahaha hack by paklah badawi ^_^ |
EPL Official Latest News
| Official Site of the Premier League - Barclays Premier League News, Fixtures and Results News |












