Pengumuman 1
Promosi iklan terbaru
Pakej A: RM1000 / 60 hari - Harga biasa RM30 / sehari, RM1800 / 60 hari
Pakej B: RM400 / 60 hari - Harga biasa RM10 / sehari, RM600 / 60 hari
Pakej C: RM200 / 60 hari - Harga biasa RM5 / sehari, RM300 / 60 hari
Pakej D: RM50 / 60 hari - Harga biasa RM1 / sehari, RM60 / 60 hari
Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi iklan kurang dari 60 hari, harga iklan mengikut harga yang di tentukan sebelum ini iaitu Pakej A: RM30/sehari, Pakej B: RM10/sehari, Pakej C: RM5/sehari dan Pakej D: RM1/sehari.
Klik untuk maklumat lanjut
Pengumuman 2
KEPADA semua pelanggan dan pembaca KLpos.com yang dirahmati, mulai 7 November 2007 semua iklan di KLpos.com akan menggunakan format baru. Iklan-iklan terbaru akan diletakkan di atas sekali.
Ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi kegiatan ekonomi di KLpos.com. Pengiklan-pengiklan akan berlumba-lumba untuk menjadi pengiklan yang terbaru.
Bagi iklan pakej D (iklan teks) juga menggunakan format sama, tetapi keistimewaan diberi kepada pengiklan jangka panjang kami (10% potongan harga untuk tempoh 6 bulan dan 20% potongan harga untuk tempoh 1 tahun).
Bagi pengiklan jangka panjang, kami menggunakan format "bold" bagi iklan teks mereka. Bagaimanapun pengiklan terbaru tetap akan diletakkan di atas sekali. Harap maklum.
Pengumuman 3
KEPADA semua pembaca yang ingin menyumbang artikel, berita atau apa jua bentuk penulisan untuk disiarkan di klpos.com, sila hantar ke alamat email kami webmasterklpos@gmail.com
Untuk urusan pengiklanan dan perniagaan, sila email kepada klpos@klpos.com - Webmaster
1800-88-5464
IBU pejabat Umno telahpun mengedarkan senarai nama 10.8 juta pengundi kepada bahagian Umno di seluruh negara bagi membantu jentera pilihan raya di semua peringkat mengesan pengundi dalam pilihan raya umum ke-12 kelak.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata senarai itu memuatkan nama dan alamat lengkap bagi memudahkan jentera pilihan raya mengesan dan memastikan pengundi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.Senarai nama itu yang sudah diasingkan mengikut kaum, turut diserahkan kepada Umno, MCA serta MIC dan akan memudahkan gerakan mengenal pasti penyokong parti, katanya.Beliau berkata pengagihan senarai nama pengundi itu turut membabitkan pengasingan mengikut peti undi seperti individu lelaki berumur 40 dan wanita berusia bawah 35 tahun."Penyenaraian nama pengundi yang lengkap itu akan memberi kemudahan kepada jentera parti seperti Pergerakan Puteri Umno mengesan pengundi sambil menjalankan kempen dari rumah ke rumah dan gerak saraf," katanya.Radzi berkata di Pahang sahaja terdapat seramai 601,512 pengundi iaitu 423,792 (Melayu), 139,593 (Cina), 29,051 (India) dan 9,076 (lain-lain) yang akan menentukan calon pilihan mereka dalam pilihan raya umum kelak.Beliau menaruh keyakinan penuh Pergerakan Puteri Umno yang disokong Pergerakan Pemuda dan Wanita akan bergerak sebagai satu pasukan bersepadu yang mampu menawan hati pengundi.Katanya melalui senarai nama yang serba lengkap itu akan membolehkan jentera Umno menjalankan kempen secara efektif dan berkesan bagi menjamin kemenangan majoriti besar calon Barisan Nasional (BN).Beliau berkata sehingga kini Umno mempunyai bilangan anggota berdaftar seramai 2.8 juta di seluruh negara manakala lebih 650,000 anggota Umno yang masih belum mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.Bagaimanapun, katanya seramai 250,000 orang daripadanya berjaya dikesan dan kini berdaftar sebagai pengundi."Anggota Umno yang berusia lebih 21 tahun diminta segera mendaftar sebagai pemilih dengan SPR kerana proses pendaftaran dilaksanakan di sepanjang masa di tempat tertentu," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Radzi mengakui Umno dan parti komponen BN sudah bersiap sedia turun gelanggang menghadapi pilihan raya yang akan diadakan selepas pembubaran parlimen."Tinjauan saya di negeri-negeri mendapati jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional sudah berada di tahap momentum tertinggi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 itu kelak," katanya. Bernama
+ Modal hanya RM50 dapat RM64,800
+ Beli Prepaid dan anda mampu jana RM163,830 setahun / RM 4K- RM 20K sebulan+ PeluangNiaga.net Dapatkan RM35/ahli aras 1 dan RM15/ahli aras 2. Daftar percuma!
+ IKLAN TEKS DI KLPOS.COM SERENDAH RM1/SEHARI. KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT