| USM nafi pelajar dirogol 'orang minyak' |
|
|
|
| Saturday, 02 February 2008 | |
|
GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) meminta semua pihak supaya menghentikan khabar angin kononnya berlaku kejadian rogol oleh 'orang minyak' membabitkan pelajar universiti itu di kampus induk di sini. Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Ahmad Shukri Mustapa Kamal, berkata ini kerana siasatan dalaman yang dijalankan mendapati tiada kes rogol dilaporkan oleh pelajar. 'Polis turut mengesahkan tiada laporan dibuat bagi kes itu oleh warga kampus USM,' katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin. Kenyataan itu sebagai mengulas laporan akhbar sebelum ini mengenai pelajar USM yang didakwa melihat kehadiran 'orang minyak' yang dikatakan terbabit dalam beberapa kes rogol pelajar di kampus itu. Profesor Ahmad Shukri berkata USM sentiasa bekerjasama dengan polis bagi menangani isu berkaitan keselamatan dalam kampus secara berterusan. 'Kami juga sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua pintu masuk kampus yang beroperasi 24 jam sehari,' katanya. Beliau menjelaskan, tiada apa yang ingin disembunyikan oleh USM berkaitan keselamatan pelajar kerana universiti memberi keutamaan kepada aspek berkenaan bagi meningkatkan kesejahteraan pelajar. 'Maklumat adalah penting bagi membantu kami menyelesaikan masalah yang dihadapi,' katanya sambil menegaskan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin. |
EPL Official Latest News
| Official Site of the Premier League - Barclays Premier League News, Fixtures and Results News |










