Pengumuman

Ringkasan pengumuman

Pengumuman 1 

Promosi iklan terbaru

Pakej A: RM1000 / 60 hari - Harga biasa RM30 / sehari, RM1800 / 60 hari

Pakej B: RM400 / 60 hari - Harga biasa RM10 / sehari, RM600 / 60 hari

Pakej C: RM200 / 60 hari - Harga biasa RM5 / sehari, RM300 / 60 hari

Pakej D: RM50 / 60 hari - Harga biasa RM1 / sehari, RM60 / 60 hari

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi iklan kurang dari 60 hari, harga iklan mengikut harga yang di tentukan sebelum ini iaitu Pakej A: RM30/sehari, Pakej B: RM10/sehari, Pakej C: RM5/sehari dan Pakej D: RM1/sehari.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 2

KEPADA semua pelanggan dan pembaca KLpos.com yang dirahmati, mulai 7 November 2007 semua iklan di KLpos.com akan menggunakan format baru. Iklan-iklan terbaru akan diletakkan di atas sekali.

Ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi kegiatan ekonomi di KLpos.com. Pengiklan-pengiklan akan berlumba-lumba untuk menjadi pengiklan yang terbaru.

Bagi iklan pakej D (iklan teks) juga menggunakan format sama, tetapi keistimewaan diberi kepada pengiklan jangka panjang kami (10% potongan harga untuk tempoh 6 bulan dan 20% potongan harga untuk tempoh 1 tahun).

Bagi pengiklan jangka panjang, kami menggunakan format "bold" bagi iklan teks mereka. Bagaimanapun pengiklan terbaru tetap akan diletakkan di atas sekali. Harap maklum.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 3

KEPADA semua pembaca yang ingin menyumbang artikel, berita atau apa jua bentuk penulisan untuk disiarkan di klpos.com, sila hantar ke alamat email kami webmasterklpos@gmail.com

Untuk urusan pengiklanan dan perniagaan, sila email kepada klpos@klpos.com - Webmaster

 

  Details...

Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan
"Permatang Pauh lambang maruah BN, Umno" PDF Print E-mail
Saturday, 02 February 2008

FotoBEKAS calon Barisan Nasional (BN) kawasan Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail ‘tidak kisah’ sekiranya beliau tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12 akan datang.

Sebaliknya, beliau berkata, kemenangan BN di kawasan panas itu adalah agenda yang harus diberi perhatian sepenuhnya terutama di kalangan pemimpin, ahli serta jentera parti berbanding dengan soal calon.

‘‘Hak memilih calon terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan persoalan sama ada saya dipilih atau tidak, saya tidak kisah dan ia tidak akan membebankan saya.

‘‘Yang penting saya akan memberi sokongan padu kepada sesiapa sahaja yang terpilih menjadi calon. Saya bertanggungjawab untuk memastikan BN kembali menguasai Permatang Pauh pada pilihan raya kali ini,’’ katanya.

Beliau yang juga bekas Imam Masjid Negara berkata demikian ketika ditanya mengenai peluangnya untuk dicalonkan sekali lagi pada pilihan raya umum ke-12.

Pada pilihan raya 2004, Pirdaus tewas di tangan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dengan majoriti 590 undi.

Pada pilihan raya berkenaan Wan Azizah memperoleh 21,737 undi manakala Pirdaus berjaya meraih 21,147 undi. Dengan kemenangan tersebut Wan Azizah berjaya mempertahankan kawasan itu bagi tempoh dua penggal berturut-turut.

Dalam perkembangan sama, Pirdaus yang juga Exco Pergerakan Pemuda menyifatkan Permatang Pauh sebagai lambang maruah kepada UMNO dan BN.

‘‘Mahu tidak mahu kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menang di kawasan ini. Tambahan pula nasib masyarakat di kawasan ini sudah lama terbiar (sejak dikuasai oleh pembangkang).

‘‘Kita mahu nasib mereka mendapat pembelaan sewajarnya. Hanya UMNO dan BN sahaja yang dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab tersebut,’’ ujarnya.

Beliau mengakui terdapat angin perubahan yang berlaku di kalangan rakyat di kawasan tersebut.

‘‘Kita akan terus bekerja kuat untuk memenangi hati mereka. Saya dan rakan-rakan di dalam Pemuda serta semua sayap di dalam parti sedar bahawa ini bukannya satu tugas mudah,’’ katanya lagi.

Ditanya mengenai dakwaan kononnya beliau tidak lagi dilihat sebagai calon yang mempunyai kredibiliti untuk pilihan raya kerana tidak mendapat sokongan daripada pemimpin dan penduduk tempatan, Pirdaus berkata: “Kalau itu satu kritikan, saya terima dengan hati terbuka.”

Beliau berkata, pengalaman menyertai politik sejak empat tahun lalu, sedikit sebanyak mengajarnya untuk membuat penilaian dan menganggap cakap-cakap mengenai dirinya kebelakangan ini adalah adat resam politik.

“Tapi semua ini tidak melemahkan saya. Saya juga tidak kecewa jauh sekali patah hati kerana saya tahu dalam politik kita tidak boleh senangkan hati semua orang.

“Para nabi pun membuat kerja-kerja dakwah tetapi tidak semua orang masuk Islam. Jadi, bagi saya apa yang penting semua ahli mesti bekerja keras dan ikhlas, tidak perlulah kita memikirkan soal apa yang orang cakap pasal kita,” ujarnya.

Pirdaus berkata, perkara paling penting yang menjadi keutamaan beliau pada masa ini ialah membantu memperkemaskan jentera pilihan raya bagi memastikan BN mampu menguburkan kubu kuat PKR di Permatang Pauh. Utusan

Komen (0) >>
Tulis komen.

busy