Pengumuman

Ringkasan pengumuman

Pengumuman 1 

Promosi iklan terbaru

Pakej A: RM1000 / 60 hari - Harga biasa RM30 / sehari, RM1800 / 60 hari

Pakej B: RM400 / 60 hari - Harga biasa RM10 / sehari, RM600 / 60 hari

Pakej C: RM200 / 60 hari - Harga biasa RM5 / sehari, RM300 / 60 hari

Pakej D: RM50 / 60 hari - Harga biasa RM1 / sehari, RM60 / 60 hari

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi iklan kurang dari 60 hari, harga iklan mengikut harga yang di tentukan sebelum ini iaitu Pakej A: RM30/sehari, Pakej B: RM10/sehari, Pakej C: RM5/sehari dan Pakej D: RM1/sehari.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 2

KEPADA semua pelanggan dan pembaca KLpos.com yang dirahmati, mulai 7 November 2007 semua iklan di KLpos.com akan menggunakan format baru. Iklan-iklan terbaru akan diletakkan di atas sekali.

Ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi kegiatan ekonomi di KLpos.com. Pengiklan-pengiklan akan berlumba-lumba untuk menjadi pengiklan yang terbaru.

Bagi iklan pakej D (iklan teks) juga menggunakan format sama, tetapi keistimewaan diberi kepada pengiklan jangka panjang kami (10% potongan harga untuk tempoh 6 bulan dan 20% potongan harga untuk tempoh 1 tahun).

Bagi pengiklan jangka panjang, kami menggunakan format "bold" bagi iklan teks mereka. Bagaimanapun pengiklan terbaru tetap akan diletakkan di atas sekali. Harap maklum.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 3

KEPADA semua pembaca yang ingin menyumbang artikel, berita atau apa jua bentuk penulisan untuk disiarkan di klpos.com, sila hantar ke alamat email kami webmasterklpos@gmail.com

Untuk urusan pengiklanan dan perniagaan, sila email kepada klpos@klpos.com - Webmaster

 

  Details...

Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan
Pencabar dua kali PM tidak mahu lagi lawan Pak Lah kali ini PDF Print E-mail
Thursday, 31 January 2008

ABDUL Khalid Rasid yang dua kali bertanding atas tiket Pas menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas pada dua pilihan raya umum yang lalu, tidak mahu lagi bertanding dengan Perdana Menteri pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau yang kini tinggal di Ipoh, sibuk dengan urusan perniagaannya dan bimbang tidak boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya jika terus bertanding.

“Kalau boleh, saya tak mahu bertanding lagi. Besar kemungkinan orang lain pula yang akan bertanding di Kepala Batas dan kali ini biarlah kita bagi kepada orang muda yang umurnya bawah daripada 50 tahun untuk bertanding,” katanya.

Abdul Khalid bertanding menentang Abdullah pada 1999 dan tewas dengan majoriti 11,175 undi apabila hanya memperoleh 8,810 undi dan sekali lagi tewas pada 2004 dengan hanya memperoleh 7,281 undi berbanding 25,403 yang diperoleh Perdana Menteri.

Namun katanya, jika diminta bertanding juga, beliau mahu bertanding di Kepala Batas.

“Saya tidak mahu bertanding di kawasan lain kerana takut menang. Kalau menang, tanggungjawabnya berat. Kalau saya bertanding dengan Pak Lah, saya tahu saya pasti kalah. Jadi, kalau hendak suruh bertanding juga, biarlah di Kepala Batas,” katanya.

Menurutnya, beliau tahu Perdana Menteri pasti akan menang lagi pada pilihan raya umum kali ini.

“Memang kita tahu Pak Lah akan menang tetapi kita tetap mahu memberikan cabaran supaya kemenangan itu tidak secara percuma. Kalau tidak, Perdana Menteri tak hebatlah,” kata Anggota Jawatankuasa Pas Kepala Batas itu. Utusan

Komen (0) >>
Tulis komen.

busy