Pengumuman

Ringkasan pengumuman

Pengumuman 1 

Promosi iklan terbaru

Pakej A: RM1000 / 60 hari - Harga biasa RM30 / sehari, RM1800 / 60 hari

Pakej B: RM400 / 60 hari - Harga biasa RM10 / sehari, RM600 / 60 hari

Pakej C: RM200 / 60 hari - Harga biasa RM5 / sehari, RM300 / 60 hari

Pakej D: RM50 / 60 hari - Harga biasa RM1 / sehari, RM60 / 60 hari

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi iklan kurang dari 60 hari, harga iklan mengikut harga yang di tentukan sebelum ini iaitu Pakej A: RM30/sehari, Pakej B: RM10/sehari, Pakej C: RM5/sehari dan Pakej D: RM1/sehari.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 2

KEPADA semua pelanggan dan pembaca KLpos.com yang dirahmati, mulai 7 November 2007 semua iklan di KLpos.com akan menggunakan format baru. Iklan-iklan terbaru akan diletakkan di atas sekali.

Ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi kegiatan ekonomi di KLpos.com. Pengiklan-pengiklan akan berlumba-lumba untuk menjadi pengiklan yang terbaru.

Bagi iklan pakej D (iklan teks) juga menggunakan format sama, tetapi keistimewaan diberi kepada pengiklan jangka panjang kami (10% potongan harga untuk tempoh 6 bulan dan 20% potongan harga untuk tempoh 1 tahun).

Bagi pengiklan jangka panjang, kami menggunakan format "bold" bagi iklan teks mereka. Bagaimanapun pengiklan terbaru tetap akan diletakkan di atas sekali. Harap maklum.

Klik untuk maklumat lanjut

Pengumuman 3

KEPADA semua pembaca yang ingin menyumbang artikel, berita atau apa jua bentuk penulisan untuk disiarkan di klpos.com, sila hantar ke alamat email kami webmasterklpos@gmail.com

Untuk urusan pengiklanan dan perniagaan, sila email kepada klpos@klpos.com - Webmaster

 

  Details...

Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan
Ribut landang Kampung Pandan, 100 buah rumah rosak PDF Print E-mail
Wednesday, 30 January 2008

KL:  Lebih 100 buah rumah rosak akibat dipukul ribut ketika hujan lebat dan angin kencang yang melanda Kampung Pandan, di sini petang Selasa.

Kejadian pada pukul 5.30 petang, mengakibatkan 70 keluarga terpaksa tinggal sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Pandan Dalam setelah rumah mereka rosak teruk.

Seorang mangsa, Kassim Sulaiman, 74, berkata rumahnya dan beberapa rumah berdekatan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian ribut itu.

"Biarpun rumah saya rosak tapi saya bersyukur saya dan keluarga tidak cedera. Saya berserah kepada Tuhan atas apa yang berlaku. Saya harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera dalam membantu kami mengatasi masalah ini," katanya ketika ditemui di luar dewan berkenaan.

Seorang peniaga durian, Nasril Marlis, 32, yang melihat kejadian itu berkata angin kencang itu membentuk puting beliung dan menerbangkan beberapa atap kedai berhampiran serta tayar kereta.

"Puting beliung itu benar-benar menakutkan saya. Gumpalan angin tersebut mampu menerbangkan tayar kereta...itu yang buat saya cemas. Puting beliung tu berlaku kira-kira tiga minit.

"Bentuknya serupa macam yang saya pernah tengok dalam National Geographic," katanya ketika ditemui di gerainya di hadapan Pasaraya Besar Tesco, Ampang.

Nasril berkata pada mulanya hujan turun agak lebat dan angin yang membentuk puting beliung itu berlaku di seberang jalan tempat dia berniaga.

"Ketika gumpalan angin tu mula menuju ke arah saya, ...langit mula cerah dan gumpalan tu hilang sedikit demi sedikit. Kalau tidak, matilah saya. Saya tak pasti mana nak lari," katanya. Bernama

Komen (1) >>

digazzet said: _

  kalo boleh nk tgk gmbar rumah2 yg rosak kat ctu...
August 01, 2008 | url
Tulis komen.

busy