The News
Politik
Isu DVD Seks Chua Soi Lek
| Isu DVD Seks Chua Soi Lek |
|
|
|
| Tuesday, 01 January 2008 | |
|
Kemaskini: Kenyataan dan soal jawab Dr Chua dengan wartawan SAYA ucap ribuan terima kasih kerana sudi hadir dan dengan ini saya nak umumkan bahawa saya sudah menyampaikan hasrat saya kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden MCA bahawa saya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan serta-merta.
Sehubungan dengan itu, saya juga meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Labis, Naib Presiden MCA peringkat kebangsaan, sebagai Pengerusi Perhubungan MCA Johor dan Ketua MCA Bahagian Batu Pahat. Namun saya tetap akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan sebagai ahli MCA biasa saya akan taat setia kepada MCA. Dan kerana saya berasal dari Johor dan Batu Pahat, walaupun saya tidak memegang jawatan mulai hari ini, saya akan tetap bersama-sama dengan kawan seperjuangan saya di dalam parti MCA. Sebagai seorang ahli parti yang sudah memegang jawatan dalam kerajaan selama hampir 20 tahun, saya tetap akan menyokong kerajaan Barisan Nasional. Soalan dan jawapan di sepanjang sidang akhbar: Soalan: Apakah sebab Datuk Seri membuat keputusan sedemikian? SOI LEK: Selepas saya buat pengakuan, saya berharap rakyat Malaysia menerima permohonan maaf saya. Tetapi malangnya daripada maklum balas yang saya terima, saya perhatikan rakyat Malaysia tidak boleh terima. Dengan itu, saya berpendapat jika saya terus memegang jawatan dalam parti atau kerajaan, ia akan menjadi satu bebanan kepada kerajaan dan parti khasnya dalam konteks Islam Hadhari dan juga dalam konteks apa yang disarankan oleh Presiden MCA mengenai budaya politik bersih. Walaupun saya berharap peletakan jawatan saya berasaskan isu moral, ia menjadi satu iktibar kepada pemimpin-pemimpin lain dalam parti baik daripada MCA mahupun parti komponen lain. Saya berpendapat, sesiapa yang melakukan kesilapan atau kerana kelemahan-kelemahan tertentu, maka dia sebagai pemimpin kena bertanggungjawab. Dan saya sudah tampil ke hadapan, berdepan dengan bukan hanya pemimpin negara dan parti bahkan dengan rakyat jelata, (tetapi) nampaknya ia tidak boleh diterima. Dengan itu, saya ingat lebih baik kepada saya – dan keluarga saya – untuk meletakkan jawatan supaya saya tidak menjadi satu beban kepada kepimpinan negara. Bilakah Datuk Seri hantar surat peletakan jawatan? SOI LEK: Saya sudah menghantarnya sebelum saya jumpa kamu semua tetapi saya berasa masa (menghantar surat) tidak penting. Apa yang penting, saya telah membuat pengumuman rasmi dan surat berkenaan telah dihantar kepada pejabat Perdana Menteri. Mulai dari hari ini saya akan jadi rakyat biasa. Dengan itu saya berharap saya tidak akan dijadikan sebagai sasaran oleh pihak tertentu. Perdana Menteri telah memberi jaminan kepada saya bahawa kerajaan akan menyiasat punca dan siapa di belakang pita rakaman itu supaya ia tidak menjadi satu amalan di negara ini untuk menjatuhkan sesiapa. Saya percaya jika ini berjaya, saya bukanlah orang pertama dan terakhir yang menjadi mangsa kepada cara itu untuk menjatuhkan seorang pemimpin baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Saya pasti saya bukan orang pertama dan bukan orang terakhir. Adakah Datuk Seri tahu siapa yang terlibat? SOI LEK: Seperti yang saya katakan, saya tidak mahu buat spekulasi. Saya merayu kepada ahli-ahli MCA jangan membuat spekulasi siapa yang buat atau melakukan tindakan tersebut terhadap saya. Ini adalah tidak sihat. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya politik bersih? SOPI LEK: Apa yang lebih penting dan apa yang diharapkan oleh rakyat Malaysia dan dituntut oleh rakyat Malaysia ialah kebersihan dari segi tidak ada rasuah dan juga dalam soal tidak ada kelemahan-kelemahan moral dan etika. Itu kepada saya lebih penting dan lebih sukar dicapai. Pemimpin kerajaan, terutama dalam negara demokrasi, dipilih oleh rakyat. Jadi keputusan terpulang kepada rakyat. Adakah Datuk Seri masih berminat untuk aktif dalam politik? SOI LEK: Saya telah meletakkan semua jawatan saya. Jika saya mahu aktif semula saya perlu bermula dari awal seperti pada tahun 1978. Saya perlu mula dari cawangan dan bahagian tetapi saya berasa saya tidak lagi muda untuk melakukan itu semua. Apakah perancangan Datuk Seri selepas ini? SOI LEK: Saya harap saya akan jadi seorang wartawan. Saya rasa berdasarkan pengalaman saya dalam politik, saya mampu dan saya boleh jadi (wartawan). Kenapa pilih wartawan? SOI LEK: Adakah itu salah? Saya tidak pandai berniaga. Sebab itu saya mengatakan sesiapa yang ingin menjadikan saya sasaran datang daripada komponen perniagaan atau kumpulan yang dikatakan musuh saya dalam perniagaan. Saya tidak pernah terlibat dalam perniagaan semenjak saya jadi ahli politik. Sesiapa juga yang cakap saya terlibat dalam perniagaan adalah bohong. Mungkin ia menggunakan nama saya atau kawan-kawan saya. Adakah Datuk Seri tahu siapa yang layak menggantikan tempat Datuk Seri dalam Kabinet? SOI LEK: Itu kamu perlu tanya kepada Perdana Menteri. Saya berasa saya bukan orang yang berhak untuk berkata sedemikian. Sekarang, setiap kali saya bercakap dengan kamu semua, saya hanyalah sebagai Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Bukan Yang Berhormat lagi. Bagaimanakah Datuk Seri melihat kedudukan MCA Johor berikutan keputusan Datuk Seri? SOI LEK: MCA Johor mempunyai satu organisasi yang kukuh, sebab itu kita menjadi kubu kuat parti. Tetapi di samping ia menjadi kubu kuat di dalam parti, ia menjadi sasaran. Itu biasa dalam politik. Kalau bukan, ia tidak dipanggil politik. Semenjak saya dilantik menjadi Menteri Kesihatan, saya sudah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan daripada rakyat, daripada ahli MCA, daripada kepimpinan kerajaan. Apakah pandangan Datuk Seri terhadap golongan yang membuat rakaman secara curi? SOI LEK: Dalam bilik peribadi di hotel dan kamu rakamkannya, dan selepas itu kamu edarkannya, adakah kamu berasa itu merupakan budaya politik yang sihat? Apakah sumbangan terbesar Datuk Seri sepanjang menjadi Menteri Kesihatan? SOI LEK: Tak usahlah... itu sudah menjadi sejarah. Tidak perlu saya mengulas. Saya sudah jadi rakyat biasa. Lebih baik rakyat yang menjadi pengadil kepada apa yang saya lakukan sebagai Menteri Kesihatan. Saya ingat itu lebih bermakna. Lagipun saya tidak mahu nanti orang akan cakap saya memandai-mandai. BERITA SEBELUM INI NAIB Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan dalam parti serta anggota Parlimen Labis, berkuatkuasa serta merta. Beliau sendiri membuat pengumuman peletakan jawatan tersebut pada satu sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini pada pukul 3.35 petang. Difahamkan Dr Chua, 61, mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh jemaah menteri, yang mengadakan mesyuarat mingguan hari ini. Semalam, pada sidang akhbar di Labis, beliau juga telah meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin-pemimpin parti dan rakan Menteri kabinet yang lain atas apa yang telah berlaku. Beliau berkata, bahawa wanita dalam DVD itu adalah teman peribadinya dan beliau bukanlah pihak yang membuat rakaman aksi berkenaan. Dr Chua berkata, peletakan jawatannya telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting. “Surat (peletakan jawatan) dalam perjalanan ke pejabat beliau (Abdullah),” katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dan berlangsung lebih 45 minit. Dr Chua yang memakai sepasang sut hitam dan kelihatan tenang serta tenteram berkata: “Saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Anggota Parlimen Labis, Ketua Badan Perhubungan MCA Johor dan Ketua Bahagian MCA Batu Pahat”. Bernama BERITA SEBELUM INI Bila rakam? "Saya betul-betul tidak tahu" Oleh Wartawan KLpos.com Kerana lazimnya kalau sekali saja kejadian itu berlaku, sudah tentulah Dr Chua tahu bila ia berlaku? Sambil membaca kenyataan yang disediakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat MCA Labis di sini, menteri itu menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya. Katanya, beliau bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bagi memberikan sendiri penjelasan dan memohon maaf kepada Perdana Menteri. Dr Chua berkata beliau turut berjumpa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting berhubung perkara itu. "Apa yang paling penting ialah keluarga, isteri dan anak saya telahpun menerima permohonan maaf saya," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak, yang turut dihadiri para penyokongnya.Beliau merayu kepada media supaya memberikan ruang kepada keluarganya semasa mengharungi saat-saat yang getir ini. Sambil menegaskan bahawa rakaman pita berkenaan bukan dibuat oleh beliau sendiri, Dr Chua berkata pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas. Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Dr Chua memanjangkan permohonan maaf kepada rakan sejawatan, penyokong dan semua rakyat Malaysia. "Saya juga ingin mengucapkan teirma kasih kepada mereka kerana keprihatinan dan sokongan menerusi panggilan telefon serta SMS," katanya. Ditanya pemberita mengenai tindakan selanjutnya, Dr Chua berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat. "Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat. Saya sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat laporan polis tetapi polis sudahpun memulakan penyiasatan," katanya. Mengulas lanjut mengenai kedudukanya dalam kerajaan, Dr Chua berkata: "Saya berkhidmat atas kehendak Perdana Menteri." "Saya tidak akan membiarkan orang (lain) untuk mengancam atau menghalang tugas saya." Dr Chua berkata beliau mendapat tahu mengenai rakaman itu Ahad lepas apabila seorang rakan memberikannya salinan cakera video itu. Menteri itu berkata segala-galanya seperti biasa baginya dan beliau akan meneruskan tugas sebagai menteri Kabinet dan di dalam MCA. Dr Chua, yang kelihatan tenang sepanjang sidang akhbar itu, menghadiri satu majlis di Hospital Segamat sebelum berjumpa pihak media, yang disusuli dengan perjumpaan bersama masyarakat India di Labis. Sebaik sahaja selesai sidang akhbar itu, Pengerusi MCA Bahagian Labis Tan Kok Hong berkata anggota parti bahagian berkenaan akan menyokong Dr Chua sebagai Anggota Parlimen Labis. "Kami akan memberikan beliau sokongan agar terus menjadi calon di Labis," katanya. Dr Chua, yang juga Pengerusi MCA Johor, mempertahankan kerusi Parlimen Labis untuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2004 setelah menewaskan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi. Chua memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi. Sebelum itu, kerusi Parlimen Labis disandang bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. klpos, Bernama Below is a transcript of the Question and Answer session with Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Are they your political rival? A: Who has done it is not important anymore and I have stated this in my statement already. I do not want to make any speculation. Q: What is your position in the Cabinet now? Q: What would your next course of action be and are you lodging a police report? Q: Do you see this as an attempt to ruin your political career? A: I will let party members, leaders and Malaysians be the judge and this is not something for me to speculate upon. Q: Do you rule out the possibility of such an attempt? Q: What's the reaction of the Prime Minister, the Deputy Prime Minister and the MCA president after you met them? Q: When did you meet the Prime Minister? Q: What is your position now? Q: When did you know about the recording? Q: Is it an old or new recording? Q: How did you get the DVD? Q: How's your relationship with the party president and deputy president? Q: How is your family's response on the recording? Q: Will you cooperate with the police in their investigations? Q: Will you carry out your duties as usual? Q: So there is no issue about you resigning? BERITA SEBELUMNYA DVD lucah pemimpin politik nasional tersebar Oleh Wartawan KLpos.com BARANGKALI ini berita paling sensasi untuk dijadikan penutup tahun 2007. DVD lucah seorang pemimpin politik nasional dari Johor, yang dirakam secara sembunyi menggunakan CCTV, bersama seorang gadis awal 20an, kini disebarkan secara meluas oleh pihak tidak dikenali. Jeng jeng jeng, dan tandatanya kini, siapakah pemimpin yang dikatakan hampir 70 peratus menyamai wajah yang dirakam CCTV itu? Menurut laporan Utusan Malaysia, DVD yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam. Selepas penyebaran meluas secara percuma di Muar kelmarin, DVD tersebut dikatakan mula disebarkan pula ke daerah Batu Pahat hari ini. Rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel. Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui. Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembunyikan’ oleh para pengedar kerana bimbang tindakan polis. DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam. Bahagian A memaparkan aksi lucah hubungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV. Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama. Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, masyarakat di Muar percaya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut. Namun, percakapan serta wajah pemimpin itu dari dekat tidak begitu jelas digambarkan di dalam DVD itu. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan Malaysia petang ini memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penyebaran DVD itu. “Sehingga petang ini belum ada laporan yang diterima, justeru kita tidak boleh siasat dan buat apa-apa kenyataan setakat ini,” katanya. Kredit gambar: hard-t.blogspot.com |
EPL Official Latest News
| Official Site of the Premier League - Barclays Premier League News, Fixtures and Results News |












"Apa yang paling penting ialah keluarga, isteri dan anak saya telahpun menerima permohonan maaf saya," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak, yang turut dihadiri para penyokongnya.