Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan arrow The News arrow Analisis arrow Analisis: PM arah Zam bercuti sebelum berundur?
Analisis: PM arah Zam bercuti sebelum berundur? PDF Print E-mail
Tuesday, 04 December 2007
  • Spekulasi kencang kalangan wartawan

Oleh Rustam A. Sani 

SAYA berasa agak hairan – tetapi agak gembira juga – bila Menteri Penerangan Zainuddin Maidin tidak kedengaran suara dan komennya selepas berakhirnya demonstrasi Hindraf di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mungkinkah benar spekulasi Syed Imran dalam laman blognya baru-baru ini bahawa Zainuddin mungkin telah tiba di hujung kerjayanya, saya bertanya pada diri sendiri.

Syed Imran melaporkan bahawa menteri itu pada waktu itu sedang bercuti di United Kingdom.

Menurut spekulasi yang kencang beredar di kalangan para wartawan di Kuala Lumpur pada waktu itu, Zainuddin mungkin telah diarahkan PM supaya pergi bercuti, berikutan dengan gelagat dan gerak-gerinya yang “memalukan” sewaktu dia ditemuramah oleh Al-Jazeera pada waktu berlangsungnya perhimpunan Bersih pada 10 November lalu.

Suatu laporan Bernama baru-baru ini menunjukkan bahawa menteri itu baru-baru ini berada di Kaherah (Mesir). Oleh kerana PM juga pada waktu itu berada di Mesir maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa Zainuddin ke sana untuk bertugas – yakni mengiringi PM.

Setelah suratnya yang disiarkan oleh New Straits Times baru-baru ini, Zainuddin tampaknya mengambil kesempatan untuk bercakap secara langsung kepada rakyat Malaysia melalui temuramahnya dengan Bernama untuk meyakinkan mereka supaya tidak mempercayai Al-Jazeera.

Menurutnya, sentimennya itu disokong sendiri oleh Menteri Penerangan Mesir, Anas Ahmed Nabeeh El-Feky. Mesir dan beberapa negara Arab sendiri katanya mengambil sikap yang sama dengannya terhadap Al-Jazeera.

Saya sebenarnya sedikitpun tidak terpengaruh dengan penjelasan Zainuddin ini. Jika Zainuddin ingin memperoleh tempat bersandar dan berpaut untuk sikap facist dan anti-kebebasan bersuaranya, maka memanglah dia boleh memperolehnya dari “Mesir dan beberapa negara Arab” itu.

Rejim Hosni Mubarak dan beberapa pemerintahan “raja purba” di negara-negara Arab memanglah sejak lama – malah jauh lebih dulu dari Zainuddin – memusuhi Al-Jazeera. Malah jika Zainuddin memerlukan lebih banyak teman seiring di dunia ini, saya dapat menamakan berpuluh-puluh orang lagi untuknya, antaranya Mugabe, Musharraf …

Sekurang-kurangnya para pemimpin penindas itu dapat mempertahankan sikap dan pendirian secara yang agak teratur dan dengan bahasa yang tidak lintang pukang (seperti ucapan Mugabe di PBB baru-baru ini, misalnya).

Zainuddin menasihati rakyat Malaysia supaya jangan terpedaya oleh Al-Jazeera. Jika kita tidak boleh mempercayai Al-Jazeera maka siapakah yang boleh kita percayai? RTM yang secara langsung dikuasai Zainuddin?

Berdasarkan, pengalaman dan pemerhatian saya, RTM bukan sekadar merupakan alat propaganda murahan malah para pemberitanya tidak tahu menghitung dan tidak pandai berkata benar.

Untuk lebih memahami dan mengenali sahsiah Zainuddin, silalah baca tulisan Fudzail di klpos.com (Dubai Online 2.0).

Penulis merupakan seorang kolumnis popular media alternatif. Blog beliau boleh dilayari di suara-rustam.blogspot.com - Pengarang

Komen (0) >>
Tulis komen.

busy