Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan arrow The News arrow Politik arrow Apa, siapa, mengapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
Apa, siapa, mengapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat PDF Print E-mail
Thursday, 28 June 2007

BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat?

Ulama Islam dan tokoh politik Melayu 

Tok guru bersalaman dengan Tun Dr MahathirTENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

"Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Tok guru di kediaman beliauBeliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerjaya awal sebagai ahli politik

Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.

Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.

Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.

Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat

Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.

Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya. LOTFI ISMAIL

Komen (58) >>

ehem said: _

  rumah yg penuh kedamaian & nur keislaman...bkn takat Tuannya sedap di pandang...rumahnya pun dh sejuk Hati...moga Tok guru dilindungi Allah S.W.T & di beri kesihatan yg sebaiknya..AMIN...
June 27, 2007 | url

Syed said: _

  Pemimpin berjiwa rakyat, patut dicontohi oleh mana-mana pemimpin di dunia....bukan kupinta wag berjuta, yang kupinta redha Ilahi.. semoga Tuan Guru terus berjuang untuk mendaulatkan Islam..Islam tetap akan bersinar walau sejiuta menghalang.. itu janji Allah.
June 27, 2007 | url

paklaklok said: _

  Kami sekeluarga berdoa agar Tuan Guru dan saf2 pemimpin dilindungi dari sebarang fitnah dan ancaman dan mendapat keberkatan kesihatan dan akal utk memimpin kerajaan Kelantan.Takbir..ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR
June 27, 2007 | url

aliteh said: _

  Inilah bentuk kepimpinan melaluui teladan
June 27, 2007

cilired said: _

  adakah pemimpin dipihak kerajaan yg sanggup ikut macam tuan guru?
June 27, 2007 | url

m1ng1e3 said: _

  Walau saya baru sekali bertemu muka malah pernah makan nasi sehidangan dengan Tuan Guru. Saya amat kagum dengan budi pekerti, perwatakan, tutur kata Tuan Guru. Pendikkata segala-gala keperibadian amat-amat terpuji. Semoga Allah S.W.T. memanjangkan usia dan memberi kesihatan kepada Tuan Guru. Allah Hu Akbar....Allah Hu Akbar....Allah Hu Akbar
June 27, 2007 | url

TarakNama said: _

  Insya'allah kalau tak ada apa halangan hujung minggu nie aku sampai kat umah tuu....
June 27, 2007 | url

joe m said: _

  contoh pemimpin islam yang tidak mementingkan harta dunia dan harus menjadi teladan kepada siapapun yang akan dan telah menjadi pemimpin.
June 27, 2007 | url

MUAZ Kubang Kerian said: _

  Bila agaknya pemimpin UMNO nak ikut jejak langkah Tuan Guru ni. Kita hanya mampu berdoa agar ALLAH SWT lanjutkan usia Tuan Guru agar dapat terus memerintah Kelantan dan seterusnya menyedarkan pemimpin UMNO yang agak keterlaluan sekarang ni. Saya ingin cabar semua pemimpin UMNO.. jika kamu benar-benar ingin berkerja untuk rakyat 'kononnya', pemimpin yang berhati rakyat 'kononnya', tirulah contoh tok guru. Seruan ini juga saya ingin tujukan kepada raja-raja melayu yang bergelar Al Sultan tu...
June 27, 2007 | url

yan said: _

  susah nak jumpa insan macam ni, dalam hidup aku selama ni baru aku dengaq 2 kali ja....Ayatullah Humini & TGNA....Gandi tak payah cita la dia anne....
June 27, 2007 | url

rosli said: _

  lepas ni minta admin tunjuk pula rumah org umno yg bercita2 nak jadi mb, cuba kita bandingkan
June 27, 2007 | url

nasibbku said: _

  Sungguhpun Tuan Guru seorang Insan yang mulia, tetapi saya rasa Tuan Guru telah gagal dan mungkin Tuan Guru orang amat kecewa. Tengok dalam PAS dan pada orang-orang Kelantan dulu.

Dalam PAS- ada berapa ramai (terutama pemegang jawatan/wakil rakyat) yang ada budipekerti dan kualiti Tuan Guru?

Orang Kelantan pula, berapa ramai?

Saya rasa PAS dan orang Kelantan mendahului senarai mengecewakan Tuan Guru.

Saya berdoa agar Tuan Guru benar-benar damai dan berharap orang-orang PAS terlebih dulu memberi kedamaian kepada Tuan Guru.
June 27, 2007 | url

ehem said: _

  sekurang2nya ada juga kualiti...UMNO tlg sebut sat sorang cukup yg macam tok guru...cepat la nasib ku...ambo nk dgr juga...ghorak la sket
June 27, 2007 | url

jin dalam lampu said: _

  oi null... manusia ni kalau dia ada duit mesti nak bergaya, nak ada rumah besar, kereta besar, pakaian cantik dan berjenama. Itu kemegahan orang yang berduit. Kalau TG Nik Aziz ada duit banyak, dia x datang ceramah naik ex5. Saya x fikir dia galakkan Nik Adli anaknya untuk menternak kambing kalau TG Nik Aziz ada duit byk melainkan menternak kambing itu pekerjaan yang dilakukan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Ini bagi saya contoh orang betul hatinya.
June 28, 2007 | url

orang celik said: _

  ada lagi manusia yang tak ada adab bila bertutur ya....kata kempen budi bahasa budaya kita yg pm dollah bawak tu...rupenye ada makhluk hodoh budi pekerti yg tak tau malu maruah diri berkata2 sedemikian rupa

rujuk kepada null diatas
June 28, 2007 | url

budak sekolah said: _

  woi null, hareee betul.. cermin muka ko dulu nk mengutuk tok guru.. ko nie mesti karat biru hati.. ckp ikut sedap mulut hang!! mod, delete jer komen mencarut camtu!!
June 28, 2007 | url

jin dalam lampu said: _

  mintak maap byk2 editor. saya rase . homepage atau muka depan klpos ni agak kucar kacir dlm ertikata lain kelamkabut hingga menyukarkan pembaca untuk melihat tajuk2 yg ada padanya.. kalau boleh dipermudahkan atau dibuat kolum2 yang ada border utk mengasingkn topik2. ini cadangan saya yg x seberapa ini
June 28, 2007 | url

alkulop said: _

  Boleh tak dedahkan siapa Menteri Besar dari BN yang paling miskin sekali? Bagaimana kita boleh monolong untuk menjadikan dia kaya? Saya rasa mereka ni kebanyakan miskin dan ada yang muflis bila amal ibadat mereka dipertimbangkan nanti. Pas sebagai parti Islam kenalah tolong mereka ni.
June 28, 2007 | url

fia_rindui said: _

  moga dipanjangkan umur dan disihatkan tubuh badan..
June 28, 2007 | url

ehem said: _

  aku xnampak pun...komen null dh delete ek?pakai pun null...sampai xder akai nak cari nick...tuh pun ada hati nk kutuk TGNA
June 28, 2007 | url

zerominded said: _

  tabik spring kat nik aziz nie...! i salute u...
June 28, 2007 | url

amoli said: _

  tolong paparkan gambar rumah Tok Par, Tok Nur, Awg dondang dan lain-lain tokoh UMNO samaada di Kelantan atau di lain-lan tempat, termasuk kenderaan yang dimilikinya.
June 28, 2007 | url

burung wakwak said: _

  Begitulah sorang insan,ulamak yang zuhud hatinya..Moga Allah memberkati perjuangan beliau dan memanjangkan usia beliau bagi memperjuangkan Islam di Negara kita yang tercinta ini.
June 28, 2007 | url

james bond Melayu said: _

  AKU MINTAK KLPOS SIAR PULA CIRI-CIRI ULAMA DALAM UMNO SEPERTI:

1. HAMID OTHMAN
2. ZAINAL ABIDIN
3. ABDULLAH ZAIN
4. MASHITAH IBRAHIM
5. UST FIRDAUS

ATAU MEREKA SEMUA NI ULAR DALAM SEMAK???
June 28, 2007 | url

Mr April said: _

  Inilah mereka yang mementingkan Dunia MELEBIHI AKHIRAT!
June 28, 2007 | url

ROKYONE said: _

  TAK PAYAH SIAR ORANG PALING TINGGI, CUBA LIHAT RUMAH JKKK CUKUP...
June 28, 2007 | url

ghazz said: _

  Salam...Sepanjang keterampilan TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan selama 17 tahun, apa yang saya dapat lihat beliau melaksanakan kerjanya mengikut ilmu yang ada. Walaupun beliau bukan profesional dalam bidang ilmu dunia tetapi sebagai pemimpin seadanya telah berjaya menjadi pemimpin kepada rakyatnya. Beliau bukan sahaja pemimpin kepada rakyat Kelantan tetapi juga pemimpin kepada musuh-musuhnya dan beliau adalah pemimpin untuk rakyat yang diwakili untuk semua peringkat.

Akan tetapi kepada orang PAS janganlah lena dibawah kebaikkan TGNA hingga gagal merubah nasib diri, nasib keluarga dan nasib negeri. Janganlah memanjakan diri dengan kelebihan TGNA akan sifat waraknya dan zuhudnya, tetapi segeralah merubah kepada satu negeri baru yang lebih berjaya kerana asasnya sudah ada di bawah kepimpinan TGNA. Jangan asyik bangga dengan sifat kenegerian dan keislaman pemerentah sahaja andai perlaksaan sebenarnya tidak dilakukan, akhirnya akan busuk juga nama TGNA ini. Anda di sana adalah contoh yang baik untuk orang melayu di Malaysia !

Lebih manis andainya rakyat Kelantan membangunkan cara hidup yang lebih selesa, dari cara kehidupan desa ke kehidupan yang lebih terkini dan teratur. Tunjukkan kepada orang luar terutama dari UMNO/BN bahawa kepimpinan TGNA adalah contoh kepada kita semua. Apa gunanya mempunyai pemimpin mulia tetapi pemikiran rakyatnya tidak sejernih airmuka TGNA. Janganlah mengharap segalanya dari TGNA tetapi kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar TGNA sudah berjaya merubah dirinya tatapi bagaimana pula kita..?
June 28, 2007 | url

mey said: _

  Tuan Guru Nik Aziz tu..sememangnya seorang pemimpin yang dikagumi ramai sama ada kawan atau lawan. Tapi kita semua nie macam mana? tak kira lah kita orang kelantan ke atau orang luar kelantan, asal sahaja kita orang Islam, maka semestinya kita mencontohi budi pekerti beliau. Barulah Islam dipandang mulia. Kalau setakat memuji kepimpinan beliau, tetapi kita sendiri masih ditakuk lama rasanya perlulah kita muhasabah diri. Pada tuan guru, ambo ucapkan tahniah, semoga Allah memanjang umur Tuan guru...Amin...(orang Kelantan, tapi masih tidak berkesempatan melawat rumah beliau walaupun telah memerentah selama 17 tahun...Inshaallah suatau hari nanti!)
June 28, 2007 | url

null said: _

  Rumah Anwar Ibrahim cmne lak?
June 28, 2007 | url

mieDag2043 said: _

  membangun bersama Islam..amin
June 28, 2007 | url

KAk G said: _

  Allah memberi rahmat kepada orang yg beriman...ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR
June 28, 2007 | url

Lias Higuma said: _

  syukur kita kepada allah..masih ada pemimpin yg dlm kesederhanaan
June 28, 2007 | url

Syamsul said: _

  Mana ada rumah Pimpinan Kerajaan di Malaysia yang sebegini rupa !. Moga Islam terus subur dan dipertahankan Ummah, ulama dan Umarak.
June 28, 2007 | url

Melayuku melayu layu said: _

  Saya bukan orang Umno tapi hidup dalam lingkungan orang Umno. Orang kata,orang kelantan mundur.Kelantan pun mundur. Tak banyak bangunan pencakar langit.hasil ekonominya pun tak seberapa.TAPI, penduduk Kelantan enyum sampai ke telinga.Hidup tenteram.Tak stress.pelancong penuh sesak.Orang India dan Cina tak berani angkat muka! Sekarang ni Malaysia bukan lagi hak melayu.Hak Cina dan India. Iklan kemerdekaan dalam TV pun orang India yang laungkan kemerdekaan.bukan melayu bersongkok lagi.Orang melayu nak jumpa wakil rakyat ke menteri ke susah tapi cina dan india boleh bertepuk tampar.Sumbangan macam-macam dapat. Orang melayu pergi buat report polis kena perleceh,Cina dan India dilayan bagai nak rak. India klang lama dah jajah kawasan.Kalau ke sana jangan buat tak tentu hal nanti kena parang dengan India.Cina kepong,petelaing street,bukit bintang cukup hebat.Mana kawsan Melayu? Yeleekkk! Keramat dapat kat melayu yongong! Kampung baru kat Indon! Jadi pada Tuan Guru janganlah dewa-dewakan Cina.tekan betul-betul! Kami kat Kuala Lumpur/selangor ni dah tak da maruah lagi.Melayu Dah Hilang di Dunia Tanah Melayu!
June 28, 2007 | url

bahanadurjana said: _

  Ada juga null yang biul,

Apa nak menyibuk tanya macamana rumah Anwar Ibrahim? Bukan kena mengena dengan Tok Guru. Apa yang dipapar dalam artikel di atas ialah berkenaan sikap zuhud dan kesederhanaan hidup tok Guru Nik Aziz. Dalam pada itu Nik Aziz tak halangpun rakyat Kelantan samada yang PAS atau bukan PAS buat rumah besar kalau mereka berkemampuan asal duit diperolehi melalui cara yang halal. Sebab tu di Kelantan begitu banyak rumah besar besar yang majoritinya dimiliki oleh orang orang Melayu. Mereka berumah besar tapi tak menentang hukum Allah, itu yang naknya. Bukan seperti sesetengah JKK yang hiduppun merempat namun menyokong Umno berasap. Berani pula kecam hukum Tuhan. Kan berbeza tu.

Anak saudara aku kat Kelantan, pengarah sebuah syarikat, orang kuat PAS juga. Business dia bagus, dia mampu bina kekayaan dan rumah diapun berharga RM200 ribu, kereta dua tiga biji, tak pernah Tok Guru jumpa dia dan suruh duduk rumah PPRT.

Yang menjadi perbandingan sekarang ialah bagaimana seseorang tu melaksanakan amanah sebagai pemimpin. Kalau mengambil kesempatan atas kuasa sebagai pemimpin dengan melakukan rasuah dan pecah amanah sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin Umno, itulah yang rakyat mesti celik dan buka mata tu luas luas. Kalau rakyat faham tidaklah mereka tersalah memilih pemimpin sehingga terpilih pemimpin yang bukan setakat rasuah malah membunuh orangpun mereka sanggup.
June 28, 2007 | url

matomyam said: _

  kalau macam nie dunia Islam, contractor rumah byk bankrap la,,
June 28, 2007 | url

ehem said: _

  b***h betul la matomyam nih...kalau rumah besar2 kaya la contractor?xpercaya dgn hukum Allah,ko nih bangsa apa?kalau buat bangunan pencakar langit pun...harap duit rasuah sampai separuh dari sebut harga..xkaya juga contractor...Zuhud ko tau dak maknanya?kalau xtau masuk sekolah agama rakyat...belajar dari Alif Ba Ta..tu pun kalau ko tuh muslim...
June 28, 2007 | url

scanner lama said: _

  tok guru akan tinggal kan sepasang kasut yang sangat besar untuk diisi oleh pengganti beliau...

duh.. siapa yang mampu nak jadik tuan kasut tu nanti.... setakat neh.... belum nampak lagi...
June 28, 2007 | url

rosli said: _

  saya nampak keikhlasan yab tuan guru dalam memikul amanah n t/jawab mentadbir kerajaan negeri kelantan. namun kita amat kesal kerana insan sebeginilah yg diserang dan dimusuhi oleh islam hadhari...
June 28, 2007 | url

teori said: _

  ko pegi balik siam la matomyam..... gi jual tomyam .....bagi ko rm50 ko masok kelantan undi lepas tu ko balik siam kena bedil dengan askar atau pemisah lunyai cam tantoya .... ckap ko bengap ko nangis kang.... ekkekekekekekek
June 29, 2007 | url

lahoot said: _

  sokong PAS 500%..TAKBIR!!!
July 01, 2007 | url

INUR said: _

  matomyam sangat b***h... cam lembu.
July 01, 2007 | url

INUR said: _

  null b***h cam matomyam
July 01, 2007 | url

pencinta keadilan said: _

  mmg sa hormat kat nik aziz beliau baru lah pemimpin islan hadhari wlupun di buruk kan selalu oleh a****g umno namun apa yg kita lihat skang beliau masi memimpin kelantan bukan mcm pak lah islam hadhari konon tp bini x hadahri anak x hadhari menantu main perempuan pa kesss neee apa pun nik aziz wlupun u x sekaya kroni bn namun tuan nik aziz sgt kaya dgn ilmu di dada yg akan dibawa hingga akhir hayat
July 02, 2007 | url

tuntas said: _

  jgn la begitu kite biar selamt bukan saje di dunia tetapi di akhirat, kenyataan yang paling baik untuk tidak dibidas dgn ape jua skali pun memandangkan kejayaan telah pun dinikmati dalam bentuk pelbagai jenis harapan yang sangat besar maksud nya
July 05, 2007 | url

Tin kosong said: _

  Pastikan pilihanraya yg akan dtg, Kelantan masih di bwh naungan tok guru..yg aku risaukan ialah golongan muda..adekah mereka lo ni bersama2 tok guru?
July 06, 2007 | url

abutaqiyuddin said: _

  Kepada rakyat kelantan, Kami yang berada diluar kelantan memandang tinggi kepada Tuan Guru, Jadi bagaimana kamu semua. Harap jangan ada lagi perasaan yang mahu menggantikan Tuan Guru Dengan Anuar Musa. Yang ada perasaan tersebut ialah yang mahu supaya ada di kelantan kedai ToTo dan kedai Arak halal. Dan bermacam-macam lagi kemaksiatan.
July 30, 2007 | url

ketuo kapung said: _

  pengkalan chepa tetap kubu kuat pas sampai bila2..
August 15, 2007 | url

kluzm said: _

  kejahilan yg membuatkan anda tak memahami betapa murninya kperibadian TGNA........semoga dipanjangkan umurnya....aminnnnnnnnn
August 17, 2007 | url

Oghe Kampung said: _

  masih ingat lagi setiap pagi JUmaat Arwah Cek aku selalu mengikuti ceramah Tuan Guru. Arwah chek aku mempunyai pertalian kawan yang baik dengan Tuan Guru. Aku merindui arwah Chek aku, semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang Soleh, Amin.
September 12, 2007 | url

hambaallah said: _

  SYUKUR KITA PADA ALLAH, KERANA ADA HAMBAALLAH MACAM TUAN GURU NILAH KITA SELAMAT DARI BALA ALLAH....PERJUANGAN YANG SEBENAR IALAH MENEGAK AGAMA ALLAH. BARU DAPAT PAHLA.
September 20, 2007 | url

Adolf Hitler said: _

  Tuan Guru memang bagus, x mcm aku jahat mcm hantu. Hancur dunia Eropah aku kerjakan. Semoga dunia Eropah menjadi taklukan suatu masa kelak. Zuklerz emrilz utrliue cuieuyt tukie wnwuzie bazukie nuimd.
October 01, 2007 | url

mr.degawan said: _

  Semoga panjang umo n moga2 ramai lagi bakal2 pengganti Tok Guru nanti InsyALLAH..Sama2 lah kite yakin kepada ALLAH..Agama ISLAM akan dijaga oleh ALLAH selama-lamanya, yang penting kita istiqamah support x kira ape cara sekalipun k..wang ringgit, tenaga, ilmu yang ada, idea dan banyak lagi..Berjuanglah bersam ISLAM saudara2 ku..ALLAH akan bersama-sama kita, don't worry..takut akan ALLAH, jangan takut kat manusia!
May 06, 2008 | url

wan said: _

  islam sahaja boleh menyelamatkan kita.untuk menyelamatkan umat mesti ada pemimpim umat. umat akan menjadi umat yang baik jika pemimpim umat baik.umat yang baik sahaja yang akan memilih pemimpim yang baik-baik. Istilah baik bukan diistilahkan oleh kita. istilah kepimpinan mestilah mengikut ketetapan agama. misalnya kalau ada pemimpim yang berebut-rebut nak jadi pemimpim dengan menawar diri untuk dipilih, bagi ambo dia tak layak jadi pemimpim kerana ianya didorong oleh nafsu.Sangat berkehendak kepada jawatan. Pemimpin ummah ialah orang dipilih dan ia terpaksa menerima jawatan atas rasa tanggungjawab kepada ummah bukan bagi memenuhi nafsu memiliki kekuasaan. mereka berjuang atas dasar agama dengan matlamat akhirnya menjaga maruah agama dan ummat rasulullah s.a.w...pemimpim umat ialah seorang yang tiada merasai sifat jahat didalam hatinya. mereka bukan dari golongan yang berkehendak kepada sesuatu yang lebih dari keperluannya. mereka mengambil dunia ala kadar. Dalam pertimbangan dalam kehidupan bermasyarakat, keadilan mereka adalah melebihi untuk orang lain dan bukan untuk dirinya. mereka memperjuangkan keadilan dengan menjadikan mereka adil kepada diri sendiri. Mereka berprinsip bahawa tidak ada keadilan pada diri sendiri bermakna akan sukarlah berlaku adil kepada orang lain. Cuba fikir macam mana pemimpin tak solat boleh mengubah orang lain supaya solat. Sudah tentu tak berjaya. . Oleh itu, tanggung jawab kita untuk mencari pemimpim yang baik-baik dari kalangan yang baik-baik. Kita pilih berdasarkan akhlaknya bukan berdasarkan manis mulutnya. Manis mulut samalah seperti kita mendengar suara merdu seekor burung didalam sangkar tetapi tahukah ianya sekadar halwa telinga dari burung yang tiada akal. Ketiadaan akal bermaksud ianya lebih terok dari sifat b***h. Manusia yang b***h maseh lagi ada cerdiknya dalam sesuatu hal. Manusia yang bersifat b***h juga bersedia untuk belajar dan mendengar nasihat orang lain. Selain daripada itu, jika memilih pemimpim pilihlah yang berprinsip demi menjaga perasaan,semangat dan maruah bangsa dan bukannya memilih pemimpim yang selalunya bercakap pasal keseronakan, pembangunan ,makan dan minum sahaja. Pemimpim mestilah tahu membawa arah..Pemimpim ialah berfungsi menunjuk jalan yang betul manakala yang dipimpim hendaklah bekerja dengan betul.Tetapi apa yang kita lihat sekarang, ramai pemimpin tidak mampu menunjukkan jalan yang betul malah mereka juga buat kerja tak betul.Yang dipimpim pun sama-sama melaksanakan kerja secara tak betul. Ibarat a****g berjumpa bangkai, masing-masing berebut-rebut uantuk memperolehinya. Mereka berkelahi sesama sendiri bagi mencapai maksud masing-masing. .Tepuk dada tanya selera..yang baik daripada allah jua dan yang jahat adalah dari rasa hati saya yang jahat.Kemurahan allah hanya mendorong kepada perbuatan baik sahaja.......
July 16, 2008 | url

Awe belia kuala gris said: _

  Ambo orang kampong, duduk di kampong sejak kecil lagi..pelajaran tak ada..ilmu tak ada..oleh kerana ambo tak berapa pandai, ambo pilih pemimpim dengan guna formula yang senang je...1. kaki sembahyang ke atau kaki sembang 2. kaya ke lepas jadi pemimpim. Kalau kaya melebehi dari pendapatan maknanya dia kaki tipu rakyat.Anbo tahu elaun tok wakil bukannya mahal sangat, dengan ambo noreh lebih kurang je. 3. Tengok dia janji masa pilihanraya dia tunai ke tak. Kalau tak tunai memang dia kaki menipu..4. Bila syarah dia selalu sebut projek....nak buat tu nak buat ni..tapi dia tak pandai nak bantu rakyat cara lain..maknanya dia dari golongan orang yang kurang ketinggian akal.5.Suka berebut jawatan, sifat berebut jawatan yang melampau2 adalah sifat yang tak baik.Kalau kita tengok ada pemimpim macam ni kita kena jauhkan diri kita...6.Dia orang timbul bila ada hal . Kalu tak ada hal dia tak timbul...6. Dia kecek benda yang sama je baik syarah atau sebagainya..orang yang kecek benda yang sama tanda orang b***h..orang b***h mana boleh buat pemimpim.....Banyak lagi..
July 16, 2008 | url

Pak Ya kuala gris said: _

  Apa yang dikata oleh sahabat ambo diatas tu betul belaka. maknanya tak ada yang tak betul. Ambo ingat susah benar BN nak tawan semula kawasan yang di menangi oleh PAS. Bukan kerana PAS kuat tetapi UMNO tak kuat. Mereka berpolitik memang hebat. Tetapi setakat orang kuat UMNO sahaja. Ahli tak tahu apa pun. Ini bermakna mereka gagal menyampaikan falsafah perjuangan parti kepada ahli apa lagi kepada rakyat. Dulu masa ambo sekolah rendah yang ambo tahu ialah DO sahaja. Wakil rakyat ambo tak tahu. Kerana pada masa itu pegawai kerajaan nampak gah dan berpeluang mendampingi rakyat. Pegawai kerajaanlah yang memain peranan menyampai hasrat kerajaan. Tetapi sekarang pegawai kerajaan tak nampak sangat hubungan mereka dengan rakyat. Kerja banyak di pejabat. Bukan mereka tak buat kerja. Apabila DO turun kesesuatu kawasan orang kampong tak kira parti apa akan keluar untuk berjumpa dengan mereka dan sanggup menunggu untuk mendengar amanat dari DO. Sekarang sudah tak ada kerana apa sahaja hubungan dengan rakyat wakil rakyatlah yang akan hadir. Ini bermakna kalau kawasan itu diperentah oleh PAS maka tok wakil PAS lah yang hadir. Orang kampong yang akan hadir hanya ahli PAS sahaja. Begitu juga kalau UMNO memerentah. Ini akan memberi gambaran bahawa ada sedikit perpecahan berlaku dalam kawasan berkenaan. Dalam keadaan begini adalah lebih baik tugas berkaitan dengan urusan kerajaan diberi kepada pegawai kerajaan supaya orang kampong semuanya dapat hadir dan amanatnya itu tidak akan berbau kepartian dan boleh diterima umum. Ini adalah satu cara untuk kita membentuk komuniti yang baik.kalau berkaitan dengan dadah tentunya orang mahu mendengar daripada pegawai Anti Dadah kerana mereka mempunyai autoriti dan ilmu dalam hal tersebut. Apa yang ambo lihat semasa UMNO memerentah hanya tok wakil sahaja kehulu kehilir memberi amanat. Kalau semua rakyat hadir denagr tak apalah. tapi yang hadir hanya ahli UMNO sahaja dan orang PAS bersembang dikeadi kopi.

Yang penting sekali ambo nak pesan supaya wakil rakyat kenalah kaji budaya penduduk disesuatu kawasan itu. Kalau boleh kena belajar sedikit mengenai ilmu sosiologi dan saikologi. Misalnya di Dabong, bila Dato ramzi menang pilihanraya ke11 beliau membena rumah diatas puncak bukit. Bila malam lampu terang semacam istana. Sudah tentu anak kecil akan bertanya " Ayah itu rumah siapa ?".Maka jawab si ayah " itu rumah tok wakil yang mewakili kita" . anak pula menyampuk " Ayah. Jadi tok wakil boleh jadi kaya kah " . Itu adalah persepsi mereka..sebab itu Dato Ramzi kalah kerana tidak faham budaya rakyat jelata... Sukarnya menjadi pemimpin kalau sukar mengawal diri sendiri. Tak akan adil kepada rakyat kalau kita tak adil pada diri sendiri.. Kesimpulanya UMNO boleh menang di Kelantan kalau hati mereka mulia..Tetapi apa boleh buat, hati orang lain telah dilatih untuk menjadi mulia. Pada akhir-akhir ini rakyat sudah pandai memilih batu dan permata.
August 19, 2008 | url

daus said: _

  soal umah besar kecik,kite sbut umah tok guru ni sbab nk tnjuk kesederhanaan die dlm jd pemimpin..bkn nk gtau umah bsar tu slah..dlm islam,kita kn dididik utk hayati idup nabi Muahmmad yg sederhana,supaya kita bsykur,tp x da plak di suruh kutuk kerajaan nabi Allah Sulaiman dan kekayaannya..kesedrhanaan Muhammad S.A.W adlah cntoh hrta bkn nilai di sisi Allah,dan kekayaan Sulaiman A.S adlh hujah utk di ktakn kpd pembesar2 mewah yg lupa akhirat bhw btpa kayanye Sulaiman A.S,die ttp seorg yg brsyukur dan bertkwa,tdk pula di butakn keindahan dunia hingga lupakan dunia..aku heran bca komen trtentu yg tnya umah nuar brahim la,yg duk soal kalu umah nk suma kecik akn abes rugi kontraktor umah le..ygt kita tnya adlah dr mne sumber kekayaan pemmpin2 kta yg brumah bsar..dan sejauh mna kekyaan dan keidupan mewah diorng brsumberkn yg hlal,x gna duit rkyat dan etc..cntoh mudah,berape ratus juta duit rkyat dguna wat sri perdana umah pm kt putrajaya?seingt sye parl;imen pnah diberi jwpan tntang ubah suai toilet kediaman pm yg mencecah ratusan ribu yg di bgkitkn oleh dato' kmrdin jaafar..umah bsar n mewah cmtu,smpai jutaan rggit,tp masih rmai rkyat yg mnagih bntuan pprt..mmg dsr x tahu malu..ini yg di soal..org2 mcm null ni mmg susah nk ubah..
October 29, 2008

S.H.ALATAS said: _

  Kita ingin tahu pandangan ahli PAS berkenaan pandangan seorang Tokoh PR, yang mengatakakan : "Tak mungkin PAS berjaya melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia, itu hanya impian saja. Kita juga selalu mendengar tokoh DAP, terutama Yang di Pertuanya selalu mengatakan: "Langkah mayatnya terlebih dahulu, jika mahu mendirikan Negara Islam. Kita juga dapat saksikan sendiri, bagaimana nasib ummat Islam di Singapura, Pulau Pinang, dan kemungkinan juga ditempat lainnya, akan terjadi, oleh itu kita ummat Islam, mesti bijak mencari teman seperjuangan dalam usaha melaksanakan Hukum Allah, di Malaysia:"FAZAKKIR INNAFAATIZRA".
September 03, 2010 | url
Tulis komen.

busy