Ruang Iklan

1800-88-5464
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 
Advertisement 

Muka Depan arrow The News arrow Eksklusif klpos.com arrow Eksklusif: "Ya, saya bukan lagi ahli Keadilan" Ezam
Eksklusif: "Ya, saya bukan lagi ahli Keadilan" Ezam PDF Print E-mail
Tuesday, 26 June 2007

Oleh Wartawan klpos.com

SEJAK berita bekas ketua pemuda PKR Ezam Mohd Noor keluar parti, klpos.com diberitahu beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon, sms dari teman-teman seperjuangannya di serata Malaysia.

Bukan itu saja, rakan-rakan media pun sama ligat mencari Ezam untuk dapat temubual eksklusif kenapa beliau keluar PKR. Kata sumber klpos.com, penat Ezam melayan orang hari ini.

"Mana hendak jawab telefon lagi, sms jangan kiralah, lepas itu temubual dengan wartawan, selain rakan-rakan beliau yang menziarahinya untuk tanya apa sebenarnya jadi dalam PKR ini," kata beliau.

Menurutnya, kerana tidak terlayan semua, Ezam minta rakan-rakan supaya datang serentak malam tadi.

"Penuh rumah Ezam, semua hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku?" kata sumber klpos.com.

Dengar khabar antara yang telefon Ezam adalah tokoh penting negara.

ImageApapun, PKR sendiri sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan langkah Ezam berundur dari menjadi ahli parti itu.

Sementara itu, laman web berbagai bahasa Malaysiakini.com melaporkan, Ezam hilang kepercayaan kepada Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak nampak keikhlasan di kalangan pucuk pimpinan parti itu untuk menyelesai krisis dalam PKR. Saya sudah hilang kepercayaan terhadap keikhlasannya (Anwar) untuk memperkukuhkan parti," katanya.

Ezam juga menuduh Anwar bersikap seperti seorang “diktator” tetapi menganggapnya sebagai seorang pemimpin yang "lemah". Beliau juga mendakwa, Anwar berada "di bawah telunjuk" Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Ezam turut memberi beberapa insiden yang berkaitan dengan pemilihan parti itu bulan lalu, di mana beliau mendakwa, Anwar memberi sokongan kuat kepada Azmin.

Ezam dan Azmin - kedua-duanya bekas setiausaha sulit Anwar - memang diketahui umum tidak lagi sehaluan apabila Azmin sebelum ini mahu bertanding jawatan timbalan presiden, sedang Ezam mahu status quo dikekalkan.

Mengikut Ezam, beliau sudah tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku apabila Anwar dikatakan telah mengarah bahagian Permatang Pauh supaya tidak membuat sebarang pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

“Bagi saya, (Dr) Syed Husin (Ali) adalah penyandangnya (timbalan presiden), jika dia (Anwar) meminta bahagian tersebut supaya jangan mencalonkan Syed Husin, itu bermakna Anwar menyokong Azmin.

“Mengapa Anwar tidak boleh bertindak tegas dan kata 'tidak' kepada Azmin?” soalnya.

Ezam mendakwa, arahan Anwar itu juga merupakan salah satu sebab ketua PKR Permatang Pauh, Anuar Shaari keluar parti.

Azmin kemudiannya menarik balik hasratnya untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu dan mempertahankan jawatan naib presiden. Dia dikatakan mengambil keputusan itu selepas Anwar menasihatkannya supaya berbuat demikian selepas Syed Husin mahu mempertahankan jawatannya itu dan bertanding dalam pilihanraya umum.

“Memandangkan Anwar telah menghalang Azmin daripada bertanding jawatan timbalan presiden, maka dia (Azmin) kemudiannya menghalang Anwar daripada bertanding jawatan tertinggi parti itu," dakwa Ezam.

Beliau merujuk kepada keputusan Anwar menarik diri daripada bertanding jawatan presiden pada saat-saat akhir.

Anwar pada mulanya bertegas mahu bertanding jawatan tersebut walaupun dia dilarang aktif dalam politik sehingga April tahun depan, selepas disabitkan dengan kesalahan salahguna kuasa. Bagaimanapun beliau menarik diri selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak mahu parti itu berdepan dengan risiko pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Tiada sebarang usaha dibuat untuk berbincang dengan Abdul Rahman Othman (calon jawatan presiden) sejak dari mula lagi. Tetapi Abdul Rahman menarik diri (pada hari pemilihan) selepas Anwar berbincang dengannya sehari sebelumnya.

“Ini bermakna Abdul Rahman telah menarik diri (lebih awal) sekiranya mereka telah menemuinya (lebih awal) dan Anwar sudahpun menjadi presiden sekarang.

“Kita boleh mencabar peraturan ROS itu...adalah penting bagi Anwar menjadi pemimpin yang dipilih, beliau kini seperti seorang dictator apabila menjadikan dirinya pemimpin de facto," tambahnya.

Ezam juga menuduh Azmin menghalang Anwar daripada menemui Abdul Rahman.

Mengenai masa depannya, Ezam berkata, beliau merahsiakan keputusannya meninggalkan PKR selama dua bulan kerana pilihanraya kecil Ijok dan kongres nasional parti.

Menurutnya, Anwar mahu menemuinya beberapa hari sebelum kongres itu diadakan tetapi beliau menolaknya.

Buat masa ini, katanya, beliau tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti atau bertanding dalam pilihanraya umum.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan mengadakan perbincangan dengan PAS dan Umno.

“Saya telah menemui beberapa pemimpin mereka di peringkat negeri dan bahagian," katanya.

Sementara itu, Ezam berkata, beliau akan membuat temujanji dengan Perdana Menteri Jumaat ini untuk menyerahkan bukti rasuah terhadap seorang menteri kanan.

Ditanya sama ada ianya ada kaitan dengan masa depan politiknya, Ezam berkata: "Jika setiausaha (Abdullah) mahu bercakap tentang poltik, saya tiada masalah."
 

BERITA SEBELUMNYA 

Eksklusif klpos.com: "Ya, saya bukan lagi ahli Keadilan" - Ezam 

Oleh Wartawan klpos.com

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pemuda parti Keadilan Rakyat (PKR) Ezam Mohd Nor mengesahkan berita bahawa beliau bukan lagi ahli parti tersebut. klpos.com sebelum ini memetik sumber mengatakan bahawa Ezam tidak lagi menjadi ahli parti itu sejak 4 April lalu. 

"Saya sudah tidak lagi bersama PKR melalui surat rasmi bertarikh 4 April 2007 yang diserahkan kepada PKR Shah Alam," katanya dalam satu temubual khas dengan klpos.com.

Menurut Ezam, beliau kini tidak menganggotai mana-mana parti politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada NGO yang diasaskan beliau Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).

"Perjuangan tulen untuk rakyat tidak harus disempitkan hanya dalam wadah satu parti sahaja," katanya yang baru tiba dari Thailand itu.

Ezam merupakan ketua pemuda pertama parti yang dilancarkan di sebuah hotel terkemuka pada 4 April 1999 itu.

Ketika ditanya mengapa membuat keputusan meninggalkan PKR, kata Ezam, "Saya tidak mahu terlibat dalam petty politiking dan juga narrow inner circle poltics in PKR."

Beliau enggan mengulas lanjut apakah yang dimaksudkannya itu.

Ezam merupakan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada 2 September 1998.

Beliau meninggalkan negara tidak lama kemudian dan membuat kenyataan terbuka kepada media bahawa Anwar dibelasah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor di dalam lokap polis Bukit Aman.

Ezam kembali semula enam bulan kemudian dan diamanahkan menjadi ketua pemuda parti Keadilan Nasional (keADILan) dan terus memimpin sayap pemuda parti itu selepas ia bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Ogos 2003.

Beliau pernah meringkuk beberapa kali di dalam lokap polis, selain di penjara di Penjara Kajang selama setahun selepas di dapati bersalah mendedahkan dokumen sulit kerajaan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ezam juga ditahan bersama empat lagi pemimpin PKR di Kem Kamunting menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Jun 2001.

Sementara itu, ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau sudah mendapat tarikh untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hujung minggu ini, Ezam berkata, "Saya akan membuat kenyataan khas mengenai perkara itu esok (Selasa).

BERITA SEBELUMNYA

Komen (42) >>

ahli ngo said: _

  kenapa ezam? rugilah keadilan hilang orang macam ezam, nak jumpa pak lah nak masuk umno ke?
June 25, 2007 | url

ehem said: _

  kan aku dh cakap hari tuh...muakekeke...xper apa pun korang jgn takut...dia bukan nk masuk UMNO...anak jantan...kalau dah lawan..dia bukan kira nk jumpa PM pun xper...nk bg salinan dokumen rasuah anak menantu dia & minta penjelasan...lepas tuh road show lagih 1 malaysia sebarkan maklumat rasuah pimpinan kerajaan yg selama ini rakyat xnampak...ni baru jaguh!!!muakekeke...so betula x kata ana nih klpos?
June 25, 2007 | url

karen said: _

  Bukan Ezam akan bawa bukti Jenayah Bukit Aman yang melibatkan Ketua Polis Negara Hassan Musa berserta sendikit pemberiann kad pengenalan... dan selepas ini akaun Sammy Velllu akan jugak didedah kepada awam jika Paklah tak ambil tindakan...

tapi rasanya paklah tk layan.. pasai Musa Hassan ada banyak gambar bini dia tengah hidangkan makanan kat Hotel dan gambar cctv kat putrajaya!! ke ke ke ke ke
June 25, 2007

cacing said: _

  gambar bini dia hidang makanan ? gambar apa tu ? cctv tu video apa pulat??
June 25, 2007

whatever said: _

  one thing aku respect kat ezam nie....dia berani bersuara .... kerugian besar buat keadilan .. hopefully ezam akan terus berkokok.
June 25, 2007 | url

penilik said: _

  Negara akan diancam oleh tiga manusia baru, Ezam M Noor, Khairy Jamaludin dan Husam Musa. menipu dengan sumpah keramat angkatan muda PKR... menyangak habis harta dengan kuasa bapak mertuaku, ekstrem sampai orang lain tak boleh tumpang sama.
June 25, 2007 | url

Kerdil said: _

  Kalau masuk UMNO pun saya sokong. Orang macam Ezan diperlukan oleh tanah air. Hiidup Ezan.
June 25, 2007

cacing said: _

  gambar bini dia hidang makanan ? gambar apa tu ? cctv tu video apa pulak??
June 25, 2007 | url

Datin Seri Rosmah Mangkok said: _

  Perjuangan keadilan adalah perjuangan panjang rakyat malaysia ke arah pembentukan sebuah masyarakat moden yang baik. keadilan bukan perjuangan Anwar Ibrahim atau Ezam Mohd Nor tetapi keadilan adalahperjuangan rakyat yang menentang kezaliman dan ketidak adilan memacu masyakat malaysia untuk dihormati dan dimuliakan oleh dunia dan tuhan.

Ezam atau Anwar atau sesiapa pun akan datang dan akan pergi namun perjuangan yang baik mesti diteruskan. Lawan tetap lawan. semoga hidup diredhai
June 25, 2007 | url

gerak khas pemuda klang said: _

  tahniah sdr ezam, umno memang memerlujan pemuda berani seperti saudara. saya yakin deal telah dibuat.

ezam tak ada apa apa masalah dgn paklah. cuma dengan najib je ada tak ngam sikit, ingat tak ezam nak cabar najib di pekan 2004 lalu. goyang najib

insyaallah ezam akan jadi ketua pemuda kami lepas hantar borang2 sertai umno bersama ramai lagi bekas2 pemuda gagah berani di putrajaaya minggu ini.

hishamudin akan jadi menteri besar johhor selepas pru 12 nanti. bagaimana pula dengan kj? hehe kita tunggu dan lihat.

buat ezam dan teman2 lama kami, kami ucapkan selamat pulang. gerak akan monitor korupsi2 yang berlaku dalam kerajaan.

kerjasama dengan paklah buang semua menteri2 yg korup.

buat kl pos tahniah! hidup melayu! takkan melayu hilang di ruang maya ini..
June 25, 2007 | url

Junoh Agah said: _

  Yg paling ku gerun adalah bekas ahli UMNO, dicarinya juga jalan dan peta untuk masuk kembali dalam UMNO. Anwar yang hantar ezam ke UMNO, kemudian dia ikut dibelakang.(Brahim Ali boleh join sekali)
Yang parah adalah PAS, terpaksa cari dalih dan ayat untuk menyakinkan para penyokong mereka bila Anwar berserta ahli keadilan masuk kembali kedalam UMNO secara borong (macam Ku LI buat).
Sekali lagi Abang Mat (Mat Sabu) terpaksa menjadi tukang cuci, kesian dia, org lain yang gali lubang depa kena tutup.
June 25, 2007

burunghantu said: _

  Jangan dok perasan ler gerak khas pemuda klang, takder bilanya Ezzam akan masuk UMNO...
June 25, 2007 | url

cacing said: _

  p/s to karen..

gambar bini dia hidang makanan ? gambar apa tu ? cctv tu video apa pulak??
June 25, 2007 | url

cacing said: _

  gambar bini dia hidang makanan ? gambar apa tu ? cctv tu video apa pulak??
p/s to karen
June 25, 2007 | url

cacing said: _

  gambar bini dia hidang makanan ? gambar apa tu ? cctv tu video apa pulak??
June 25, 2007 | url

ghazz said: _

  Memang berani saudara EZAM ..sanggup melakukan apa sahaja walaupun seorang diri, kalu dulu dia berjuang utk Datuk Seri Anwar....tetapi kini atas keyakinan pada diri dan tujuan perjuangan adalah semata-mata untuk negara Malaysia. Beliau sebenarnya sedang mengadun sifat kepimpinan sebenar dan tujuan murni untuk menilai segagah mana kemampuannya rakyat untuk berubah, beliau juga sedang merangka dan meyusun kembali sistem pemerentahan untuk mendaulatkan kesucian demi rakyat Malaysia dan juga merubah pemikiran rakyat yang sudah sekian lama dipergunakan untuk tujuan politik. Tujuan beliau juga untuk mewujudkan satu cara dan pemikiran baru yang akan dibina untuk kesedaran rakyat Malaysia yang semakin rapuh jatidiri dan maruahnya. Saya yakin anak muda ini akan memulakan gerakkan yang jarang dilakukan oleh mana-mana pertubuhan di dalam Malaysia ini. Saya berharap saudara Ezam berjaya dalam misinya ini untuk membuktikan perubahan harus dilakukan dari luar politik kerana apabila berada dalam politik beliau sebenarnya amat payah untuk merubah pemikiran dan mendekati setiap peringkat rakyat Malaysia. Kepada setiap individu yang cukup matang dalam mainan parti politik ini, sebenarnya amat sukar berada dalam kebebasan berpolitik...kebiasaanya manusia yang seperti ini akan mengambil jalan tengah seperti yang dilakukan oleh saudara Ezam ini, saya sendiri memahami apa yang di rasakan oleh Ezam. Hati ini sebenarnya amat merindui satu kebebasan dalam dalam memperjuangkan untuk bangsa, agama dan negaranya, tetapi apakan daya diri amat kecil kalau dibandingkan dengan nama Ezam. Apapun saya berharap beliau berjaya mumulakan satu kelahiran baru unutk bangsa, agama dan negaranya....TAHNIAH EZAM !!
June 25, 2007 | url

ehem said: _

  aku yakin keputusan yg ezam buat...muakekeke..mcm mn kalau ezam tup2 jadi PM?muakekeke,muda lagi..jauh perjalanan tu...mana la nk tau kot rezeki...aku dh mmg org cop org ezam...xkisah la cop apa pun..yg penting aku jujur berjuang xkisah parti mana pun...no politiking!!
June 25, 2007 | url

awangsulungmerahmenyala said: _

  semuanya t**i kucing,beza hanya pada harumannya sahaja kuat atau tidak harumannya.politik senak perut politik ketiak hamis.
June 25, 2007 | url

ehem said: _

  tgk awang sulung sambil korek idung.muakekeke
June 25, 2007 | url

ehem said: _

  korang nak tau file sapa?muakekeke,biar aku ceta sket...file abg mi laa MP Sg Siput...itu sami vellu juga...aney...jaga ha..u punya file itu maika dlm akaun BCB...muakekeke...apa cerita,u tanya sama ezam ok...muakekeke
June 26, 2007 | url

Nagri said: _

  Antara Khairy Jamaluddin dengan Ezam Mohd Nor saya pilih Ezam sbb dia ada semangat yg kuat.
June 26, 2007 | url

ehem said: _

  buat takat laa..aku bkn nk komen sokong sapa lagih sebab aku nk harga tukaran matawang asing euro naik 1.3473...lepas tuh junam kembali sampai 1.3376...baru dpt closed aku punya floating hari jumaat...muakekeke
June 26, 2007 | url

Warga Berfikir said: _

  Pada tahun 1994-2004, saya menyokong DS Anwar Ibrahim kerana saya sedar bahawa PM Mahathir perlukan "pengimbang-kuasa". Kini, saya menyokong usaha individu2 seperti Ezam kerana SEMUA PEMIMPIN/PARTI perlukan "pengimbang-kuasa".

Semua pemimpin dan parti ada persamaan, iaitu jika ia diberi terlalu banyak kepercayaan/kuasa, nescaya ia akan menyalahgunakan atau "perasan" dan "syok sendiri" dengan kepercayaan/kuasa yang diberi.

Sekurang-kurangnya Ezam berani bersuara menentang "kediktatoran DS Anwar Ibrahim dalam PKR" sebagaimana DS Anwar Ibrahim bersuara menentang "kediktatoran PM Mahathir dalam UMNO".
June 26, 2007 | url

Warga Berfikir said: _

  1994: tahun DS Anwar Ibrahim mula menunjukkan idea2 pengimbang-kuasanya sebagai Timbalan Presiden UMNO (beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden pada tahun 1993). saya mula gemar dengan pelbagai idea, dasar dan kegiatan yang beliau perkenalkan.

2004: tahun DS Anwar dibebaskan daripada penjara, saya menemuinya dan saya mula menyedari bahawa beliau terlalu bergantung kepada "gatekeepers" dan "cendekiawan syok sendiri" di sekelilingnya (mereka yang tak memahami dan tak menghargai pandangan akar umbi/rakyat marhaen)
June 26, 2007 | url

cacing said: _

  p/s to karen..

gambar bini dia hidang makanan ? gambar apa tu ? cctv tu video apa pulak??
June 26, 2007 | url

Iman said: _

  bagus lah ezam kluar...........bagi jalan anwar masuk UMNO.............
June 26, 2007 | url

mat saman kati said: _

  bagus lah Ezam.Kalau masuk Umno, lagi bagus. Umno memerlukan pemimpin yang mementingkan diri sendiri macam hang. Mula-mula hang pekena member sendiri, geng Roslan Kassim). Lepas tu hang pekena Lokman Adam. Sebabnya hang nak jadi diktator Pemuda.

Hang cakap pasai perjuangan, pasai prinsip, pasai idelisma. Shit! Hang keluar pasai duit dan kuasa! Kemudian hang pekena pulak Anwar dan PKR Permatang Pauh. Tahniah Ezam sebab keluar dari PKR.

http://nahdah.wordpress.com/2007/06/26/sah-ezam-keluar-pkr/
June 26, 2007 | url

Mr April said: _

  Warga Berfikir,SAYA SETUJU DENGAN STATEMENT INI.
2004: tahun DS Anwar dibebaskan daripada penjara, saya menemuinya dan saya mula menyedari bahawa beliau terlalu bergantung kepada "gatekeepers" dan "cendekiawan syok sendiri" di sekelilingnya (mereka yang tak memahami dan tak menghargai pandangan akar umbi/rakyat marhaen)
June 26, 2007 | url

Mr April said: _

  Dan saya bersetuju dengan pendapat beliau (dan ratusan lainnya yang berkata perkara yang sama). Ini boleh dilihat dari pengalaman Ijok, dan perhimpunan-perhimpunan bantah tol dimana mobilisasi dan kerahan kerja diparas yang...uhm...dibawah okay.

Tetapi itu kita bicara mengenai apa yang KeADILan perlu ubah. Dan kita sekadar ahli biasa, atau orang atas pagar, atau orang luar sekadar hanya boleh memberi nasihat. Tindakan dan keputusan bukan di tangan kita.

Oleh itu, kita harus fokus kepada apa yang boleh diusahakan oleh tulang empat kerat ini.

Kita harus persoal diri kita apa yang boleh kita lakukan.

Apa yang boleh kita sumbang.

Apa yang boleh kita ubah.

Jangan cerita soal apa yang harus KeADILan buat, kerana selagi kita bicara hal itu, selagi itu kita tidak akan berbuat apa-apa.

_______________________________________________________ _______________________

Ayat di atas adalah dari seorang propaganda keadilan,nampak tak minda orang keadilan sekarang!
June 26, 2007 | url

ghazz said: _

  Makin hari makin kusut dan bingung fikiran saya memikirkan tentang nagara ku Malaysia yang ku cintai ini. Bermula dari soal agama, bahasa, melayu, politik, keruntuhan moral, pemimpin sehinggalah ke isu sos**l rakyat dan isu semasa yang semakin panas. Semuanya makin kusut seolah-olah hilang hala tuju penyelesaian sebaliknya terus bertambah pucu-pucuk baru yang lebih segar dengan masalahnya dan amat sukar untuk diselesaikan. Di sini saya cuma sayangkan agama, negara, bahasa, bangsa dan kerukunan hidup rakyat malaysia agar terus terjalin dengan ikhlas tanpa tergugat bahasa dan bangsa melayu ku.
Politik makin sempit untuk ada jalan penyelesainya maka apa yang boleh saya fahami dari yang terbaik hanyalah kesedaran melihat jalan yg jauh demi masa depan negara ini, andai selagi kita kabur untuk memandang dan sedar dari himpitan masalah yang makin tengit dengan lumpur yang makin tebal selepas banjir dosa melanda negara ini. Sayang andai aku gagal untuk menolong mencari nur dari kebenaran dan kebersihan dalam diri yang sebenarnya, dan kepala saya makin pusing dan jelek membaca akhbar setiap hari.
Saudara ku.. kita harus ada pemimpin yang asing dari semalam untuk hari esok kita, demi anak cucu dan tanahair ini. Kelahiran amat dinantikan, hanya itu shaja bisa menyelamatkan bumi merdaka yang kononya terus gemilang selepas 50 merdeka. Marilah kita lakukannya dan mencari manusia yang terpimpin peribadinya dengan rapatnya diri dengan ilmu dan tuhan Nya.
Untuk saudara Ezam renungkan lah..andai ada kudrat memikul amanah mulakanlah melahirkan rakyat unggul dan bermaruah! . Bacaan fikiran ini tidak must**il negara boleh dipimpin oleh diri-diri yang lahir dari luar acuan politik kepartian....andai berlaku tiada siapa mampu menghalang kehendakNya, cuma masa yang menentukannya. Itupun andai benar niat dihati !!.
June 26, 2007 | url

lanNova said: _

  Bijaknya org melayu berpolitik...x suka londeh semua...masa suka bukan main berkobar sampai sanggup masuk penjara....hallo kwn jgn retorik k...nak belah..belah je...buat malu je la...kalau x biasa hidup susah jangan joint pembakang..joint umno...parti yang awak tuduh bermacam macam dulu...pelajarilah bangsa cina n india bagaimana mana mereka berpolitik..mereka dapat kesemua apa yg mereka tuntut...malayu apa yang tinggal...bahasa melayu pun dah jadi bahasa malaysia...yang tinggal keretapi tanah melayu...langsung x melambang gah melayu kerana KTM ibarat masti segan hidup tak mahu...Pesan..Azmin teruskan perjuangan awak...anda sangat mesra rakyat and Dato Seri halau semua pembelot dalam parti.
June 26, 2007 | url

bujangsenang said: _

  masuk PAS la...EZAM...
June 27, 2007 | url

askarsepoi said: _

  betul tu bujang senang.. PAS pembangkang yang konsisten dari segi matlamat dan perjuangan ..cuma mgkn agak kurang dari segi praktikal, RM ciput.. banyak bergantung harap derma penyokong..
June 28, 2007 | url

hancoq said: _

  ni dah kira kamikaze neh...neway gud luck ezam..i will always behind your back..muahchh!
July 01, 2007 | url

nulkassimsaif said: _

  PKR SUDAH TIADA HARGA DIRI LAGI -EZAM. MMG ELOK SGT ANDA KELUAR LAGIPUN PKR SUDAH LARI DARI LANDASAN PERJUANGAN YG ASAL 1999...........WE ALL SOKONG U EZAM...
July 31, 2007 | url

habuktaikkucing said: _

  KITA TENGOK BERAPA LAMA EZAM NAK DOK KAT LUAR........DAN PARTI MANA TALA HUJU NYA....BUAT PENAT KENA PUKUL JE DALAM LOKAP.....
August 21, 2007 | url

jarihantu said: _

  meh..wt ape yg ssoh2....pkr sgt bg jet sbji sorg bior dia blasah....he...he...
September 13, 2007 | url

syim said: _

  Ezam ni satu hal,tak tetap pendirian,tengok sekarang macamana ,BR sapu habis kedah,perak,selangor,p.pinang,kl,kelantan.kalau tak MALU masuk lah PKR semula.
April 13, 2008

SELIPAR jopun said: _

  AKU CUMA HARAPKAN DIA BERJAYA JER
GOOD LUCK EZAM
SEMANGAT ANDA LAKSANA JEBAT DERHAKA!!!!!
May 22, 2008 | url

rasta said: _

  bgs la ezam keluar.....bagi peluang nga anwar masuk UMNO.........aku pun ni nama anuar jga.....jd aju sosong anuar la,,........................................
June 25, 2008 | url

kadirahman said: _

  Sebenarnya ezam adalah orang yang paling llicik dalam mengejar impian dan peluang. Dulu dalam PKR dia merasa layak menggantikan anuar sebagai Presiden sebab itu nak tanding Timbalan Presiden tapi gagal dapat sokongan anuar jadi diua blahlah. Bila dia blah belum lagi masuk umno sebab tak konpiden BN menang lalu dia taja GERAK anti rasuh konon tapi dia sendiri rasuah. Bila BN menang tipis ezam nampak peluang untuk naik jadi menteri. dia nampak peluang lalu sokong pak lah mana tahu dapat jadi menantu pak lah kan ada dua anak tiri atau tolong raba-raba juga loh. tapi malang tidak semua orang umno suka ezam tak percaya tanya Hisham. Tapi sekarang dia jadi burung kakak tua UMNO untuk kutuk anuar terutama najib tak takut kena bom kah tanya razak baginda perasaannya sekarang. Jadi ezam kalau islam menghalalkan kita membuka aib orang lain buatlah jika islam mengharamkannya tapi mau buat juga lu piikirlah sendiri...........
July 18, 2008
Tulis komen.

busy